Ramai yang cuba
untuk menurunkan berat badan dan mahukan keputusan segera. Namun tidak semua
dari kita dilahirkan dengan tahap metabolik yang tinggi untuk membakar lemak
dengan mudah dan perlu berusaha lebih sedikit dari mereka yang sememangnya
langsing dan bersusuk ramping.
EH! temui beberapa cara yang boleh kita cuba bersama
dan mungkin dapat mengurangkan 2kg dalam masa dua minggu sekiranya anda
betul-betul disiplin dengan panduan yang dicadangkan.
1. Pemakanan
Pengambilan makanan adalah kunci dalam usaha
mengurangkan berat badan, jadi cuba kembali kepada pemakanan asas selama 14
hari. Pilih menu seperti orang zaman dahulu yang tidak terdedah kepada makanan
yang diproses atau mengandungi bahan pengawet. Jadi makanlah sebanyak mungkin
ayam, daging lembu, ikan dan sayur-sayuran yang dimasak tanpa minyak,
dipanggang atau gril. Sebaiknya pilihan bahan mentah organik adalah lebih
bagus.
2. Senaman
Untuk meningkatkan tahap metabolisme bagi lapan jam
berikutnya, cuba rutin senaman 4 hari seminggu selama 40 minit dengan mesin gim
seperti treadmill, basikal atau cross trainer. Mulakan dengan warm-up kemudian
menambah tahap intensiti setiap tiga minit (hingga capai tahap tertinggi yang
mampu) berselang dengan menurunkan tahap intensiti setiap tiga minit sehingga
anda selesai 40 minit itu. (sila dapatkan nasihat doktor bergantung pada tahap
kesihatan anda)
3. Aktiviti
Membakar kalori dengan pergerakan adalah cara
terbaik untuk memasukkan aktiviti dalam rutin harian. Semudah parkir kereta
lebih jauh supaya dapat berjalan lebih atau turun bas/teksi beberapa minit
sebelum tiba destinasi. Naik turun tangga dan bukan lif jika destinasi hanya
satu atau dua tingkat tingginya. Selain itu boleh bakar kalori dengan aktiviti
dirumah seperti menyapu atau menyelia taman. Juga disarankan bangun dari tempat
duduk (sofa di rumah atau kerusi pejabat) setiap 30 minit – jika lupa pasang
penggera pada jam telefon.
4. Tidur
Semudah dapatkan tidur secukupnya selama lapan jam.
Kajian menunjukkan kekurangan tidur meningkatkan rembesan ghrelin (sejenis
hormon yang terbentuk dalam perut dan buah pinggang) menyebabkan seseorang itu
mudah berasa lapar. Pastikan juga ada kitaran tidur yang tetap dan rehat
secukupnya (unwind) sebelum masuk tidur.
5. Zat Ekstra
Tambahan kepada kawalan pemakanan dan gaya hidup
sihat, pengambilan supplement seperti Omega 3, Vitamin D dan L Carnitine dapat
membantu mengurangkan lemak serta usaha yang dicurahkan dalam masa dua minggu
ini.
*Disarankan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum
menjalani program intensif seperti doktor peribadi mengenai nutrisi dan
jurulatih profesional mengenai rutin senaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan