Hubungan
cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan mampu untuk bertahan sehingga
bertahun-tahun, apatah lagi jika kedua-kedua belah keluarga telah merestui
perhubungan itu tetapi bagaimana anda ingin ketahui jika dia adalah jodoh yang
dicari?
Zaman sekarang, couple atau bercinta boleh bermula
seawal zaman remaja lagi tetapi bukan semua mampu untuk bertahan sehingga ke
jinjang pelamin. Perselisihan faham adalah perkara biasa tetapi jika si dia
tidak boleh menerima pendapat dengan hati terbuka, hubungan itu mungkin boleh
terlerai di tengah jalan. Oleh itu, EH! akan memberikan beberapa tip untuk anda
ketahui jika si dia adalah Mr Right yang dicari.
1. Boleh menerima seadanya
Bukan semua lelaki atau wanita mampu untuk menerima
kekurangan dan kelebihan yang terdapat dalam diri anda. Ini mungkin boleh
disebabkan oleh ego atau self-esteem yang rendah dan orang seperti ini tidak
sepatutnya dijadikan teman hidup kerana anda tidak mahu sepanjang hidup anda
diikat sepanjang masa.
2. Tidak berkira
Dalam apa juga keadaan seorang pasangan yang
memahami tidak sepatutnya berkira dengan anda. Baik dari segi wang ringgit,
perasaan mahupun tenaga, dia seharusnya ikhlas dalam menolong anda kerana jika
cinta telah melebih segalanya he or she will be more than happy to help!
3. Sanggup bertolak-ansur
Kadang-kala dalam satu hubungan terdapat seseorang
yang ingin mengawal hubungan itu dengan cara yang lembut ataupun kasar. Tetapi
dalam hal ini ia sepatutnya menjadi two way street kerana anda juga pasti
mempunyai pendapat sendiri yang ingin diwartakan oleh itu jangan takut atau
segan untuk bersuara kerana anda juga mempunyai hak dalam hubungan itu. Jika
dia tidak boleh menerimanya bermakna he is not meant for you!
4. Menghormati anda dan keluarga
Jika hormat tidak terdapat dalam kamus hidupnya maka
dia bukanlah jodoh anda kerana seseorang itu seharusnya belajar untuk
menghargai dan menghormati anda dan juga keluarga anda dalam apa juga keadaan.
Ingat, anda berhak untuk dilayan dengan baik kerana seorang manusia mempunyai
hati dan perasaan oleh itu jangan beri peluang untuk dia mensia-siakan hidup
kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan