Sememangnya
memiliki berat badan yang ideal merupakan idaman setiap wanita. EH! tampilkan
cara mudah yang boleh membantu anda untuk mendapatkan badan yang cantik.
1. Kurangkan Gula
Kurangkan gula atau tinggalkan terus tabiat makan
dan minum yang manis. Gula sememangnya diketahui umum sebagai makanan atau
bahan perasa yang tidak sihat, tetapi ada yang masih tidak ambil berat akan
kuantiti gula harian yang diambil. Penggunaan gula yang banyak bukan sahaja
boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tetapi juga
penambahan berat badan. Anda akan terkejut dengan perubahan bentuk badan yang
terjadi sekiranya pengambilan gula dihentikan.
2. Sarapan Pagi
Tahukah anda bahawa mereka yang mengambil sarapan
pada waktu pagi lebih kurus dibandingkan dengan mereka yang tidak bersarapan?
Sarapan membekalkan tenaga kepada anda untuk bekerja sepanjang hari. Ianya
mengenyangkan dan kemudiannya membantu anda untuk lebih berhati-hati dalam
memilih makanan pada waktu tengah hari dan seterusnya.
3. Minum Air Putih
Seringkali kita diingatkan untuk minum lapan gelas
air sehari. Kenapa? Salah satu kebaikannya adalah penurunan berat badan. Jika
anda tidak suka akan rasa air putih, cari alternatif lain seperti menambahkan
buah-buahan ke dalam air tersebut. Tapi ingat, tanpa gula!
4. Bahagikan Makanan
Cara mudah untuk mengelakkan makan dalam kuantiti
banyak adalah dengan mengasingkan makanan tersebut ke dua bahagian. Simpan satu
bahagian untuk dimakan kemudian. Ianya bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga
dapat mengawal pemakanan anda.
5. Masak Di Rumah
Makanan yang dibeli di luar kebiasaannya mengandungi
kalori yang tinggi. Masakan di rumah sudah tentunya lebih menyihatkan kerana
kita tahu kandungan atau bahan apa yang digunakan. Cuba resepi sihat yang boleh
didapati di internet. Selain melaksanakan pelan menguruskan badan, ini juga
adalah masa untuk anda belajar memasak. Ibarat sambil menyelam minum air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan