Nombor Tarikh
Lahir: 1
Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki
banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan,
mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu,
seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif
dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan
sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak
mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan
dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun
bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain
yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks,
Robert Redford, Hulk Hogan
Nombor Tarikh Lahir: 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang
menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan
mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati
dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan
yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai
kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri
sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang
diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil.
Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan
anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:
Adi Putra, Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta,
Bill Clinton, Madonna
Nombor Tarikh Lahir: 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau
dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang
yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan
sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang
yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan
bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan
terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak
penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu
perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal.
Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh
menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih
realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda
mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:
Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo,
Robinho, Alan Alda, Bill Cosby
Nombor Tarikh Lahir: 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu
bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya
dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri
dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara
dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu
kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam
sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan
perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu
perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira
pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:
Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold
Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
Nombor Tarikh Lahir: 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka
mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh
memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa
focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang
realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan
kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya
cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan
sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan
sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai,
Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears
Nombor Tarikh Lahir: 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup.
Nombor ‘6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat
bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ‘6? akan
berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini
akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat
tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi
pihak pendamai.
Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil
kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang
atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak
boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett,
Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver
Nombor Tarikh Lahir: 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila
menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang
pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih.
Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan
kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik
perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka
berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka
“berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda
adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda
tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh
bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur
dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:
Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc
Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson
Nombor Tarikh Lahir: 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya,
menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif.
Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya
adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu
ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang
berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang
kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa
tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa
yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa
melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan
sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang
tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford,
Barbara Streisand, Jane Fonda
Nombor Tarikh Lahir: 9
Kekuatan:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka
nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu
bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam
memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai
“penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk
berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan
dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan.
Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini
tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang
pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah
menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang
depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam
melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib
semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan
halangan
3) Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley
MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley
Hasil Pengiraan dan Potensi Diri
Daripada penerangan di atas, bayi yang lahir pada
hari ini, 21 Mac 2012, mempunyai Nombor Tarikh Lahir, 2. Mereka adalah dari
golongan yang mahir dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Mereka
dilahirkan sebagai seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan.
Malangnya kelemahan mereka adalah mereka mendengar
nasihat, tetapi tidak dikuti. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Walau bagaimanapun yang bagusnya ialah kelemahan seperti ini boleh diperbaiki
dengan mempelajari cara untuk meningkatkan keyakinan diri kerana orang-orang
hebat seperti Adi Putra, Bill Clinton, dan Madonna adalah orang dari golongan
nombor 2.
Bagaimana pula dengan anda? Dari pengiraan Rahsia
Tarikh Lahir di atas, anda berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana
satu? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan