Umur bukan
lagi penghalang untuk seseorang itu jatuh cinta. Perkara biasa jika kita
mendengar perempuan bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia.
Sejak akhir-akhir ini, trend bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda makin
menjadi-jadi. Kalau kita perhatikan para selebriti wanita kita pun ada yang
selesa memilih untuk bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. EH!
kongsikan pros dan cons bercinta dengan lelaki lebih muda.
KEBAIKAN
Awet Muda
Kata orang jika pasangan kita jauh lebih muda, kita
akan curi sedikit awet muda dari pasangan. Rakan-rakan takkan tahu yang si dia
jauh lebih muda dari kamu kerana mungkin cara kamu berdua bercinta membuatkan
nampak sebaya.
Manja
Ada sesetengah wanita yang suka memanjakan pasangan
mereka. Dan tak semua lelaki suka dimanjakan lagi-lagi lelaki yang berusia.
Tapi berbeza dengan lelaki muda, mereka lebih suka di belai dan dimanjakan
pasangan sebab itu dia memilih kamu!
KEBURUKAN
Kurang Matang
Risiko bercinta dengan lelaki muda adalah dari segi
kematangannya. Ia sedikit mencabar apabila kamu perlu beralah untuk beberapa
perkara kerana sikapnya yang kurang matang. Jadi harus banyak bersabar melayan
kerenah si dia yang muda!
Kewangan
Jangan expect lelaki muda mempunyai kewangan yang
kukuh, kalau ada pun cuma segelintir. Silap haribulan kamu yang perlu menyara
si dia.
Komitmen
Lelaki muda selalunya belum puas lagi dengan zaman
bujangnya jadi untuk settle down akan menjadi list terakhir baginya. Usia kamu
semakin meningkat dan rasanya dah tiba masa untuk berkahwin tapi rasanya bukan
untuk dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan