Jika anda sudah mencuba pelbagai teknik dan taktik
untuk mengurangkan berat badan, mungkin sudah tiba masanya untuk kembali kepada
perkara asas dengan hanya beberapa langkah mudah seperti yang disarankan oleh
jurulatih kecergasan, Jason Lee.
Aktif – Mulakan dengan meningkatkan aktiviti
fizikal. Ia mungkin sekadar berjalan lebih jauh dalam sehari sudah memadai.
Menu – Cuba kurangkan amaun makanan yang anda ambil
dalam sehari. Anda tentu tak percaya betapa banyaknya hidangan yang diambil
bermula sarapan hingga snek malam.
Gula – Kurangkan minuman bergula seperti minuman
coklat bermalt, teh tarik, air tin dan juga jus buah.
Jason juga menggalakkan mereka yang ingin
mengurangkan berat badan untuk mula mengehadkan pengambilan makanan kepada 50%.
“Tidak dinafikan anda akan berasa lapar dan tak kenyang tetapi dalam masa tiga
hari anda akan adaptasi dengan situasi ini,” kata Jason.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan