1. Ambil Berat
Dia sentiasa bertanya khabar dan mula menunjukkan
yang dia ingin mengambil berat tentang kamu. Bermula dengan ucapan selamat
pagi, khuatir jika kamu lewat makan atau memberi ucapan selamat apabila kamu
hendak memandu adalah antara petanda awal yang dia mula menunjukkan minat
terhadap kamu.
2. Kerap Ajak Keluar
Dalam tempoh seminggu, sekurang-kurangnya dua kali
dia akan ajak kamu keluar tak kiralah pergi makan ataupun menonton wayang.
3. Pandangan Mata
Apabila kamu bercakap, matanya akan tepat memandang
ke arah mata kamu menunjukkan yang dia benar mahu mendengar apa yang kamu
bicarakan. Jangan panik bila mata kamu berdua bertentang, kata orang dari mata
turun ke hati.
4. Gerak Geri Tubuh
Tidak susah untuk membaca gerak geri tubuhnya.
Lelaki jika minat dengan seseorang perempuan, dia akan mudah memberikan gerak
tubuh yang berbeza dari kebiasaan contohnya bila berbual, tubuhnya akan
betul-betul dihadapkan ke arah kamu atau sentiasa ingin berjalan dekat dengan
kamu.
5. Terserempak
Pertemuan yang tak disangka seperti kamu sedang
minum petang dengan rakan di Starbucks, tiba-tiba si dia muncul. Mungkin
pertemuan itu disengajakan oleh dia tapi tidak mahu kelihatan terlalu obses,
jadi dia akan pura-pura terkejut.
6. Soalan Personel
Untuk mengenali kamu dengan lebih rapat, dia akan
mula mengajukan beberapa soalan tentang diri kamu seperti kamu sudah berapa
lama single, macam mana lelaki pilihan kamu, adakah kamu sedang mengenali
seseorang dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan