Sabtu, 22 November 2014

kawan baik.

Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.
Kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.
Kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terusy mengalir.
Kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja disanjung tapi nun jauh di sana.
Kata saudara, К∂ω∂Ν tu macam makanan, kawan makan kawan!
Kata abang, К∂ω∂Ν tu seperti lembu, mengikut saja apa yang dikata.
Kata kakak, К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan.
Kata adik, К∂ω∂Ν tu macam biskut, sekejap ade sekejap tak ada.
Kata saya, К∂ω∂Ν tu tak kisah lah macam mana, walaupun dia
- [瓢虫] IBARAT LEBAH.
- UMPAMA ROS.
- SEPERTI AIR.
- BAK BULAN.
- SEPERTI LEMBU.
- [西瓜]BUAH DURIAN
- MACAM BISKUT.
Dia tetap К∂ω∂Ν, tahusebab apa? Sekali saya dah К∂ω∂Ν dengan dia selamanya dia tetap К∂ω∂Ν saya. Itu cara saya berК∂ω∂Ν!
[爱情] Walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia.

Walaupun kita mempunyai harta yg banyak, К∂ω∂Ν tetap paling berharga.

Khamis, 20 November 2014

5 Cara Mudah Kurus Badan

 Sememangnya memiliki berat badan yang ideal merupakan idaman setiap wanita. EH! tampilkan cara mudah yang boleh membantu anda untuk mendapatkan badan yang cantik.

1. Kurangkan Gula
Kurangkan gula atau tinggalkan terus tabiat makan dan minum yang manis. Gula sememangnya diketahui umum sebagai makanan atau bahan perasa yang tidak sihat, tetapi ada yang masih tidak ambil berat akan kuantiti gula harian yang diambil. Penggunaan gula yang banyak bukan sahaja boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tetapi juga penambahan berat badan. Anda akan terkejut dengan perubahan bentuk badan yang terjadi sekiranya pengambilan gula dihentikan.

2. Sarapan Pagi
Tahukah anda bahawa mereka yang mengambil sarapan pada waktu pagi lebih kurus dibandingkan dengan mereka yang tidak bersarapan? Sarapan membekalkan tenaga kepada anda untuk bekerja sepanjang hari. Ianya mengenyangkan dan kemudiannya membantu anda untuk lebih berhati-hati dalam memilih makanan pada waktu tengah hari dan seterusnya.

3. Minum Air Putih
Seringkali kita diingatkan untuk minum lapan gelas air sehari. Kenapa? Salah satu kebaikannya adalah penurunan berat badan. Jika anda tidak suka akan rasa air putih, cari alternatif lain seperti menambahkan buah-buahan ke dalam air tersebut. Tapi ingat, tanpa gula!

4. Bahagikan Makanan
Cara mudah untuk mengelakkan makan dalam kuantiti banyak adalah dengan mengasingkan makanan tersebut ke dua bahagian. Simpan satu bahagian untuk dimakan kemudian. Ianya bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga dapat mengawal pemakanan anda.

5. Masak Di Rumah

Makanan yang dibeli di luar kebiasaannya mengandungi kalori yang tinggi. Masakan di rumah sudah tentunya lebih menyihatkan kerana kita tahu kandungan atau bahan apa yang digunakan. Cuba resepi sihat yang boleh didapati di internet. Selain melaksanakan pelan menguruskan badan, ini juga adalah masa untuk anda belajar memasak. Ibarat sambil menyelam minum air.

Tips Menaikkan Berat Badan


 Agak aneh bunyinya apabila perkara ini diperkatakan kepada sesetengah orang yang menginginkan tubuh langsing dan kurus. Namun, hakikatnya ada juga golongan yang susah untuk naik berat badan yang ideal. Kata orang, terlalu kurus juga tidak cantik dan tidak bagus untuk kesihatan. Jadi, pastikan tubuh dalam keadaan yang ideal dan normal dengan mengekalkan berat badan ideal.

Jom amalkan cara untuk menaikkan berat badan ini bagi anda yang sukar untuk naik berat badan.

Makan, makan dan makan
Bagi sesetengah orang, sebolehnya mereka akan mengurangkan makan kerana takut untuk naik berat badan. Tetapi bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan, cara yang paling efektif adalah dengan kerap makan dalam masa sehari. Jika sebelum ini anda hanya mengamalkan dua atau tiga kali makan setiap hari, kini anda perlu amalkan memakan sebanyak lima hingga enam kali dengan kuantiti yang sederhana serta padat dengan nutrisi yang baik untuk tubuh. Namun, tidak bermakna anda boleh makan makanan segera atau gula yang lebih, tetapi perbanyakan protein dan karbohidrat.

Makan sumber makanan lemak yang baik
Ini bermaksud anda perlu perbanyakkan mengambil buah avokado, produk susu, kacang, dan daging. Jangan sekali ambil ais krim, kentang goreng segera, dan makanan segera yang lain.


Ambil lebih protein
Walaupun mitos mengatakan yang protein hanya membina otot pada tubuh, namun sebenarnya ia membina seluruh tubuh badan termasuklah otot, tulang, kulit, rambut dan darah. Antara makanan yang lebih protein ialah daging, keju, susu, ikan dan telur. Bagi mereka yang vegetarian, protein boleh didapati dari produk soya seperti tofu, nasi, jagung atau kacang.


Makan lewat malam
Tanpa perlu menambah keperluan makan anda sehari, anda hanya perlu tukar masa makan malam. Jika sebelum ini anda kerap makan malam pada jam 7, kini anda perlu ganjakkannya kepada pukul 9 malam dan ke atas kerana ia berkesan dalam menaikkan berat badan.

Lakukan senaman

Tidak bermaksud yang anda ingin naikkan berat badan dan anda tidak boleh bersenam. Ia sebenarnya lagi menggalakkan berat badan anda naik serta mencantikkan tubuh badan agar lebih fit dan sihat. Sebolehnya lakukan senaman squat dan pull-up untuk memejalkan bahagian bentuk badan.

Cara Mudah Langsing Segera

Jika anda sudah mencuba pelbagai teknik dan taktik untuk mengurangkan berat badan, mungkin sudah tiba masanya untuk kembali kepada perkara asas dengan hanya beberapa langkah mudah seperti yang disarankan oleh jurulatih kecergasan, Jason Lee.

Aktif – Mulakan dengan meningkatkan aktiviti fizikal. Ia mungkin sekadar berjalan lebih jauh dalam sehari sudah memadai.
Menu – Cuba kurangkan amaun makanan yang anda ambil dalam sehari. Anda tentu tak percaya betapa banyaknya hidangan yang diambil bermula sarapan hingga snek malam.
Gula – Kurangkan minuman bergula seperti minuman coklat bermalt, teh tarik, air tin dan juga jus buah.


Jason juga menggalakkan mereka yang ingin mengurangkan berat badan untuk mula mengehadkan pengambilan makanan kepada 50%. “Tidak dinafikan anda akan berasa lapar dan tak kenyang tetapi dalam masa tiga hari anda akan adaptasi dengan situasi ini,” kata Jason.

Minuman Melangsingkan Badan

 Obesiti menjadi salah satu masalah penduduk Malaysia pada hari ini. Obesiti bukan hanya mengundang penyakit, malah juga menurunkan rasa keyakinan diri seseorang.  Banyak pil pelangsing yang kita boleh lihat di laman sosial dan papan iklan. Tetapi tidak semua mendatangkan hasil kalau pemakanan kita masih tidak dikawal dengan betul. Terdapat lima minuman yang dapat membantu kita untuk melangsingkan tubuh badan. Jom kita amalkan!
Obesiti menjadi salah satu masalah penduduk Malaysia pada hari ini. Obesiti bukan hanya mengundang penyakit, malah juga menurunkan rasa keyakinan diri seseorang.  Banyak pil pelangsing yang kita boleh lihat di laman sosial dan papan iklan. Tetapi tidak semua mendatangkan hasil kalau pemakanan kita masih tidak dikawal dengan betul. Terdapat lima minuman yang dapat membantu kita untuk melangsingkan tubuh badan. Jom kita amalkan!


Kopi Hitam
Secangkir kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu skim.


Air
Semua orang tahu bahawa air yang tidak mengandungi sebarang kandungan gula, atau apa sahaja campuran baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Boleh juga ditambah dengan sehiris buah lemon segar, limau nipis, timun, atau pun tomato kerana sayuran ini memberi banyak manfaat juga selain menambah perasa.


Jus Sayuran
Tidak kisahlah ia jus yang siap di beli dalam tin, botol atau pun buatan sendiri, jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.


Teh Hijau
Teh Hijau terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.


Susu skim

Susu skim lebih dikenali sebagai susu rendah lemak bagus yang berasaskan protein tanpa lemak, vitamin D dan kalsium yang menolong untuk pembinaan otot dan menguatkan tulang. Ia lebih sedap jika ditambah dengan sedikit coklat untuk perasa dan khasiat yang lebih efektif.

Turunkan 2kg Dalam 2 Minggu?

 Ramai yang cuba untuk menurunkan berat badan dan mahukan keputusan segera. Namun tidak semua dari kita dilahirkan dengan tahap metabolik yang tinggi untuk membakar lemak dengan mudah dan perlu berusaha lebih sedikit dari mereka yang sememangnya langsing dan bersusuk ramping.

EH! temui beberapa cara yang boleh kita cuba bersama dan mungkin dapat mengurangkan 2kg dalam masa dua minggu sekiranya anda betul-betul disiplin dengan panduan yang dicadangkan.

1. Pemakanan
Pengambilan makanan adalah kunci dalam usaha mengurangkan berat badan, jadi cuba kembali kepada pemakanan asas selama 14 hari. Pilih menu seperti orang zaman dahulu yang tidak terdedah kepada makanan yang diproses atau mengandungi bahan pengawet. Jadi makanlah sebanyak mungkin ayam, daging lembu, ikan dan sayur-sayuran yang dimasak tanpa minyak, dipanggang atau gril. Sebaiknya pilihan bahan mentah organik adalah lebih bagus.

2. Senaman
Untuk meningkatkan tahap metabolisme bagi lapan jam berikutnya, cuba rutin senaman 4 hari seminggu selama 40 minit dengan mesin gim seperti treadmill, basikal atau cross trainer. Mulakan dengan warm-up kemudian menambah tahap intensiti setiap tiga minit (hingga capai tahap tertinggi yang mampu) berselang dengan menurunkan tahap intensiti setiap tiga minit sehingga anda selesai 40 minit itu. (sila dapatkan nasihat doktor bergantung pada tahap kesihatan anda)

3. Aktiviti
Membakar kalori dengan pergerakan adalah cara terbaik untuk memasukkan aktiviti dalam rutin harian. Semudah parkir kereta lebih jauh supaya dapat berjalan lebih atau turun bas/teksi beberapa minit sebelum tiba destinasi. Naik turun tangga dan bukan lif jika destinasi hanya satu atau dua tingkat tingginya. Selain itu boleh bakar kalori dengan aktiviti dirumah seperti menyapu atau menyelia taman. Juga disarankan bangun dari tempat duduk (sofa di rumah atau kerusi pejabat) setiap 30 minit – jika lupa pasang penggera pada jam telefon.

4. Tidur
Semudah dapatkan tidur secukupnya selama lapan jam. Kajian menunjukkan kekurangan tidur meningkatkan rembesan ghrelin (sejenis hormon yang terbentuk dalam perut dan buah pinggang) menyebabkan seseorang itu mudah berasa lapar. Pastikan juga ada kitaran tidur yang tetap dan rehat secukupnya (unwind) sebelum masuk tidur.

5. Zat Ekstra
Tambahan kepada kawalan pemakanan dan gaya hidup sihat, pengambilan supplement seperti Omega 3, Vitamin D dan L Carnitine dapat membantu mengurangkan lemak serta usaha yang dicurahkan dalam masa dua minggu ini.


*Disarankan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum menjalani program intensif seperti doktor peribadi mengenai nutrisi dan jurulatih profesional mengenai rutin senaman

Gaya Tidur Melambangkan Personaliti

Kadangkala kita tidak sedar dengan posisi tidur yang bermacam-macam gaya. Tapi tahukah anda, gaya tidur sebenarnya boleh menggambarkan personaliti seseorang? Mengikut suatu kajian yang telah dilakukan ke atas 1,000 orang, terdapat 6 posisi tidur yang menjadi kebiasaan kita.

1. TIDUR TERLENTANG DENGAN TANGAN DI ATAS BANTAL DAN KEPALA KE SISI
Seorang yang suka bergaul dan agak kurang ajar. Mereka yang tidur dengan posisi ini juga mempunyai personaliti yang agak tegang serta bermuka tebal tetapi sering terasa hati dengan kritikan yang diterima.

2. GAYA BAYI (BERBARING KE POSISI KIRI DENGAN KAKI BENGKOK)
Digambarkan sebagai seorang yang kasar dari segi luaran tetapi sebenarnya pemalu dan sensitif. Mereka memerlukan masa untuk mesra dengan orang lain tetapi akhirnya akan tampil biasa. Tahukan anda bahawa tidur dengan mengiring ke kiri boleh mendatangkan kompilasi kepada organ dalam badan seperti hati dan paru-paru? Jika anda tidur dengan gaya ini, seeloknya mengiring lah ke kanan.

3. TIDUR MENGIRING LURUS DENGAN KEDUA BELAH TANGAN DI SISI
Gemar bersosial serta senang bergaul tetapi sering ditipu kerana kelemahan mereka yang cepat percaya akan setiap individu termasuklah mereka yang tidak dikenali.

4. TIDUR MENGIRING DENGAN KEDUA TANGAN MENDEPA KE HADAPAN
Sukakan benda yang baru tetapi juga sering berkelakuan sinis dan curiga terhadap orang. Mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dengan menyenaraikan keburukan serta kebaikannya berulang kali. Tetapi setelah sesuatu keputusan dibuat, mereka jarang mengubah pendirian atau menyesal.

5. TIDUR TERLENTANG
Seorang yang pendiam serta tidak gemar menguar-uarkan tentang sesuatu perkara. Namun, mereka ini sering meletakkan standard yang tinggi untuk diri sendiri dan juga orang lain dalam sesuatu hal.

6. TIDUR TERLENTANG DENGAN KEDUA BELAH TANGAN DI ATAS

Seorang pendengar dan kawan yang baik. Sering menghulurkan bantuan dan tidak suka akan populariti.