manusia tidak
suka keseorangan . walaupun pada akhir usianya , kita pasti akan keseorangan .
ya , satu hari nanti . dan tatkala kita yang masih hidup ini dalam komuniti
yang penuh ragam , jiwa kita yang meriah pasti akan disampuk dengan keseorangan
.
jiwa keseorangan di sini bukanlah mahu kata tidak
berteman . tidak berkeluarga . tidak berpunya . tidak beranak . segalanya cukup
. tapi , adakalanya situasi-situasi yang tuhan berikan kepada kita , buat kita
rasa keseorangan .
ada seorang pelajar yang mendapat gred 'D' , akan
rasa malu-malu . merendah diri dalam kelas yang majoritinya bijak-bijak belaka
. dan situasi itu buatkan dia betul-betul rasa terpinggir . dialah yang paling
berbeza . beza bukan yang mendapat untung . tapi , lebih kepada rugi .
dia keseorangan . bujang yang di tengah-tengah
masyarakat yang sudah berkahwin dengan nikmat .
namun , tatkala dia keseorangan . dia yang masih
diasak dengan pertanyaan oleh rakan-rakan hebat yang lain , di sudut ruang
bilik darjah itu . dia dapat menghidu aura 'keseorangan' . milik lelaki yang
songkoknya boleh dibuat boomerang .
dan apabila jiwa keseorangan itu bergabung , dua
nasib dapat dikongsi . derita sama dapat dirasa . takdir dapat juga ditelan
walaupun pahit . kenapa?
kerna menemui insan yang sama memahami betapa
peritnya ujian .
' hang dapat serupa ngan aku ke ? '
' haishh diam-diam sudah . '
*high five .
cerita dua budak laki laki itu riuh kerna isi kelas
sudah pun surut . ke kantin rasanya .
sedikit perkongsian yang aku nak cuba coret di sini
berkenaan dengan salah satu surah yang buat rambut nabi Muhammad sehingga
beruban , iaitu surah Hud .
jadi , duduk . bertenang . sambil lepak-lepak santai
itu , moleklah kita sama-sama membuka al-Quran . lebih bagus kita buka yang
terjemahan . lihat surah Hud . muka surat yang ke 221 .
positif .
tika kita mula rasa keseorangan , pasti ada lagi
jiwa-jiwa yang menerima nasib sama dengan kita . cuma , belum diketemukan oleh
tuhan . apabila bisa diketemukan , pasti kita rasa senang . seperti cerita dua
budak laki laki yang berkongsi gred yang sama .
namun jika belum diizinkan diketemukan maka biarlah
kita kuatkan keyakinan yang jiwa-jiwa itu juga yakin akan kehadiran kita yang
punya nasib yang sama .
jiwa-jiwa yang diuji untuk naik ke satu lagi .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan