Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan aku mahu
kau kembali kepadaku, tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar
untuk melepaskan kau pergi.
Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar
percaya bahawa aku boleh hidup tanpa mu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi
cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. Aku
tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!!
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada
kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu, sambil
mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang
terputus tali.
Soal cinta adalah soal hati. Jika ia soal jodoh. Manusia
hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau
ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu dengan jodoh tetapi jodoh selalu dengan
cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai
tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian
kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama waktu, apabila waktu itu mati, maka
matilah cinta itu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan