Aku akui aku
tidak pernah mengambil tahu akan perasaan kamu yang semakin menyepi. Kamu yang
aku rasakan semakin menjauh pada satu kisah perjalanan yang bernama kehidupan.
Entah kenapa aku rasakan kerenggangan itu yang sedang berlaku. Berlaku pada
hati-hati kita biarpun kamu dan aku hakikatnya sentiasa dekat.
Hari ini...
Malam ini...
Aku tercuit akan satu rasa yang mahu memanggil kamu
kembali kepadaku. Kembali berdiri disampingku dan terus berjalan ke hadapan
bersama-sama denganku. Tidak sesekali aku mahu kamu pergi lagi, walau aku
keliru akukah yang meninggalkan atau aku yang ditinggalkan. Kerana
kadang-kadang kamu datang menghampiriku apabila hatiku diuji Tuhan, dan kamu
menghilang setelah aku berhasil kamu bahagiakan.
Kamu...
Kembalilah kepada aku yang memerlukan kamu dalam
hidupku. Tanpa kamu, tidak mungkin aku berada di sini hari ini. Tanpa kamu, aku
tahu aku tidak mampu bangun kembali bila aku terjatuh dek tersadung batu ujian.
Tanpa kamu yang terlalu aku rindui, aku dapat rasakan hidup ini ada lompang
yang tidak terisi walaupun hari-hariku penuh dengan gelak tawa dari
teman-teman.
Kamu yang aku tinggalkan...
Hari ini aku panggil kamu kembali...
Kembalilah...
Wahai diriku yang dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan