Queen Control
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong
dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala
arahan kamu, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat
perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.
Tidak Hormat orang Tua
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi
bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau kamu bersikap
kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika kamu
bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti
itu pula.
Gedik
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum
sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang
gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka
merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.
Kaki Kikis
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia
yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai
sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once
you are spotted as materialistic, you are in trouble.
Main Kayu Tiga
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main
kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan member
peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya.
Sekali kamu di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan