Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki
sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah
menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat
Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"
DOA
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ� عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ
Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan
(minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon
ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah
kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan
aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
segala perkara ghaib.
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya
urusan ini �. Berkebajikan bagiku pada agamaku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah
akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan
seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini �. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat
urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah
akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan
urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan