Betul tu dan saya
tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana
lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Ya, siapa
sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau
isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu awak perlu mencari cinta sejati
tersebut.
Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu
pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil
lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih
pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.
Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
19.23% penceraian berlaku kerana tiada persefahaman! Menarik bukan, fakta telah
menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman
hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.
Fakta yang awak perlu tahu...
Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak
terkejut. Kita mulakan sekarang...
Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah
faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki
sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak
berkahwin berbanding lelaki!
Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui
kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin
satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak
benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian
lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan
pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati
dengannya!!!
Minda awak adalah aset yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan