Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang
boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap
ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya
mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan
dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk
mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya,
jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…
1. Amalkan membaca
doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya
‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau
adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)
Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa
tersebut dengan doa berikut ini:
“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di
dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan
Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku
seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan
hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang
soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”
2. Amalkan ayat 131
dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum
zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur
ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa,
wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan
kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan
rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan
Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat)
mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta
rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan
‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”
3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w
seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari
semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad.
Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah
kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.
4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan
membaca surah al-Furqan, ayat 74
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan
kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang
bertakwa (Muttaqin)”
5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air,
kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih
sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi
berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah
doa akan dimakbulkan.
7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum
membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan
jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan
keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya
ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil
berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan