Cinta...
Kenapa kita menyintai? Apa yang menyebabkan kita
cinta pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita cintai hingga kita
jatuh cinta?
Sayang...
Kenapa kita menyayangi? Apa yang menyebabkan kita
sayang pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita sayangi hinggi kita
jatuh sayang?
Kadang-kadang soalan ini ditanya kepada kita oleh
insan-insan tersayang di sekeliling kita. Dan kadang-kadang kita juga mahukan
jawapan kepada soalan-soalan ini daripada orang-orang yang mengasihi kita.
"Awak, saya nak awak kawan dengan saya!"
"Kenapa?"
"Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta pada
saya!"
Cukup sampai situ. Tiada soalan kenapa dia akan
jatuh cinta. Dan tiada jawapan kepada kenapa dia akan jatuh cinta. Pernahkah
ada satu detik di mana kamu tertanya-tanya, kenapa kamu menyayangi insan-insan
di sekeliling kamu dan kamu tidak ketemu jawapan kepada soalan itu?
Bersungguh-sungguh kamu mencari jawapan kepada soalan yang bermain-main dalam
fikiran kamu, bimbang nanti bila ditanya, kamu tidak punya jawapan yang tepat.
Namun, kosong...
Tiada.
Masih juga tiada kata yang benar-benar boleh
menjawab persoalan di kotak fikir.
Cukuplah bertanya kepada diri.
Kerana kadang-kadang, cinta tidak memerlukan
sebab...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan