Anda wanita yang mahu memenangi ego seorang lelaki?
Hakikatnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan kerana ia memang telah
menjadi lumrah alam. Ciri-ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap
lelaki yang normal. Ia bukanlah sifat diri yang sengaja dibuat-buat, tetapi
memang telah tertanamkan dalam diri setiap lelaki.
Walaupun begitu jika anda wanita yang mahu berdepan
dengan lelaki sejati ini tak perlu takut sangat kerana ego lelaki bukanlah
bermaksud sesuatu yang negatif semuanya. Kebanyakkan lelaki rasional dan pandai
mengendali ego masing-masing.
Selain itu tips dibawah ini juga antara cara terbaik
untuk berdepan dengan ego lelaki:
Dengar apa yang mereka katakan
Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu
mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai
pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang
mereka katakan tidak semestinya 100% tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju
dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut.
Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah
semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga
keegoan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan