1 – Lelaki
yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk
menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah
bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin
juga anda tiada dalam kamus hidupnya.
2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa
mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis
apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia
langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.
3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya
sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la
konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk
mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan
lelaki cenggitu.
4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap
mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek
tapi sekadar memenuhi nafsunya.
5 – Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul.
Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan
dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan
sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu
hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan