Di dalam
perhubungan, tidak semestinya wanita yang sering merajuk. Lelaki zaman sekarang
jauh lebih sensitif dan cepat terasa dengan tidak tanduk pasangannya. Oleh itu,
sebagai teman wanita yang bijak, anda harus tahu cara memujuknya.
Tahu Masa Yang Sesuai
Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia
mula merajuk, jangan terus mahu memberikan penjelasan kepadanya. Bak kata
pepatah, api jika bermain dengan api makin marak jadinya. Jangan terus-terusan
menelefonnya kerana usaha ini akan hanya membuang masa anda. Beri dia ruang
untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba
mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.
Buat Sesuatu Yang Menyenangkan
Kata orang, masakan wanita boleh melemahkan
seseorang lelaki. Mungkin sebagai tanda maaf, anda boleh memasak sesuatu yang
istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari bersama
nota maaf. Cuba hubunginya semula pada waktu malam, dia pasti sudah melupakan
apa yang telah terjadi.
Tuliskan Penjelasan Anda
Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda
setelah beberapa hari, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata
maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri dan letakkan pada cermin keretanya.
Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan