Kadangkala kita tidak sedar dengan posisi tidur yang
bermacam-macam gaya. Tapi tahukah anda, gaya tidur sebenarnya boleh
menggambarkan personaliti seseorang? Mengikut suatu kajian yang telah dilakukan
ke atas 1,000 orang, terdapat 6 posisi tidur yang menjadi kebiasaan kita.
1. TIDUR TERLENTANG DENGAN TANGAN DI ATAS BANTAL DAN
KEPALA KE SISI
Seorang yang suka bergaul dan agak kurang ajar.
Mereka yang tidur dengan posisi ini juga mempunyai personaliti yang agak tegang
serta bermuka tebal tetapi sering terasa hati dengan kritikan yang diterima.
2. GAYA BAYI (BERBARING KE POSISI KIRI DENGAN KAKI
BENGKOK)
Digambarkan sebagai seorang yang kasar dari segi
luaran tetapi sebenarnya pemalu dan sensitif. Mereka memerlukan masa untuk
mesra dengan orang lain tetapi akhirnya akan tampil biasa. Tahukan anda bahawa
tidur dengan mengiring ke kiri boleh mendatangkan kompilasi kepada organ dalam
badan seperti hati dan paru-paru? Jika anda tidur dengan gaya ini, seeloknya
mengiring lah ke kanan.
3. TIDUR MENGIRING LURUS DENGAN KEDUA BELAH TANGAN
DI SISI
Gemar bersosial serta senang bergaul tetapi sering
ditipu kerana kelemahan mereka yang cepat percaya akan setiap individu
termasuklah mereka yang tidak dikenali.
4. TIDUR MENGIRING DENGAN KEDUA TANGAN MENDEPA KE
HADAPAN
Sukakan benda yang baru tetapi juga sering
berkelakuan sinis dan curiga terhadap orang. Mengambil masa yang lama untuk
membuat keputusan dengan menyenaraikan keburukan serta kebaikannya berulang
kali. Tetapi setelah sesuatu keputusan dibuat, mereka jarang mengubah pendirian
atau menyesal.
5. TIDUR TERLENTANG
Seorang yang pendiam serta tidak gemar
menguar-uarkan tentang sesuatu perkara. Namun, mereka ini sering meletakkan
standard yang tinggi untuk diri sendiri dan juga orang lain dalam sesuatu hal.
6. TIDUR TERLENTANG DENGAN KEDUA BELAH TANGAN DI
ATAS
Seorang pendengar dan kawan yang baik. Sering
menghulurkan bantuan dan tidak suka akan populariti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan