Jumaat, 19 Jun 2015

4 Punca Anda Dibenci Sahabat Anda Sendiri!

Kehadiran seorang sahabat boleh membuatkan hidup lebih ceria dan berwarna-warni.
Sahabat yang baik sentiasa ada di kala kita senang mahupun susah.
Di saat kita mempunyai masalah, merekalah tempat kita mengadu.
Tapi, apa sebabnya kita dibenci oleh sahabat baik kita? Adakah kita kurang luangkan masa bersama mereka?
Jom ketahui apa sebab-sebabnya!

Anda Hanya Fokus Pada Diri Sendiri

Anda tidak lagi mempedulikan perasaan sahabat anda. Setiap kali berjumpa, anda hanya sibuk membicarakan masalah diri sendiri. Anda tak lagi peduli dengan masalah yang dihadapi sahabat anda. Bahkan anda tidak ambil kisah di saat sahabat anda meminta bantuan anda.

Anda Bersikap ‘Bossy’

Ah, siapa yang tahan bersahabat dengan orang bossy yang hobinya asyik menyuruh itu ini?Cuba anda tanya pada diri sendiri, adakah selama ini anda melayan sahabat anda dengan baik atau memperlakukannya sebagai orang suruhan?

Anda Melukai Perasaannya

Untuk membina hubungan persahabatan yang baik memerlukan masa bertahun-tahun. Tapi hanya memerlukan berapa saat sahaja untuk meruntuhkan hubungan baik tersebut. Mungkin anda ada melukai perasaan mereka tanpa anda sedar.

Anda Hanya Cari Bila Perlu

Komunikasi adalah sangat diperlukan untuk mengekalkan sebuah persahabatan. Tapi kalau anda menghubungi sahabat anda apabila perlu sahaja, perasaan mereka mungkin terluka. Anda akan dianggap orang yang mementingkan diri. Mungkin di sebabkan itu dalam diam mereka akan membenci anda.

Khamis, 18 Jun 2015

aku budak gemuk



AKU berbadan gemuk! Ramai orang mengata aku macam-macam. Kolesterol tinggilah dan lebih berat badan ini mengundang penyakitlah. Aku tahu semua itu  
 Adakah ini petanda yang aku akan menjadi gemuk buat selama-lamanya ? Tidakaku tidak mahu jadi budak gemuk lagi tetapi aku masih .kenpa dorang semua selau je buli aku hanya di sebab akan aku ini budak gemuk yang kuat makan hanya di sebab aku ini budak bodoh yang selau kena buli..
bila aku tengok cermin aku rasa benci dengan diri aku kenapa lah aku ini tak cantik macam orang lain,aku benci diri aku,kadang-kadang aku sendiri takut  dengan diri aku sendiri..
 Apa salah aku? dosa kan aku menjadi gemuk? susah ke meraka kalau aku gemuk? pernah kan aku mintak makan dan minum dari mereka?
Aku melihat wajah ku di cermin.... tanpa seutas benang tersalut di sekujur tubuh yang selalu menjadi bahan hinaan dan jugak bahan lawak orang yang tak pernah mengerti erti sebuah kehidupan sebagai BUDAK GEMUK!!!.... .aku kesian melihat sekujur tubuh ini.... fikiran ku melayang memikirkan sampai bila tubuh ini perlu dihina dan dicaci?
Apa salah aku? dosa kan aku menjadi gemuk? susah ke meraka kalau aku gemuk? pernah kan aku mintak makan dan minum dari mereka? pernah kan aku mintak dilahirkan sebagai wanita gemuk?... Patut kah aku menyalah abah dan mak  aku kerana membiarkan aku begini... tapi..... aku juga salah.. salah kerana cepat berputus asa... Aku telah cuba berdiet acapan kali.... tapi aku berakhir dengan kecundangan. ....
Tayangan filem di TV sering membuat kan aku tersinggung dan acap kali menyebabkan aku mengalirkan air mata... Orag gemuk sering disuakan dengan kuat makan yang melampau.... tak tahu malu... dan sering di perkotak katik kan seperti badut bodoh...  sehingga ada filem yang menanyangkan seorg pelakon gemuk yg terpaksa diangkat mengunakan crane gara2 terjatuh di tongkang?... . dimana agak nya pendirian pelakon itu? membiarkan diri di malukan.... dan yg paling teruk... kami warga gemuk merasakan lakonan itu melampau dan memalukan kan kami.... bukan itu sahaja, banyak jugak watak2 pelakon gemuk dijadikan betul2 bahan lawak, apabila ada sesetengah adegan tuh menayang kan kerusi patah dan jugak bagaimana hina nya bila perempuan gemuk tuh berminat dgn lelaki normal.....
Dari kecil.... zaman bersekolah.. ... zaman kerja.... aku masih dijadikan bahan hinaan, bahan lawak dan kadang2 aku merasakan aku seperti badut bergerak. Segala tingkah dan laku aku dijadikan perhatian... Semuanya jadi lawak bagi mereka yang mengerti erti kesakitan... Mereka gembira dengan kesedihan aku... kadang2 lawak mereka seperti mendorong aku mahu meninggal kan dunia ini secepat mungkin... Aku trauma, sehingga kadang2 aku mula terpikir untuk tidak berkawan dan bersosial... kerana aku tak tahan dengan padahnya.... ..
Aku adalah manusia biasa yang punya perasaan dan naluri seperti org lain. Pernah org lain berfikir aper perasaan mereka kalau meraka berada ditempat aku..... Kalau bercakap pasal lelaki.... lebih memalukan... .. perasaan ku sering menjadi hinaan dan lawak mereka. Ada yang sanggup mengatakan aku tak ukur baju pada badan sendiri. Salah ker sekiranya aku berminat dengan makluk ciptaan Allah yang bernama lelaki? Aku tak pernah minta untuk dibalas rasa cinta. Kerana aku tahu aku memang tak layak untuk menerima CINTA dari seorang lelaki. Lelaki mana lah yang sanggup berteman kan perempuan gemuk seperti aku....sekarang aku sudah akur dengan takdir ilahi pada aku. Aku telah membuang jauh perasaan aku.....
Dulu selalu aku dipermainkan. Acapkali aku menerima panggil dari entah mana2 lelaki mahu berkenalan.. . aku jadi binggong... tapi aku masih melayan mereaka dengan baik kerana bagiku yang penting ialah kejujuran. Aku akan berkata pada meraka bagaiman rupa paras ku yang sebenar... dan meraka pun akan memberikan kata2 manis yang rupa paras bukan ukuran.... aku diajak keluar untuk berjumpa.... hari pertama perjumpaan ajer, aku sudah dilayan seperti sampah... aku tak diajak berborak, malah kawan ku pulak yang jadi teman berbual nya... selepas tuh, dia akan berbisik dengan kawan2 dia dan gelak2 dihadapan aku... kemudian aku dihantar pulang.... dan selepas itu pasti... ianya adalah perjumpaan kali terakhir dan tiada lagi panggilan telepon.....
Pernah suatu ketika dahulu, masa aku mula2 masuk kerja... aku terima panggilan dari site, menyatakan niatnya nak berkenalan dengan aku.... dari belakang aku boleh mendengar suara2 mereka yag sedang gelak2.... aku tanya kan pada dia, pernah jumpa aku ker.... dia cakap tak pernah, tapi difahamkan aku nih boleh tahan org nya.... aku katakan pada nya yang dia telah ditipu org kawan2 nya kerana aku bukan sepertimana yang digambarkan pada dia. Keesokan harinya dia dtg ke opis nak berjumpa dengan aku....  aku tampil dan dia agak terkejut... kemudiaan aku pretand like notting happen.... aku minta diri sebab byk keje... dan dia pun beredar dengan kawan nya.... melangkah keluar dari opis aku... lantas kedengar suara mereka sedang tergelak.... kebetulan pada masa yg sama aku pun mahu turun kebawah berjumpa boss aku ingin mengambil document... aku dari belakang dengar dengan jelas " aku ingatkan intan... tapi gozilla...hhahahah. .. sebijik macam dugong... hahahah"  memang **** lah korang kene kan aku cukup2... mati aku kalau dia carik aku lagi lepas nih....." kata2 tuh masih segar diingatan aku samapai sekarang. Aku tak pernah mintak mereka suka pada aku... dan aku jugak tak pernah mintak meraka berkenalan dengan aku.... tapi kenapa aku diperlakukan sedemikian rupa....
Aku baik dengan org aku diakatanya syok dengan lelaki tuh. Aku sering disalah anggap.... kadang2 aku jadi keliru.... Aku sentiasa ingat pesan MAK, biar muka buruk asal kan perangai baik. Itu pasal aku baik dengan suma org. Dan suma org baik didepan aku, dibelakang aku, aku dijadikan bahan gelak. itu pasal aku benci gathering dan function. Sebab sudah pasti aku akan dijadikan bahan ketawa.....
Pernah suatu hati aku terima satu panggilan telepon yang agak menguris perasaan aku. "wei perempuan, engko nih sedar diri lah sikit, jangan suka2 cakap kat org yg ko tuh suka kat aku... aku nih tak berminat dengan dugong macam engko nih, bersepah lagi perempuan kat luar tuh.... engko tahu tak org dah perli2 aku pasal engko. Engko yang syok sendiri kenapa pulak aku yg jadi bahan perlian org......cermin diri engko baik2 tau..." tup talian ditutup... aku kebinggungan. ... aper sume nih? Masih segar lagi pangillan tuh ditelinga aku. Bagaimana aku dihina dan kedengaran dengan jelas suara org dibelakang yg sedang gelak2 kan aku.....
Terlalu byk bende pahit dalam hidup ku.... banyak sangat.... Aku boleh dijadikan bahan lawak dalam keadaan aper pun... even about seksual... katil patah lah... kalau kawin ngan aku tak payah beli tilam lah.... banayak air lah... banjir lah.... macam2 lah.... sume nya bahan lawak pada mereka.....
sampai bila aku perlu lalui suma ini........aku sedih dengan sekujur tubuh yang tidak berdosa nih..... Adakah aku ditakdir kan begini? adakah aku tak layak tuk dicintai dan menyintai? Apakah tak de ruang untuk aku didunia nih? .....

SAMPAI BILA........

    ini lah rupa aku budak gemuk yang selau di hina .aku kan ingat sampat aku mati setiapa orang yang pernah menghina aku dan buli aku




bersambung kisah budak gemuk....


jodoh aku


aku harap sangat tahun ini aku akan berkahwin,cemburunya aku tengok kawan-kawan aku yang lain semuanya dah ada kahwin cuma tinggal aku je yang belum sedihnya aku harap sangat satu hari nanti aku akan bertemu dengan jodoh aku,aku tak kira raya tahun ini aku kena kahwin juga.....

                 SIAPA JODOH AKU

tapi masalahnya aku sendiri tak tahu siapa jodoh aku sebenarnya,di mana dia berada aku sendiri pun tak tahu.kalau korang nak tahu selama aku tak pernah bercinta dengan siapa atau bermint dengan mana-mana lelaki,aku ini bukan nya jenis perempuan yang suka kan perempuan bila aku cakap dekat kawan aku yang aku ini tak pernah bercinta dia mesti ketawa kan aku.cakap yang aku ini tak nomel.

aku bukan nya tak bercinta aku cuma takut nak bercinta aku takut kena tinggal.aku takut aku lupa diri aku,entah aku tak tahu nak cakap apa lagi puasa aku cari cinta tapi aku tak jumpa hmmm..
ya allah adakah aku ini di takdir hidup seorang..aku tak nak aku perlukan cinta aku nak bahgia macam orang lain.
aku takan akan berputus asa aku harap sangat remadan tahun ini aku akan bertemu dengan cinta sejati,semoga dia akan mimpkan aku dan aku harap aku juga akan dapat mimpkan dia 


Isnin, 15 Jun 2015

5 Petanda Lelaki Sangat Mahu Melamar Anda

Sebagai seorang perempuan saat dilamar oleh seorang lelaki merupakan saat saat terindah dalam hidup. Sampaikan makan tak kenyang, mandi tak basah. Cliche. Tapi itulah lumrah percintaan. Untung bagi perempuan yang pasangannya jenis yang berterus terang ingin melamar tapi bagaimana pula dengan lelaki yang lebih memilih untuk beri hint daripada berterus terang? Boleh jiwa kacau si perempuan berteka teki.
Jangan risau, kerana dalam artikel ini kami akan senaraikan beberapa petanda positif lelaki mahu melamar anda menjadi isteri. Gunakan tip tip ini sebagai panduan untuk melihat pasangan anda. Semoga membantu.
1. Selalu bercakap tentang pernikahan dan perkahwinan
lamar-1
Setiap kali berbual, sekiranya dia lebih suka bercakap tentang topik menjurus ke arah pernikahan itu petanda awal dia bakal melamar anda. Dia juga seakan akan suka dan bersemangat sekiranya ada saudara mara, rakan kenalan yang melangsungkan perkahwinan. Dan dia juga semakin banyak mengumpul maklumat tentang perkahwinan supaya perkahwinannya sendiri nanti lancar.
2. Semakin rapat dengan keluarga anda
lamar-2
Si dia akan mencari peluang dan tidak segan silu untuk mendekati keluarga anda. Sekiranya dia ada masa terluang dia akan berkunjung ke rumah keluarga anda dan kelihatan sangat akrab berbual dengan ahli keluarga yang lain. Bak kata orang lama, mahu melamar si anak perlu ambil hati orang tuannya begitulah keadaan si lelaki. Keakraban yang dibina dengan keluarga anda membuatkan si lelaki lebih yakin untuk melamar anda.
3. Merenung anda dengan pandangan yang penuh bermakna
lamar-3
Lelaki yang telah jatuh cinta dan mahu melamar anda jarang melepaskan pandangan untuk menatap anda setiap kali berjumpa. Malah ia mampu tersenyum sendiri saat melihat anda. Ketika itu ada dua perkara yang bermain dalam kepalanya pertama, membayangkan anda lah isteri idamannya, kedua, meyakinkan hatinya anda lah orang yang dicari. Selepas ini anda boleh cuba melihat cara beliau menatap wajah anda untuk mengetahui lebih lanjut.
4. Semakin banyak bertanya
lamar-4
Lelaki yang serius ialah lelaki yang banyak bertanya. Dia bertanya tentang makanan kegemaran anda, warna kegemaran anda, sukan kegemaraan dan barang kemas kesukaan. Selain itu dia turut akan bertanyakan tentang perkara perkara yang anda benci. Seorang lelaki semestinya mahu lamarannya nanti diterima gadis pujaaan. Oleh sebab itu ia dilihat aktif bertanya itu ini supaya waktu lamarannya nanti sempurna.
5. Semakin sering menggunakan perkataan ‘Kita’
5lams
Jika sebelum ini si lelaki membahasakan diri “aku” atau “kamu” saja, dan secara tiba tiba ia banyak menggunakan perkataan “kita” itu tandanya dia mahu membina dan melalui kehidupan bersama anda sehingga akhir hayat. Jadi perhatikan bahasa dan kata yang dia gunakan.

Ahad, 14 Jun 2015

Ads by EnterDigitalAd Options Putus cinta : nak salahkan siapa ?

CINTA - ada yang bahagia , ada yang kecewa. Bagi pihak yang minta untuk memutuskan hubungan percintaan tu, ada macam-macam sebab yang boleh dilist kan :mahu sendiri dan fokus, rasa tidak sesuai atau tidak mampu bersama lagi, sebab ada masalah taknak dia tahu,  sebab ingin memperbaiki sesuatu perhubungan, atau sebab dia dah jumpa yang baru. Apa sajalah- Dan semua itu Anem, secara peribadi senaraikan kesan dari alasan-alasan itu .

Apa perlu buat bila putus cinta? (Ini bukan tips bila putus cinta sangat sebenarnya) . Ia hanya sedikit nasihat : TOLONG jangan salahkan diri sendiri atau orang lain. Tolong lah babes and bro-bro sejagat sekalian. Boleh ? Sangat tak macho okeh.


# Trend :Salahkan diri

Mungkin sangat betul, orang tu tak tahan dengan kita lagi , atau dia dah jumpa orang lagi baik atau sangat kena dengan taste dia sekalipun, kita tetap tak mampu nak tukar hati dia balik. (Kalau boleh cuba- buatlah sedaya upaya) .TAPI , kalau gagal, nak buat macam mana? Cepat-cepat nak buat macam apa yang dia suka ? Cederakan diri bagi ibubapa dan kawan-kawan kita risau? Bunuh diri biar roh terapung2?

 
Saya dah buat semua dia suruh, sayang dia sangat, Tapi dia pergi juga . Dia tinggalkan saya macam tu je.


See ! Dia tak nampak , atau tak jelas erti cinta yang kita hulurkan, nasihat saya : TOLONG jangan terlalu memberi. mahalkan sedikit. Bila bagi sikit, dia tak hargai,kita pun tak sakit sangat, sayang. Takpe, lain kali belajar untuk beri apa yang dia beri kita,sedikit lebih takpe, tapi bukan SEMUA .CINTA harganya sangat mahal ,kawan.

Mahal : Love is expensive . Benda berlalu tak dapat nak ulangi atau patah balik, jadi apa nak buat sekarang ? Merayu? Terhegeh-hegeh tunjuk muka tak tahu malu,? Menangis sampai mata jadi burung hantu? No way! Serius tak cool ok ! Come on! Manusia macam dia ramai, ok, tapi pasangan yang layak untuk kita,sorang je, ADA, jangan terlalu mencari, cuma jadi diri sendiri, jadi orang baik yang selesa dengan diri dia- itulah kita. Pastinya akan ada aura indah yang orang tertentu je boleh nampak dari diri kita- itulah cinta baru kita.

# Saya tak boleh hidup seorang, saya tak mampu!

Perghh! Lahir kita seorang,mati pun kita akan sorang. Pergi tandas pun, masuk dalam tu, kita sorang-sorang. Sebelum kita kenal dia, kita ok je sorang-sorang. Kenapa tiba-tiba kita kena ada dia sebagai remote control kita. Kita bukan mesin yang hanya berfungsi bila tekan suis,kan? Kita masih ada ibubapa yang sayang kita, at least if parents tak faham, tak rapat dengan kita pun, kita masih ada kawan-kawan dan hobi lain yang boleh diisi untuk sibukkan diri. HEY! Dia siapa, hebat sangatke dia, sampai kita tak boleh hidup tanpa dia ?Ingat ! Dia dah tinggalkan kita ! Jika kita letak dia segala-galanya, aduh 'BIJAK' nya kita kannnn.. Hurmm. InsyaALLAH kita boleh, yang penting , mencuba melangkah. Jangan mengalah !

# Salahkan orang lain : Maki-maki EX (bekas kita) atau kutuk pasangan baru dia

Haiya! Apa saja niat kita bertujuan untuk tunjuk marah sebenarnya menunjukkan rasa kecewa kita ditinggalkan, kita seakan buktikan kita sangat perlukan sidia selamanya, hidup kita sepi bila dia pergi. Aiyak, mahalkan maruah kita.Maruah nilainya sangat tinggi dan istimewalah, sayangku. Hanya orang tertentu akan faham cinta kata. Matang sedikit. Bila kita relaks and cool, tak pasal Ex kita tu pula yang rasa bersalah dan pelik : tenangnya dia lepas aku tinggalkan, aku tak cukup bagus ke untuk dia, dia tak sedih sangat pun! - Yah! Ini yang kita nak dia fikir. Bukan maki marah dia atau pasangan baru dia. Dah hakikatnya kita ni baik kan. Orang baik untuk orang baikkan ?  Orang baik macam kita ni perlukan orang yang lebih baik dan layak. So, jangan ada benci , yaaw!

# Saya yang minta nak berpisah dengan dia, dan kami berpisah cara baik.

U ask for it- u got it! Bila kita dah berfikir itu adalah jalan terbaik untuk dia, diri kita dan kedua-duanya, kita tak boleh sesekali menyesal. Yah! Mungkin kita rasa rindu, atau fikir 'timing' - 'terlalu awalkah? Adakah betul keputusan aku ni?' bagai. Apa yang penting, kita sangat berharap agar keadaan dia kuat tatkala menerimanya, sidia sangat stabil dalam menangani hidup sendirian selepas ini. Cara baik memang mudah nak buat, nak dia faham situasi kita pun tak susah, cuma, nak dia TERIMA keputusan kita, itu yang susah. Mungkin dia pura-pura tak faham atau sebelum ni terlalu rapat atau bergantung pada kita, jadi itu jadi sangat hard pada dia. Kita pula, bila buat keputusan, kena hilangkan rasa bersalah, namun jangan bertindak kejam dan terangkan melalui hati ke hati. Jika sidia sayang kita,pastinya dia mahukan juga yang terbaik untuk kita juga,kan? Pastinya dia akan sayang diri kita lebih dari diri dia sendiri, tanpa pentingkan diri dia dan perasaan dia je. Perlahan-lahan, masing-masing akan kuat, dengan izinNya juga !:)

 
SAYA BAHAGIA BILA DIA BAHAGIA. 

Caranya : doakan dia, bila kita teringat dia. Dan Fikirkan tentang masa depan diri kita dalam bidang lain. Cinta -mungkin bukan buat masa ni. Hidup ni bukan untuk berkasih mesra dengan sidia je. Tanpa cinta dia, kita juga boleh berjaya dan gembira. Insyaallah. Ok korang, kuatkan hati, ya ! Chaiyok2!  Ingat,kita ada ALLAH bersama  , yang teman kita walaupun kita seringkali lupa padaNYA.

Salam..


 

Cara dekatkan jodoh (mencari cinta) ?


Ads by EnterDigitalAd Options

Cara dekatkan jodoh (mencari cinta) ?



Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.
Jangan labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .


Alasan Sukar mencari jodoh .

*Jodoh belum sampai
*Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab.
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling

Kenapa sukar bertemu jodoh ?


-Fobia bercinta  (kenangan lalu ) [ baca : putus cinta nak salahkan siapa ]
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya) [ video: puisi jika aku jatuh hati ]
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
-Restu ibu bapa
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa .


Dekatkan jodoh anda ( bagi yang belum jumpa sesiapa )


*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu
*Menyayangi semua orang di sekitar anda
*Menyucikan hati
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana .
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang dia suka) :


*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)