Jumaat, 19 Jun 2015

4 Punca Anda Dibenci Sahabat Anda Sendiri!

Kehadiran seorang sahabat boleh membuatkan hidup lebih ceria dan berwarna-warni.
Sahabat yang baik sentiasa ada di kala kita senang mahupun susah.
Di saat kita mempunyai masalah, merekalah tempat kita mengadu.
Tapi, apa sebabnya kita dibenci oleh sahabat baik kita? Adakah kita kurang luangkan masa bersama mereka?
Jom ketahui apa sebab-sebabnya!

Anda Hanya Fokus Pada Diri Sendiri

Anda tidak lagi mempedulikan perasaan sahabat anda. Setiap kali berjumpa, anda hanya sibuk membicarakan masalah diri sendiri. Anda tak lagi peduli dengan masalah yang dihadapi sahabat anda. Bahkan anda tidak ambil kisah di saat sahabat anda meminta bantuan anda.

Anda Bersikap ‘Bossy’

Ah, siapa yang tahan bersahabat dengan orang bossy yang hobinya asyik menyuruh itu ini?Cuba anda tanya pada diri sendiri, adakah selama ini anda melayan sahabat anda dengan baik atau memperlakukannya sebagai orang suruhan?

Anda Melukai Perasaannya

Untuk membina hubungan persahabatan yang baik memerlukan masa bertahun-tahun. Tapi hanya memerlukan berapa saat sahaja untuk meruntuhkan hubungan baik tersebut. Mungkin anda ada melukai perasaan mereka tanpa anda sedar.

Anda Hanya Cari Bila Perlu

Komunikasi adalah sangat diperlukan untuk mengekalkan sebuah persahabatan. Tapi kalau anda menghubungi sahabat anda apabila perlu sahaja, perasaan mereka mungkin terluka. Anda akan dianggap orang yang mementingkan diri. Mungkin di sebabkan itu dalam diam mereka akan membenci anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan