لاَ
إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya :
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya
Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
(Al-Anbiya'
: 87)
DOA 1
رَبَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya :
"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami
serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik
Pemberi rahmat"
(Al-Mu'minun
: 109)
Doa Minta
Pengampunan
DOA 2
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya :
"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya
Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
(Al-Mu'minun
: 118)
Doa Penerang Hati
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya :
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku,
tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham
perkataanku"
(Taha : 25,26,27)
Doa Supaya Tetap Mendirikan Solat
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya :
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua
ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan
amal dan pembalasan"
(Ibrahim :
40/41)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan