Rabu, 19 November 2014

Apabila Diri Diejek Orang

Sindir; atau mengejek. Saya percaya kita semua pernah lalui situasi tersebut, bukan?

Lagi-lagi semasa kita di zaman kanak-kanak dulu selalu main ejek-ejek siap pakai nama mak bapak lagi. Dan kalau yang ekstremnya sampai boleh buat gaduh. Mana tidaknya, siap nama atuk nenek moyang semua keluar.

Tetapi sikap suka mengejek itu tidak hanya terhenti di zaman kanak-kanak saja.

Apabila di zaman remaja atau dewasa ini kita lebih menggunakan istilah ‘bahan-membahan’. Kadang-kadang bila bahan tu sampai tak ingat dunia. Betul-betul bagi sampai terduduk orang yang kena bahan tu.

Ejeken seperti gemuk, gendut, debab, keremping, papan, sekeping, jonggang, dan sumbing adalah di antara kata-kata yang biasa digunakan orang. Kalau hati tak kuat, memang berjurai air mata. Dan sah-sah menangis bila diejek di hadapan orang ramai.

Jadi, macam mana cara nak atasi situasi macam ini? Apabila orang ejek anda, apa yang akan anda lakukan?

Kalau anda tanya saya, mudah saja.


                1. Abaikan saja, buat tak tahu
Bila anda diejek atau disindir orang, abaikan saja apa yang orang ejekkan tu. Tak payah dilayan. Biarkan saja apa yang dia nak cakap. Sebenarnya dia lagi suka kalau anda bila diejek. Jadi lebih baik anda abaikan dan buat tak tahu saja bila dia mengata anda itu dan ini.

2. Yakin pada diri sendiri
Apa yang dia cakapkan itu tak semestinya betul. Kalau dia kata anda gemuk, well, apa salahnya kalau anda gemuk? Gemuk, gemuk pun ada je orang gemuk yang jadi artis. Siap femes lagi. Gemuk, gemuk pun ada je yang berkahwin dengan orang yang cantik. Siap dapat anak comel lagi. Jadi tak perlu anda nak merasa rendah diri dengan kata-kata orang. Mereka sebenarnya dengki dengan kelebihan anda. Anda perlu yakin bahawa anda ada keistimewaan anda sendiri. Gunakan keistimewaan dan kelebihan yang ada pada anda dengan sebaiknya.

3. Malukan dia balik
Jika anda dapat ikuti dua tips pertama saya di atas, saya percaya anda mesti berani untuk balas balik dia. Walaupun tips ketiga ini sedikit jahat, tetapi sekali sekala apa salahnya kan? (ehem!) Ambil peluang ini untuk malukan dia balik. Kalau anda ada point besar, keluarkan point tu. Tetapi pastikan point yang anda nak gunakan itu betul-betul point yang terbaik. Bagi dia sentap!


Ejek mengejek ini sebenarnya lebih kepada perang psikologi. Dalam setiap peperangan, mesti ada strategi. Jika anda rasa susah sangat tak boleh nak ikut ketiga-tiga tips saya di atas, anda pakai saja tips yang pertama tu; Abaikan saja, buat tak tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan