Solat sunat taubat ialah solat sunat yang
dilakukan sesudah seseorang melakukan perbuatan dosa atau merasa berbuat dosa,
lalu bertaubat kepada Allah. Dengan berjanji tidak akan mengulanginya.
DALIL
Sabda
Rasulullah s.a.w :
ما
من رجل يذهب ذنبا ثم يقوم فيتطهر ثم يصلى ثم يستغفر الله إلا غفر له ثم قرأ هذه الأية ، والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكرو الله فاستغفرو لذنوبهم ومن يغفر الذنوب إلا الله ولم يصروا على ما فعلوا وهم يعلمون . أولئك جزاءهم مغفرة من ربهم وجنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها . ( رواه أبو داود والنسائي وابن ماجه )
Maksudnya :
"Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan dosa, kemudian segera bangun
dan berwudhuk. Kemudia solat lalu memohon ampunan dari Allah, pasti Allah akan
memberi ampunan baginya. Setelah itu dibaca surah ini : " Mereka yang
pernah mengerjakan kejahtaan atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri,
lalu mereka segera ingat kepada Allah, terus memohon ampunan di atas dosanya.
Siapa pula yang akan mengampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah itu
mereka insaf dan sedar bahawa ia tidak akan mengulanginya lagi perbuatan dosa
seperti yang sudah-sudah, maka mereka itu akan diberi pahala dengan syurga di
mana di bawahnya mengalir air sungai, dan di situlah tempat mereka kekal
abadi"
Selepas
selesai dari solat, maka beristighfarlah banyak-banyak. Antara istighfar yang
baik ialah penghulu istighfar :
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَاعَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْشَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَيَغْ فِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya :
"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau
telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan
perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang
yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku
dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat
mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"
Diriwayatkan
oleh Bukhari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan