Setiap insan
yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman
kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan
cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta,
cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya
atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik
egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan
perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut
bintang kelahiran…
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat
yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau.
Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah
bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat
cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat
memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti
wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara
semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain.
Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan
kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia
akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari
mengurat kekasihnnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan