Selasa, 21 Oktober 2014

Cara Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis

Em… nak share cerita kisah ayah amirah yang kena suspect penyakit kencing manis baru-baru ni. Ayah amirah  memang ada penyakit darah tinggi tapi alhamdulillah takde kencing manis. Keturunan ayah yang setakat amirah tau ni pun takde pulak yang ada penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh wujudnya masalah dalam pengeluaran insulin oleh organ pankreas samaada ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.

Seminggu lepas raya aidilfitri bulan lapan aritu, ayah amirah buat monthly checkup dan doktor bagitau kadar bacaan kandungan gula dalam darah ayah tinggi – 8.9 mmol/L. Masa tue, ayah fikir maybe sebab beria sangat makan tak pantang time raya kot.

Lepas seminggu check kat hospital (HSNZ) tue, ayah cek lagi kat klinik naik tinggi giler sampai 13.9 mmol/ L dan terus doktor cakap ayah ada penyakit kencing manis aka diabetes dan dapat banyak ubat kencing untuk stok sebulan 

Jus Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis

petua kedua buat air blend campuran buah epal hijau + buah peria katak
Bahan-bahan jus turunkan gula kencing manis;
1 biji peria katak (saiz sederhana)
1/2 biji epal hijau (saiz standard epal)
4 cawan air kosong
Cara-cara buat jus turunkan gula kencing manis;
1. Potong dadu buah peria dan epal hijau untuk memudahkan blend buah.
2. Campur kesemua bahan dan blend sehingga hancur.
3. Amik penapis dan tapis. Kemudian, buang hampas.
4. Boleh diminum begitu saja atau boleh sejukkan dalam peti sejuk.
**rasanye memang pahit giler! huhu.. Tapi amaran jangan letak gula ye. Kadang-kadang ayah amirah suka blend sekali buah kemunting nak bagi kurang rasa pahit.
Petua ketiga nak turunkan paras gula ialah gantikan gula putih kepada madu dalam makanan dan minuman seharian. Rasanya semua sedia maklum yang madu ni dinyatakan dalam Al-Quran dan penyembuh kepada penyakit dengan izin-NYA.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan