Solat tahajjud ini biasanya
dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga
malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan solat
isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini
tidak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang
paling banyak tidak terhad.
DALIL
Firman Allah
Taala :
ومن
الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
Maksudnya :
"Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah
(tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat
(kedudukan) yang terpuji"
NIAT
أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya :
Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
DOA-DOA
SOLAT TAHAJJUD
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
peliharalah kami dari azab neraka"
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ ، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya :
"Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi
Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian,
Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau
Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah
benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan
neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku
telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan
kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi,
ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan
lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"
Sesudah itu
bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil
istighfar.
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya :
"Ya
Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah
menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan
perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang
yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku
dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat
mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan