Rabu, 29 Oktober 2014

10 Petanda Dia Jodoh Saya


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Selasa, 28 Oktober 2014

10 Sifat untuk Memilih Calon Suami Yang Baik



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan...

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia...

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya...

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan...

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana...

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap...

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian...

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama..

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya..

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan...

Tempat baru cari jodoh

Dulu
Eh, kau kenal dia macam mana?
Kat facebook. Lama dah kwn kt alam maya.


Sekarang
Eh, mana kau kenal mamat ni?
Aku shake wechat dia add terus kawan n now nah kad kawin aku.



So sekarang tak de lagi alas an tak tahu mana lagi nak cari jodoh.
Semakin byk platform yg di bina untuk mencari kawan atau mencari jodoh.
So sape2 rasa sunyi dan bosan ingin mencari jodoh tu.

Just shake your wechat !




but!
pandai-pandaila cari kawan
rambut sama hitam, hati lain2.
jangan ingat semua orang jahat dan jgn ingat semua orang baik
jgn cepat sgt nak menilai orang
hati-hati bila berkawan :)



Selasa, 21 Oktober 2014

dosa aku



ada saatnya orang yang kita nampak  baik pun akan melakukan kesalahan,
bukan sebab mereka itu teruk  tapi kerana dia itu juga manusia biasa
contohnya macam aku,aku banyak buat doa dekat mak,ayah dan kawan aku
banyak hati yang terluka di sebabkan aku,
adakalanya aku harap sangatnya aku tak akan hidup dibumi ini kerana aku tak nak menyusahkan siapa lagi,
biar lah aku pergi dengan tenang aku tahu aku banyak buat dosa aku ini tak layak nak hidup ini bumi ini,semua orang bencikan aku
aku rasa yang aku ini dah gila dan tak betul hmmm apa yang patut aku buat aku nak sangat tidur lama kalau boleh aku tak nak bangung sampai bila-bila aku nak tidur dengan tentang.

Cara Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis

Em… nak share cerita kisah ayah amirah yang kena suspect penyakit kencing manis baru-baru ni. Ayah amirah  memang ada penyakit darah tinggi tapi alhamdulillah takde kencing manis. Keturunan ayah yang setakat amirah tau ni pun takde pulak yang ada penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh wujudnya masalah dalam pengeluaran insulin oleh organ pankreas samaada ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.

Seminggu lepas raya aidilfitri bulan lapan aritu, ayah amirah buat monthly checkup dan doktor bagitau kadar bacaan kandungan gula dalam darah ayah tinggi – 8.9 mmol/L. Masa tue, ayah fikir maybe sebab beria sangat makan tak pantang time raya kot.

Lepas seminggu check kat hospital (HSNZ) tue, ayah cek lagi kat klinik naik tinggi giler sampai 13.9 mmol/ L dan terus doktor cakap ayah ada penyakit kencing manis aka diabetes dan dapat banyak ubat kencing untuk stok sebulan 

Jus Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis

petua kedua buat air blend campuran buah epal hijau + buah peria katak
Bahan-bahan jus turunkan gula kencing manis;
1 biji peria katak (saiz sederhana)
1/2 biji epal hijau (saiz standard epal)
4 cawan air kosong
Cara-cara buat jus turunkan gula kencing manis;
1. Potong dadu buah peria dan epal hijau untuk memudahkan blend buah.
2. Campur kesemua bahan dan blend sehingga hancur.
3. Amik penapis dan tapis. Kemudian, buang hampas.
4. Boleh diminum begitu saja atau boleh sejukkan dalam peti sejuk.
**rasanye memang pahit giler! huhu.. Tapi amaran jangan letak gula ye. Kadang-kadang ayah amirah suka blend sekali buah kemunting nak bagi kurang rasa pahit.
Petua ketiga nak turunkan paras gula ialah gantikan gula putih kepada madu dalam makanan dan minuman seharian. Rasanya semua sedia maklum yang madu ni dinyatakan dalam Al-Quran dan penyembuh kepada penyakit dengan izin-NYA.

 

CINTA ITU ADALAH FITRAH

Pertama kali saya merasai perasaan seperti ini..
menyukai dan menyukai...
saya tahu menyukai seorang syabab adalah satu yang tidak baik bagi seorang pelajar yang beragama...
saya tahu memikir kan manusia itu kadang-kadang boleh menghijabkan diri saya dari mudah segala urusan dan menuntut ilmu agama

tapi fitrah iulah yang ALLAH telah tetap kan kepada semua hambanya
fitrah itulah yang menyatu kan hati-hati manusia ini dalan mengenali yang hak dan yang batil

fitrah mencintai dan di cintai

ALLAHUAKBAR..
saya tidak mampu menidakkan perasaan saya..
saya hanya meluahkan pada yang ESA sahaja..
saya mmg suka pada dia...
ALLAH timbulkan perasaan tu pada saya..

tapi saya selalu menidakkannya supaya diri saya berdiri di tapak yang benar
supaya saya stand dengan prinsip saya untuk menjadi anak yang solehah pada mak dan abah saya..

saya seorang srikandi...saya sendiri malu dengan perasaan saya.
saya tak patut untuk berperasaan seperti itu
sebab saya masih belajar..
sebab saya masih ada ummat yang dipertanggungjawab pada saya
saya masih ada seruan
amar ma'ruf nahi mungkar
saya ada allah

tapi kadang-kagang hati saya terketuk dek perasaan ini
sungguh ini lah ujian untuk saya
memendam perasaan seorang..
mengadu pada yang ESA
menahan kesakitan hati..
sebab itu semua adalah mujahadah untuk srikandi jannah

saya reflect pada diri saya semula..
saya bukan lah manusia yang baik belaka.
saya tak lah hebat seperti dia..
saya malu pada dia andai dia tahu saya bukan lah seperti dia
tidak hebat seperti dirinya

saya lagi sedih bila mengetahui peribadinya
ALLAHUAKBAR
tarikh yang sama
umur yang sama
nama yang sama

saya nampak diri saya bila terlihat dia
saya nampak diri saya selepas saya mengenal dirinya
saya nampak kesalahan saya bila dia juga bersalah seperti saya
saya juga melihat kebolehan diri saya apabila saya melihat dia

seolah-olah ALLAH memberi saya kembar seiras saya
seolah-olah ALLAH menghadiahkan manusia yang buat saya selalu muhasabah
kelemahan nya kelemahan saya
kebolehan nya kebolehan saya
kesempurnaan nya kesempurnaan saya

saya sakit menahan perasaan seperti ini..
hanya dengan menghadirkan CINTA ALLAH saya lega
saya ubati hati saya dengan mengingati janji Nya

apabila saya tahu yang dia punya hati pada yang lain..
saya menyedari itulah hak yang sebenar
lagipun dia tidak layak mengetahui perasaan sebenar saya padanya
kerana dia selayaknnya mendapat yang lebih baik dari saya

saya terpaksa meredhakan diri saya
saya kuat untuk ini,walaupun saya sakit untuk menahannya

saya kene terus kan perjuangan saya menjadi srikandi jannah
saya tidak boleh kalah dengan ujian ini..
saya kene teruskan semua perkara yang saya perlu tunaikan di atas muka bumi ini

saya pernah berjanji pada diri sendiri
utamakan yang utama
jangan utamakan yang tidak utama
yang utama itu adalah yang paling utama

perkara ini saya boleh atasi
saya mesti kuat dalam mumtaz untuk ummah
saya tak kan menoleh pada nya lagi

saya hebat kan diri saya untuk ALLAH
saya kuat kan diri saya untuk ALLAH
saya muslimah kan diri saya untuk ALLAH
saya mumtaz kan diri ini untuk ALLAH
saya buat semua nya kerana ALLAH

DAN KINI SAYA KENAL..
BAHAWA DIRI SAYA TAK SEHEBAT MANUSIA ITU
DAN SEDAR YANG SEPATUTNYA SAYA BUAT ADALAH
MENCARI REDHA ALLAH

PENDAMKANLAH UNTUK ALLAH
ALLAH.RASULULLAH.SAHABAT BAGINDA.MAK ABAH.FAMILY DAN RAKAN

ITULAH TANGUNGJAWAB SAYA YANG SEBENAR

REDHA LAAH

cinta

Cuba bayang kan , kawan baik kita sendiri cuba nak rampas
 orang tersayang kita secara diam diam . Hmm mesti sedih
sangat bila dapat tahu. :')
Kalau tak sayang tu JANGAN pernah KOTAKAN cinta kepada
 someone . Manusia bukan patung yang tiada perasaan
kasih sayang dan sebagainya . Setuju?
Nak cari pengganti orang yang kita sayang memang susah.
Sekali hati kita dah kecewa, bukan senang nak hilang. Kena
ambil masa yang lama.
Tolong pesan kat hati kita masing-masing jangan mudah
menyayangi. Tapi mudahlah untuk disakiti . Trust me kita
akan dapat kebahgiaan. Bersabarlah.
Kadang- kadang kita sangat kecewa bila kita dah jujur kat
someone tu bila kita cakap sayang kat dia tapi dia still tak
percayakan kita.
Jangan sekadar cakap & janji semata mata nk bagi
 seseorang itu happy tapi langsung tak tunaikan. Sedar tak

sedar, awak dh pn buat seseorang tu berharap.
Orang yang pernah di kecewa dan hati pernah di sakiti itu
 lebih menghargai CINTA. Sebab dia tahu bagaimana sakit
 bila kehilangan seseorang.
Apabila kita redha pada suatu yg mengecewakan hati kita ,
maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu

dgn sesuatu yg tidak dijangka.

aku


Tak susah nak mulakan perubahan yang baik tapi apabila hendak beristiqamah tulah yang memerlukan pengorbanan yang besar. Syurga ganjarannya.
Kalau Mesej boleh dipadam. Gambar pun boleh dipadam. Tapi memori antara kita dgn seseorang yg pernah hadir dlm hidup kita tu mmg susah nak dipadam
Hati perempuan umpama berlian yang berharga dan hanya boleh dimiliki oleh seorang lelaki yang baik,jujur dan sentiasa ada masa untuknya
Kalau aku mampu diputarkan semula perkara menyakitkan, aku berharap ia akan terus berputar ke hadapan, kerana tak sanggup menanggungnya.
Mulut boleh senyum , Hati tetap bersedih , Orang tengok kita happy , Tapi hakikat nya . Hati kita yang menangis :')

Mulut kata benci, mulut kata dah tak sayang, mulut kata nak berpisah, semua apa yg keluar dri mulut tu kena jaga. Jgn sampai menyesal nanti.

Ada prempuan yg suka kat banyak laki...
tapi mesti ada sorang yg dia betul2 suka...
tapi dia cuma suka dan mungkin ada sikit prasaan cinta...
tapi x nak berkapel...
walaupun laki tu tau prempuan tu suka dia...
tapi prempuan tu tetap macam biasa...
suka tapi x nak kapel...
lebih baik berkawan daripada berkapel...


 : prempuan tu adalah aq...itu la diri aq... ^^

TANDA-TANDA DIA JODOHMU

1. Berupa keyakinan yang besar untuk menuju pernikahan tidak bisa tergoyahkan oleh apapun sekalipun banyak ujian walau tanpa cinta dan hanya ta'aruf sesaat.

2. Merasa nyaman dan cocok dengannya, tidak ada ganjalan berupa rasa tidak cocok dalam hati. sehingga tiada keraguan untuk menikah.

3. Bisa menjadi diri sendiri tanpa adanya kepura-puraan atau tanpa sesuatu yang ditutupi.

4. Ikhlas menerima apa adanya dengan segala kekurangan dan kelebihannya.

5. Allah mudahkan segala urusannya walau harus ada ujian didalamnya.

6. niat yang lurus dari keduanya hanya mengharap ridho Allah.

7. Ada restu dan do'a dari kedua belah orang tua.


8. Sebesar apapun ujian jika berjodoh maka pasti akan bertemu juga dipelaminan

If Mimpi Orang yang Sama lebih dari 5 kali




"Mimpi orang yang sama 3 kali"

"Mimpi orang yang sama 2 kali"

Dalam hati, aku tak heran sebab aku mimpi lagi banyak kali. Fuhhh!!
Bile dah buat macam-macam research, ade la beberapa point yang aku jumpa agak berguna dari certain blog yang aku jumpa...dia pun senasib dengan aku. Ada beberapa sebab kemungkinan kenapa mimpi-mimpi ini berlaku. Tapi tidak semestinya tepat. Kadang-kadang mimpi ini mainan syaitan. Saja depa nih tak boleh tengok kita hidup tenang sebab tu la kot ganggu. (wallahualam)

1) orang tu akan memberi sesuatu kat kita in the future
- nak bagi sesuatu? ape mende sesuatu tu? hadoyai.. menurut blog yang aku baca tu, dia cakap, Travelling speed roh kita lebih laju dari kelajuan masa. Sebab itu kadang-kadang apa yang kita mimpi akan menjadi kenyataan. hmm... what ever~ -__-''

2) ada ikatan yang kuat
- maksud dia kat sini pulak, cakap pasal instinct.
mungkin betul, mungkin tidak. ntah le...

3) mungkin dia jodoh kita
- haaa... ini yang aku tak gemar dengar ni. Kalau lelaki mimpi pasal seseorang perempuan tu, aku caya le perempuan tu barangkali memang jodoh dia. Inikan aku, perempuan. kalau mimpi lelaki tu.. dulu biasa la. penah mimpi bebudak satu kelas!

- masa zaman muda-muda kt sekolah rendah dulu pun, aku ade gak minat tahap gila kat seseorang tu. takde pulak aku nak mimpi pasal dia. even orang yang aku rapat macam gile pun susah aku nak jumpe diorang dalam mimpi aku. haishhh

4) dia pun tengah pikirkan kita
- yang ni.. susah gak aku nak endahkan. yelah, aku jumpe fakta ni (psychology facts)


-Tapi, fakta yang kitorang ni berkawan tu betul la... 
 Tapi sape pulak aku ni dalam hidup dia kalau dia asyik duk pikir pasal aku, sampai dia masuk dalam mimpi aku berkali-kali nih? =__='''
 Mengarut je sume nih!

kadang-kadang pikir balik... Wah! *teruja* betul ke dia tengah pikirkan aku? *blushing gila*

*****

Hmm.. orang cakap mimpi ni ade 2. satu yang bawak berita baik, satu lagi yang bawak berita buruk.
aku doa supaya mimpi aku ni berita baik la (sape yg nk terima berita buruk?)
And mimpi ni jugak kadang-kadang sesuatu yang benar-benar akan berlaku masa depan.
korang penah dengarkan "Deja Vu"? haaa.. tu lah dia.

Isnin, 20 Oktober 2014

EXO_12월의 기적 (Miracles in December)_Music Video (Korean ver.)

EXO_으르렁 (Growl)_Music Video (Korean ver.)





jom kita layan lagu ini menyanyi dan menari huuuu l love exo..

TALKING ABOUT LOVE


betul ke orang kata kalau selepas kahwin hidup kita kan rasa terkokong.entah lah pun tak tahu sebab aku sendiri pun tak pernah kahwin bila aku dengar je kawan aku cakap macam itu aku rasa terus takut nak kahwin huuu.tapi tak kan lah aku nak hidup seorang-seorang sampai ke tua.hmmmm itu lagi satu masalah,please aku tahu lah nak buat macam mana hmmm sedihnya...
kalau korang nak tahu  selama 23 tahun ini aku tak pernah bercinta dengan siapa pun so aku tahu macam mana itu cinta apa rasanya cinta sama ada manis atau pahit  kalau boleh aku nak cari lelaki kawan aku kata kalau aku nak tahu macam mana rasanya jatuh cinta dan jantung aku berbunyi lagu irama malaysia.betul ke aku sendiri pun tak tahu.
lagi kawan aku kata cinta itu gila dan kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu mana satu cinta kita mungkin dia pernah muncul dekat depan kita mungkin tidak.
so kalau ada siapa yang tahu pasal cinta tolong bagi tahu aku dengan lebih jelas sama ada aku patut ke tidak jatuh cinta atau kahwin.
apa itu sebnarnya cinta ??????

Jumaat, 17 Oktober 2014

SISTAR Hyorin – I Choose To Love You

cuba korang faham lirik lagu SISTAR Hyorin – I Choose To Love You   memang best kalau dengar banyak kali pun tak bosan..

My hot lips want to touch your soft lips
So that my love will be delivered to your heart
If you still haven’t known how I felt
I will love you more than anyone in this world
I will love you until always, I will love you
Like this moment right now, more than anyone in this world
I will love you
I can arouse your curiosity by saying difficult words
I can spend this night with that common game
But I want you to know my heart now
I will love you more than anyone in this world
I will love you until always, I will love you
Like this moment right now, more than anyone in this world
I will love you
I will love you


 

nurul amirah



Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan aku mahu kau kembali kepadaku, tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.
Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpa mu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!!
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang terputus tali.


Soal cinta adalah soal hati. Jika ia soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.


Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.


Cinta tidak selalu dengan jodoh tetapi jodoh selalu dengan cinta.


Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.


Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.


Cinta akan hidup bersama waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.



Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

away from love

If you love, please keep me in the depths of the heart. If I did not love, please return to the people who are in need,
Sometimes we miss him go not because we've got a baby. But because we love him, we let him be happy with the person she loved.
Women are not like tissue. When I use the throw. When not in use, is allowed to float
This guy is a sweet mouthful appeal. Female liquid with persuasion.Male ego, women petulant endless. 

Stop crying for a heart unwilling. But the men who are waiting for liver 

True marriage is everywhere. Not a beetle, Flower is garden . But my first love is not the same as the second, third and so on.
I may not be perfect as the girls you've ever loved. But while waiting for my perfection, perhaps you could learn to love me? 

We always ask for freedom in relationships. Until we realize the freedom that we ask is separation. 

Great girl will not cry for a man. But good women will cry over a breakup.
I am most sad to see the people I love communicating with other people. I was very happy when you are happy with him, but would be happy if that person is me :( 

I expect perfection of the body until you forget how my imperfections make you fall in love with me.

Maafkan Aku




Maafkan Aku,
kerna mengganggu,
Maafkan Aku, 
kerna sikapku,
Maafkan Aku, 
kerna tingkah laku ku,
Maafkan aku,
kerna tutur kasar ku,
Maafkan Aku,
kerna ckp lepas ku,
Maafkan Ak,
kerna ak bodoh berkias,
Maafkan Aku,
kerna ak xpndai jga hti org,
Maafkan Aku,
kerna ak bkn kwn yg baik,
Maafkan Aku,
kerna ini lah diriku,
Maafkan Aku,

kerna inilah realiti hidupku..