Obesiti
menjadi salah satu masalah penduduk Malaysia pada hari ini. Obesiti bukan hanya
mengundang penyakit, malah juga menurunkan rasa keyakinan diri seseorang. Banyak pil pelangsing yang kita boleh lihat
di laman sosial dan papan iklan. Tetapi tidak semua mendatangkan hasil kalau
pemakanan kita masih tidak dikawal dengan betul. Terdapat lima minuman yang
dapat membantu kita untuk melangsingkan tubuh badan. Jom kita amalkan!
Obesiti menjadi salah satu masalah penduduk Malaysia
pada hari ini. Obesiti bukan hanya mengundang penyakit, malah juga menurunkan
rasa keyakinan diri seseorang. Banyak
pil pelangsing yang kita boleh lihat di laman sosial dan papan iklan. Tetapi
tidak semua mendatangkan hasil kalau pemakanan kita masih tidak dikawal dengan
betul. Terdapat lima minuman yang dapat membantu kita untuk melangsingkan tubuh
badan. Jom kita amalkan!
Kopi Hitam
Secangkir kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi
ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Ia
berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia
juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam
badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu skim.
Air
Semua orang tahu bahawa air yang tidak mengandungi
sebarang kandungan gula, atau apa sahaja campuran baik untuk kesihatan. Ia
bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam
membantu untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Boleh juga ditambah
dengan sehiris buah lemon segar, limau nipis, timun, atau pun tomato kerana
sayuran ini memberi banyak manfaat juga selain menambah perasa.
Jus Sayuran
Tidak kisahlah ia jus yang siap di beli dalam tin,
botol atau pun buatan sendiri, jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan
untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan
kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan
kita kenyang lebih lama.
Teh Hijau
Teh Hijau terbukti berkesan membantu dalam
pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan
meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan oolong kerana
kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam
badan.
Susu skim
Susu skim lebih dikenali sebagai susu rendah lemak
bagus yang berasaskan protein tanpa lemak, vitamin D dan kalsium yang menolong
untuk pembinaan otot dan menguatkan tulang. Ia lebih sedap jika ditambah dengan
sedikit coklat untuk perasa dan khasiat yang lebih efektif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan