Jom kita periksa adakah BETUL cara atau kaedah mandi wajib kita. Ia nampak seperti remeh, enteng dan mudah. Tapi ada
kah cara yg kita praktiskan selama ini telah melepasi syarat2 wajibnya.
Akibat dari mandi wajib yang tidak sah, akan menyebabkan ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Minta dijauhkan...

RUKUN MANDI WAJIB
1. NIAT -
" Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala. " @ " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Untuk wanita selepas haid - " Sahaja aku mandi hadas haid kerana Allah Taala."
Untuk wanita selepas nifas - " Sahaja aku mandi hadas nifas kerana Allah Taala."
Niat perlu dibaca di dalam hati dan hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
Niat jika dilambatkan atau dibaca selepas membasuh salah 1 anggota badan, mandi wajib itu TIDAK SAH. Jadi perlu berniat kembali dan pastikan niat mesti diiringi bersama dengan air yang sampai ke mana-mana bahagian badan.
Berniat sebelum air sampai ke mana-mana bahagian badan juga TIDAK SAH.
2. MENGHILANGKAN NAJIS DI BADAN
Menurut Imam Nawai, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi boleh disekalikan.
3. MERATAKAN AIR KESELURUHAN ANGGOTA BADAN YG ZAHIR.
Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.
Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.
Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
SUNNAH-SUNNAH MANDI WAJIB.
1. Membaca bismillah
2. Membasuh kedua-dua tangan
3. Berwuduk sebelum mandi
4. Menggosokkan tangan keseluruhan badan ~ utk membersihkan
5. Mendahulukan anggota kanan sebelum kiri, seperti mengambil wuduk.
Ini adalah secara ringkas sahaja. Untuk penerangan yang lebih details boleh google atau rujuk sumber yang dirujuk ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan