Khamis, 20 November 2014

Tips Menaikkan Berat Badan


 Agak aneh bunyinya apabila perkara ini diperkatakan kepada sesetengah orang yang menginginkan tubuh langsing dan kurus. Namun, hakikatnya ada juga golongan yang susah untuk naik berat badan yang ideal. Kata orang, terlalu kurus juga tidak cantik dan tidak bagus untuk kesihatan. Jadi, pastikan tubuh dalam keadaan yang ideal dan normal dengan mengekalkan berat badan ideal.

Jom amalkan cara untuk menaikkan berat badan ini bagi anda yang sukar untuk naik berat badan.

Makan, makan dan makan
Bagi sesetengah orang, sebolehnya mereka akan mengurangkan makan kerana takut untuk naik berat badan. Tetapi bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan, cara yang paling efektif adalah dengan kerap makan dalam masa sehari. Jika sebelum ini anda hanya mengamalkan dua atau tiga kali makan setiap hari, kini anda perlu amalkan memakan sebanyak lima hingga enam kali dengan kuantiti yang sederhana serta padat dengan nutrisi yang baik untuk tubuh. Namun, tidak bermakna anda boleh makan makanan segera atau gula yang lebih, tetapi perbanyakan protein dan karbohidrat.

Makan sumber makanan lemak yang baik
Ini bermaksud anda perlu perbanyakkan mengambil buah avokado, produk susu, kacang, dan daging. Jangan sekali ambil ais krim, kentang goreng segera, dan makanan segera yang lain.


Ambil lebih protein
Walaupun mitos mengatakan yang protein hanya membina otot pada tubuh, namun sebenarnya ia membina seluruh tubuh badan termasuklah otot, tulang, kulit, rambut dan darah. Antara makanan yang lebih protein ialah daging, keju, susu, ikan dan telur. Bagi mereka yang vegetarian, protein boleh didapati dari produk soya seperti tofu, nasi, jagung atau kacang.


Makan lewat malam
Tanpa perlu menambah keperluan makan anda sehari, anda hanya perlu tukar masa makan malam. Jika sebelum ini anda kerap makan malam pada jam 7, kini anda perlu ganjakkannya kepada pukul 9 malam dan ke atas kerana ia berkesan dalam menaikkan berat badan.

Lakukan senaman

Tidak bermaksud yang anda ingin naikkan berat badan dan anda tidak boleh bersenam. Ia sebenarnya lagi menggalakkan berat badan anda naik serta mencantikkan tubuh badan agar lebih fit dan sihat. Sebolehnya lakukan senaman squat dan pull-up untuk memejalkan bahagian bentuk badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan