Hari-hari
yang aku lalui memang menarik.Setiap hari yang dilalui itu adalah merupakan
sekolah bagi diri aku,ia juga pengalaman kerana setiap yang berjumpa dengan aku
mengongsikan juga pengalaman masing-,masing dan tak kurang juga berkongsi
permasalahan yang mereka alami.Namun,pengalaman mereka adalah setakuk lagi
pengetahuan buat aku.Seronok..Aku belajar dari mereka sebenarnya buat
mematangkan diri.Bila mendengar,aku cuba menganalisis baik serta buruknya.Tidak
dinafikan,kadang-kadang aku juga turut berasa binggung,rimas,ketandusan
idea.Bagaimana nak berikan solusi terbaik buat yang bertanya sedangkan diri ini
juga,insan yang lemah tidak sempurna.Aku juga mempunyai pelbagai perkara yang
perlu aku fikirkan.Walau bagaimanapun,perkara yang negatif aku cuba tolak
tepi,aku akan membantu semampu daya.Aku juga insan yang hina,lagi lemah,hamba
kepada Yang Esa,semoga apa yang lahir dari lidahku ini,moga ALLAH kurniakan
kebenaran dalam setiap kata-kata dan moga ALLAH redha..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Telefon bimbitku berdering.Aku yang sedang khusyuk
membaca buku motivasi terpana seketika.
" Siapa pula yang mesej ini.." ngomel hati
aku sendirian.Dengan keadaan terpaksa aku turun dari katil,kaki ku atur untuk
mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja.Rupa-rupanya,kehadiran mesej
dari adik kesayangan,teman seperjuangan.Agaknya kiriman mesej apa yang adik ku telah
hantar pada diriku.Terasa teruja nak tahu.Dalam hati,mungkin ada program
keagamaan yang dia ingin aku turut
sertai.Lama juga tidak pergi ke daurah dan konvensyen.Diri ini dahagakan ilmu
dari para murobbi..Pasti kalau di ajak,aku tidak menolak untuk turut sama
pergi.Begitu juga abah dan mama,pasti tiada halangan untuk memberikan izin
anaknya menuntut ilmu.Namun sejak akhir-akhir ini,ramai rakan-rakan yang sibuk
dengan agenda cuti masing-masing.Aku memahami.Diri ini tiada teman untuk diajak
bersama buat peneman untuk menghadiri ke majlis ilmu.Tidak megapalah,bagi
aku,mungkin kali ini tiada rezeki.Usah fikirkan hal yang tak jadi,tapi fkirkan
inisentif yang bisa dipakai. sebagai ganti .Alhamdullillah,masjid pun dekat
dengan rumah,dapat juga keluar bersolat jemaah dan mendengar
tazkirah..Buku-buku yang aku beli,memberikan satu kegembiraan buat diri .Dengan
membaca,aku juga bisa peroleh ilmu.Bukan hanya itu,youtube dan bermacam-macam
lagi menjadikan diriku aku berinformasi.
Aku membaca mesej yang dikirimkan.
"Assalamualaikum kakakku,maaf sekiranya mesej
ini menganggu.Bukan apa kak,hati sudah tidak tertahan.Adik sendiri terdesak
memerlukan seorang rakan untuk adik lepaskan perasaan dan harap dapat berkongsi
bersama.Mohon pencerahan dari akak.Cuma akak yang adik percaya dan faham
adik." sender : adik
aku membalas
"Walaikummussalam wbt..InsyaALLAH,akak akan
membantu sedaya mungkin.Nampak gaya seperti ada perkara berat yang membelenggu
permikiran.Ceritakanlah,supaya kita sama-sama dapat leraikan kekusutan.
"akak,ini mengenai persoalan hati dan
perasaan.Kenapa ye kak,adik tak boleh lupakan dia lah kak.Dah cuba pun,susah juga.Kalau duduk je,mesti
teringatkan dia.Pergi mana-mana pun teringatkan dia.Asyik dia...dia...dia...Arghhh..kenapalah
kan asyik wajah dia sahaja yang muncul.Adik sendiri tak tahu nak buat apa
lagi.Betul ke apa yang adik lakukan ini.Adik rasa,adik tidak patut meninggalkan
dia..kenapa adik nak berubah,ada sahaja yang menghalang.Tolong adik
kak..."
sender: adik
Aku tersenyum sendirian.Masalah perasaan dan hati
memang satu perkara yang tidak boleh dibuat main.Parah kalau tidak diubati
dengan segera.
Jujur,aku sendiri tidak terkecuali dari mengalami
konflik ini suatu ketika dahulu.Tetapi,apa yang aku tahu,aku sudah bebaskan
diri dengan meninggalkannya.Kerana apa..? kerana ALLAH semata-mata dan aku
lebih sayangkan abah dan mama dan aku lebih sayangkan akhirat aku dan akhirat
si dia..
Namun,aku mengakui ianya bukan
mudah..Payah,susah.derita,perit,hidup bertemankan airmata untuk meninggalkan
semuanya.Aku sendiri cuba cekal tapi kadang-kadang,aku tersungkur juga.Tapi
setiapa kali tersungkur,Alhamdullillah,pasti ada suara-suara yang mengingatkan
aku kembali untuk bangkit..Ianya satu yang normal.Lebih-lebih lagi,jiwa dan
naluri wanita ini lembut,halus.Semuanya perlukan masa dan kecekalan serta niat
yang lurus.
adikku sayang,mawar agama yang terbilang..
Buat mereka yang turut mengalami permasalahan yang
sama,Sudi-sudikanlah dirimu dik untuk
membaca nasihat dari kakak ye..Kakak mengerti
apa yang sedang dirimu alami kerana diri kak sendiri pernah melaluinya.
Pastinya sekarang dirimu terasa kehilangan?dan
kalian bersedih sekarang..?dan kalian merasakan hidup kalian semua tiada
ertinya lagi tanpa kehadiran si dia...?
hrrmmm..kenapa cepat sangat patah semangat adik ku
sayang?
adikku,janganlah terlalu bersedih kerana setiap
perkara yang kita temui dan pernah bersama-sama kita,hujungnya akan pergi
jua.Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia
amat kita sayang kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar
bagaimanapun kita cuba mengelaknya.Apa yang perlu dirimu tangisi.?Tindakan yang
dirimu lakukan tepat dan benar hanya kerana ingin menggapai redha
illahi.Yakinlah,sekarang apa yang diri kalian lalui dan rasa adalah kerana kalian sedang diuji
oleh Allah....
ALLAH berfirman di dalam surah al isra :32
" Dan janganlah kamu mendekati
zina,sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang
buruk."
kedua,
Dengar sini baik-baik adikku sayang....
Jodoh dan pertemuan adalah ketentuanNya.Itu adalah
satu pesan yang sangat besar kerana secara fitrah setiap insan ingin
berkeluarga.
Malah kontrak paling awal di dunia ialah kontrak
perkahwinan.Namun sebagai hamba yang yakin bahawa peta hidup ini bukan kita
sendiri yang pegang dan tentukan,kita sekadar berusaha tetapi hasilnya tetap
Hak-NYA.Oleh itu,kalian tidak perlu rasa tertekan akan prihal jodoh.Sewajarnya
kalian harus tertekan apabila cinta pada
Allah tidak bertambah.Tandanya tidak tebalnya cinta pada ALLAH bila kalian disalut
bimbang di hati dan gusar di jiwa.,mahu memenuhi hasrat berkeluarga.
Cuba bertanya pada diri sendiri,siapa yang lebih
tahu tentang diri kita,masa hadapan dan penamat hidup kita?Sesungguhnya tiada
siapa yang tahu kecuali ALLAH.Sedarlah bahawa ALLAH amat sayang dan cinta pada
setiap hambaNya.Mana mungkin ALLAH mahu menyulitkan hambaNya.Jadi mengapa perlu
berasa bimbang dengan apa yang diri kalian sedang lakukan.Apa yang kalian
lakukan adalah betul mengikut syariat dan ianya adalah tuntutan dari ALLAH agar
segera meninggalkan maksiat.Bila tiba masanya,akan hadir orang yang tepat buat
kalian dan menjadikan kalian halal sepenuhnya buat dirinya.Ini kerana Allah
sudah menjanjikan setiap anak adam yang lahir ke dunia ini sudah disediakan
jodoh,rezeki serta hari matinya.
Jika kalian berasa tertekan mengenai prihal
jodoh,bermakna hubungan kalian dengan ALLAH hanya di bibir dan di minda,belum
sampai ke hati dan mungkin belum cukup cinta pada-Nya lagi.Lantaran
tanggungjawab dengan Allah belum sempurna lalu ditangguhkan hajat kalian
sehingga kalian mencintai ALLAH sepenuhnya dahulu barulah mencintai 'suami.Jika
kalian sudah berasa diri kalian lengkap dari segala segi,sepatutnya tiada
masalah berjumpa dengan jodoh tapi penilaian ALLAH masih belum lemgkap
lagi.Maknanya,serahkanlah harapan dan pergantungan hanya kepada ALLAH dan
lakukanlah segala-gala keranaNya.Yakinlah bahawa DIA tidak pernah kejam dan
tidak pernah menolak permohonan serta doa hambaNya.
ALLAH itu lebih dekat dari urat leher kita dan
perhatian ALLAH pada kita tidak pernah teruputus walaupun
sesaat.Sesungguhnya,Allah sayang kita berkali-kali ganda sayang.Namun,jika kita
sendiri tidak menyemai sayang padaNya,kita tidak akan merasa cintaNya pada
kita.
Nasihat akak buat adik yang tersayang,tiada jalan
lain selain bersabar.Kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada
kesedihan dan ketabahan lebih membeikan hal-hal
yang positif daripada negatif.Malah,kebiasaan melihat sesuatu dari sisi
baik dan positif itu amat berharga daripada mendapatkan penghasilann jutaan
ringgit setahun.
Selain itu,rasulullah bersabda,"perbanyaklah
mengucapkan 'Ya dzal jalali wal ikram' iaitu nama Allah teragung kerana sudah
dijanjikan sesiapa yang berzikir dengan nama tersebut dan menyakini
keagunganNya,maka Allah akan mengabulkan permohonannya dan memberikan jalan
keluar daripada semua masalah dan kemenangan serta kebahagiaan."
Ini janji Allah dalam surah Al-Anfal : 9
"(Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan
kepada Rabb-mu.Lalu diperkenankannya bagimu." Dalam ayat yang lain iaitu
di dalam surah Muhammad ayat 7 ,Allah menyakinkan akan hambaNya," Hai
orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama ( Allah) nescaya DIA akan
menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu."
Yakinlah bahawa sesiapa yang taat kepada Allah,maka
DIA akan mencintainya seperti yang diregaskan dalam surah Ali Imran ayat
31,'Maka ikutlah aku nescaya Allah akan mencintai kamu 'Oleh itu,cari dan
burulah cinta ALLAH dahulu sebelum cinta manusia.
Buat adik-adik yang menanyakan pada akak mengenai
pernikahan ...
ini jawapan dri akak..kata-kata ini akan terbaca
dari kata-kata Imam Muda Syakir..
semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari
kata-kata ini..
Memang benar nikah itu harus dipercepatkan..
Tetapi kadang-kadang kita lupa..
Situasi dan keadaan kita buat masa sekarang masih
belum sesuai !
Sesungguhnya nikah itu satu ibadah,
Bukan hanya menghalalkan status dua hati.
Jom selalu beringat,
Nikah itu satu amanah dari Allah.
Timbalah ilmu dari sekarang.
Belum mampu?Berpuasalah,dengan puasa yang benar.
Ada yang berkata,aku ingin berkahwin kerana ingin
maramaikan umat Muhammad..
Aku tersenyum..Setiap dari kita mempunyai alasan
tersendiri..Tapi ingat ye sayang,niat mu itu tidak salah malah ianya sungguh
murni..tetapi biarlah berkahwin seiiring kita sudah cukup melakukan persediaan
untuk ke alam rumah tangga..Ramai sekarang yang berkahwin,tetapi tiada
persediaan yang cukup dan jahil agama.
Kata Syeikh
al-Qaradhawi dalam Fiqh Keutamaan,Nabi tak banggapun kalau umatnya ramai tapi
tak berkualiti. Bagai buih-buih yang rapuh diterajang ombak.
Jodoh adalah rezeki...
Nak rezeki yang baik kenalah mendapatkan dengan cara
yang menepati syariat Allah,
halal haramnya perlu dipelihara dan dijauhi...agar
kita dapat keberkatan dan kenikmatan yang hakiki...
Begitu juga dengan soal jodoh...
nak jodoh yang baik ikutlah syariat yang telah Allah
tetapkan..
Tertarik dengan kata-kata saudara Hilal Asyraf dalam
bukunya yang berjudul "sebelum aku bernikah", usaha, pilih dan
istiqamah....
Nak dapat jodoh yang baik, kenalah usaha, usaha
baiki diri, akhlak, agama dan sebagainya, dan usaha mencari calon yang
sesuai...bila dah jumpa dan yakin pilihlah "dia", bila dah pilih
ISTIQAMAH!
Ada orang walaupun dah bertunang boleh putus, dah
kahwin bole cerai, hanya kerana dia tak bahagia atau dia tak jumpa orang itu
dalam mimpi dia...rasional ke?
Kebahagiaan bukan datang dari orang lain, nak
bahagia kita dulu kena beri kebahagiaan, kadang-kadang Allah swt beri dah
kebahagiaan itu cume kita je yang tak nampak, kenapa?
Kerana dia meminta lebih dari dia memberi, dan tidak
ada rasa syukur dalam dirinya, orang yang bersyukur akan bahagia, akan tetapi
orang yang bahagia tak semestinya bersyukur....
Hidup di dunia pasti ada pasang surutnya, naik
turunnya, gembira sedihnya, itulah lumrah hidup di dunia, jadi nak bahagia
walaupun dalam keadaan surut, turun dan sedih jadilah orang yang bersyukur dan
bersabar...Wallahua'lam.
Istiqamah dalam bab jodoh pun ada apatah lagi dalam
kehidupan dan ibadah kita yang utama, jom jadi orang yang tetap pendirian yang
teguh semata-mata kerana Allah swt...InsyaAllah...
p/s : muhasabah Diri ya semua ^__^ redha Allah yg d
cari :') Allah Allah Allah :') —
Tiada ulasan:
Catat Ulasan