Hubungan percintaan yang sudah bertahun-tahun
bertaut kadang kala tidak disedari bahawa keindahannya sudah tidak sehebat
dahulu. Ketahui petanda-petanda bahawa cinta tiada lagi antara kalian berdua.
1. Tiada lagi rasa hormat kepada pasangan
Secara personal, anda selalu menganggap kekasih
adalah insan yang paling baik pernah anda temui. Namun, jauh di sudut hati
tiada lagi rasa kagum dan rasa bangga kerana memilikinya. Anda seakan jelik
dengan kehadirannya di sisi dan tidak pernah ingin melayan dia dengan baik demi
menjaga perasaannya seperti dahulu.
2. Masa bersama adalah membosankan
Jika dahulu, sehari tidak berjumpa seakan bertahun
resah rasanya. Tetapi kini, setiap kali dia ajak keluar, ada saja alasan yang
diberi untuk tidak bersamanya. Tiada lagi perbualan mesra dan anda ketandusan
idea untuk memula bicara.
3. Segalanya menjengkelkan!
Apa saja yang dia lakukan bisa bangkit rasa benci
dan marah pada dirinya. Semua serba tidak kena. Ada saja yang salah di mata
anda. Jika berselisih faham, anda tidak akan segera memujuknya dan hanya
membiarkan ia berlalu begitu sahaja.
4. Beralih arah
Jika sudah sayang, perhatian dan keinginan tertumpu
hanya kepada dia seorang. Namun apabila rasa itu sudah semakin pudar, anda
tegar mencari rasa kasih itu daripada orang luar. Tanpa pengetahuan si dia,
anda mempunyai hubungan sulit dan menganggap tidak salah atau takut untuk
melakukannya. Malah, anda tidak kisah jika si dia juga punyai hubungan lain.
5. Tiada perhubungan secara emosi
Apa juga yang dia lakukan, anda tiada minat untuk
mengetahuinya. Jika duduk berdepan, mata tidak lagi bertaut mesra. Seorang
pandang ke kanan, seorang pandang ke kiri. Anda tidak berminat dengan apa juga
yang dia bicarakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan