Selasa, 3 Februari 2015

Doa Ketika Mendapat Kesusahan


لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"

(Al-Anbiya' : 87)

DOA 1

رَبَّنَا ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat"

(Al-Mu'minun : 109)





Doa Minta Pengampunan
DOA 2

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
(Al-Mu'minun : 118)
Doa Penerang Hati
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
 (Taha : 25,26,27)
            Doa Supaya Tetap Mendirikan Solat

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"


(Ibrahim : 40/41)

Doa Diberi Kesabaran Menghadapi Musuh

DOA 1

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

(Al-Baqarah : 250)

DOA 2

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"

 (Al-A'raf : 126)

8 Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin

1.  Belum sampai jodoh

- “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sgt dengar ayat nie kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua.  Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:-   ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah   kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.

2. Terlalu memilih

- Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden nie. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yg ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)
3.  Takut dapat suami yang tak baik

- Nie mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tue memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg nie pun kalu baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam mamat di bawah nie…
4.  Pernah putus cinta

- bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan nie la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua…

5.  Tak mau dikongkong

- Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong.  Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak kijer sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dsb. lagi lah.
6.  Pentingkan kerjaya/karier

- Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’ lelaki   dalam melakukan apa2 kijer.  Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak   tunggu kiter. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah…  So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah yer….
7.  Pilihan hati mendapat bantahan keluarga

- Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.

8.  Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki


- Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la nie. Nak tau sikap aper? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa nie dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kawin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’.  So, baik toksah kawin langsung…

Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1.  Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

2.  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:

Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.

4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”

5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.

7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.


8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.

Jodoh Itu Allah Pertemukan Pada Waktu Yang Tepat

Assalamualaikum

Ya Allah tak sangka pula hari ini amirah dapat banyak email dari bertanya bagaimana untuk mempercepatkan jodoh, apakah langkah yang perlu di lakukan untuk cepatkan jodoh dan amirah menjawab sekadarnya sahaja.  Sebagian wanita yang sudah mencapai usia siap untuk menikah mungkin akan mengalami kesedihan dan tanda tanya dalam diri, kenapa jejaka idamanku tidak kunjung tiba ?

Sedangkan usia semakin bertambah. Belum pertanyaaan keluargan yang asyik bertanya bila mahu menikah ? .Kadang acik faham  bukannya mereka tak mahu untuk menikah tetapi jodoh aka lelaki idaman itu belum di jumpai saje.


Itu adalah lumrah kehidupan dan dapat di beritahu ,sebenarnya, bagi para wanita di luar sana yang sedang menanti  tak payah gelisah apalagi sampai sedih yang hanya mengakibatkan mengangu aktiviti seharian kamu semua.Sampai tidur tak lema, makan tan kenyang kerana asyik memikirkan bila jodohku akan sampai ?

Untuk kaum hawa, pada dasarnya keadaaan seperti ini cukup kita kita hadapi dengan sabar dan tawakkal. Kerana jodoh itu bukan hal yang pasti yang akan kita akan hadapi di dunia. Tetapi ada satu hal yang pasti kita akan temui ,sama ada cepat atau lambat iaitu kematian. Memang menikah itu adalah salah satu sunnah Rasullulah saw. Tidak di nafikan tetapi janganlah sibuk mencari cinta sehinggakan buat pekara yang yang bukan-bukan.


Jadi kita bersabar dan tawakkal serta menyibukkan diri untuk mempersiapkan kematian yang pasti akan kita hadapi, maka kita tidak akan pernah bertemu kembali dengan rasa yang bernama sedih, gundah dan sebagainya.

Namun, ketika kita bersabar dan tawakkal bukan berarti juga harus berdiam diri sambil menunggu Allah mempertemukan dengan jejaka idaman yang dinanti.

Ahh di sini ada beberapa tips  yang boleh di cuba oleh kaum hawa di luar sana sebagai ikhtiar kita agar Allah berkenan memudahkan urusan kita untuk bertemu dengan jejaka idaman.

Sentiasa memperbaiki diri.

Bukankah Allah sudah menjanjikan kepada hamba-hambaNya bahwa lelaki yang baik akan mendapatkan wanita yang baik pula? Kecuali sebagian kecil diantaranya untuk dijadikan pembelajaran bagi hambaNya.

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Kaum hawa yang acik hormati sekalian, boleh jadi Allah menunda waktu kamu untuk bertemu dengan jejaka idaman karena persiapan kita yang belum matang untuk memasuki dunia tersebut, boleh jadi dari diri kita masih banyak hal yang harus kita perbaiki terlebih dahulu. Maka perbaikilah dirimu menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi.

Senantiasa berdoa khususnya di waktu-waktu mustajab.

Jangan malu atau malas untuk berdoa kepada Allah agar memudahkan jalan kita menuju . Jika kamu meletakkan kriteria khusus mengenai pasangan kamu nanti, maka sampaikanlah kepada Allah.Sebagai contoh , nak muka orang yang tinggi ,kulit itam manis dan sebagainya. Maka pilih waktu-waktu utama agar doa kita lebih mustajab, seperti saat hujan turun, ketika kita sedang melakukan perjalanan, atau sebagainya.

Perbanyak membaca buku-buku tentang pernikahan dan keluarga.

Jika kita sudah merasa siap dan nak segera untuk menikah, maka tambah pengetahuan kamu tentang duniaalam perkahiwnan, sebagai contoh apa tugas sebagai seorang isteri, dosa-dosa seorang isteri dan dan sebagainya.


Jika ikhtiar sudah dilakukan, doa sudah dipanjatkan, maka lengkapilah dengan sabar dan tawakkal. Kuatkan keyakinan kita bahwa jodoh itu akan Allah pertemukan pada waktu yang tepat, Insya Allah.Allah itu sebaik perancangan yang kita ketahui dan dia akan hantarkan selayaknya seseorang itu untuk kita. 

Isnin, 22 Disember 2014

KATA-KATA MOTIVASI BILA PUTUS CINTA

Masalah dalam hidup hanyalah sebuah proses pendewasaan diri. Semua tergantung pada sikap yg kamu pilih dalam menyelesaikannya.

Tak ada yang abadi, begitu juga hati. Jangan menunggu tuk ungkap isi hati, ketika kau sadari hanya tangis yg menghiasi.

Cinta itu memberi, seperti berkata “Aku mencintaimu apa adanya,” tanpa menuntut “Cintai aku apa adanya.”

Ketika kamu bertemu seseorang yg pernah meninggalkanmu, berterimakasihlah. Karena dia, kamu menemukan cintamu saat ini.

Ketika kamu bertemu seseorang yg peduli padamu, berterima-kasihlah. Karena dia, kamu menyadari betapa istimewanya kamu baginya.

Ketika kamu bertemu seseorang yg mencintaimu, berterima-kasihlah. Karena cintanya mampu membuatmu menjadi pribadi yg lebih baik.

Gagal adalah tanda telah mencoba. Orang yg hanya berdiam diri tidak pernah gagal, dan berhasil adalah hal yg mustahil baginya.

Seorang teman akan memberimu motivasi. Seorang sahabat akan selalu disampingmu dan menghadapi apapun bersama denganmu.

Ketika berbuat salah, jangan mengeluh, jangan marah. Tetapi pelajari kesalahan, kemudian coba kembali dengan cara yg berbeda.

Kamu tak akan bisa membenci jika tak mencinta, namun membenci tak ada gunanya. Jangan biarkan cintamu menjadi benci.

Seorang yang bijaksana selalu mampu mengakui kesalahannya, mengambil hikmahnya dan berusaha keras memperbaikinya.

Kesalahan adalah pengalaman hidup, belajarlah darinya. Jangan mencoba tuk menjadi sempurna. Cobalah menjadi teladan bagi sesama.

Kekuranganmu adalah kelebihanmu yang tidak pernah kau syukuri, tapi hanya kau bandingkan dengan orang lain.

Mereka yang memiliki dendam akan kehilangan tempat berteduh yang bahagia.

Orang yg kuat bukan orang yg tak pernah menangis, tapi orang yg kuat adalah orang yg mampu jujur dengan keadaannya.

Manusia memang penuh kelemahan, namun dibalik kelemahan ada kekuatan yg luar biasa yakni kekuatan “cinta kasih”

Jangan membicarakan kejelekan orang lain, karena kamu juga memilikinya. Ketika membuat kesalahan, akui, perbaiki dan belajarlah.

Biarkan mereka membencimu, tapi jangan biarkan dirimu balas membenci mereka. “Make peace, not war.”

Jangan hiraukan mereka yg menertawakan impianmu. Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan hal itu. FOKUS dan RAIH impianmu.

Hidup itu susah dan kadang menjatuhkanmu ke dasar, namun sadarilah bahwa ia jg memberimu pilihan tuk bangun dan bangkit kembali.

Mencoba dan gagal adalah hal yang wajar dalam menjalani hidup ini, namun tidak mencoba sama sekali adalah kesalahan terbesar.

Jangan tinggalkan orang yg kamu cintai demi yg kamu sukai, karena yg kamu sukai akan meninggalkanmu demi yg mereka cintai.

Kamu tidak akan mendapat apa-apa jika hanya diam. Percayalah, Tuhan memberi balasan padamu atas apa yang kamu upayakan.

Ia yang bersyukur dalam kekurangan adalah ia yang memiliki kemuliaan hati.

Hanya karena seseorang telah mencapai hasil yg kamu inginkan, bukan berarti kamu bisa menjiplak dan mengakui itu karyamu.

Hanya karena seseorang mencintaimu dengan tulus, bukan berarti mereka tidak akan pernah meninggalkanmu. Tak ada yang abadi.

Jangan menyesali apa yang tidak pernah kau miliki. Sesalilah apa yang kau miliki, namun tak pernah kau hargai.

Ketika masalah datang dalam persahabatan, sahabat sejati dapat mengatasinya. Persahabatan palsu selesai karenanya.

Teman yg baik adalah teman yg bersedia masuk dalam kehidupan kita disaat seluruh dunia berjalan meninggalkan kita.

Saat bebanmu berat menekan, berdoalah kepada Tuhan. Ingatlah bahwa Ia setia, dan Ia selalu ada.

Seorang pemarah akan menambah musuh karena emosinya. Seorang penyabar akan menambah sahabat karena kasihnya.

Tunjukkan rasa cintamu! Cinta jangan hanya diungkapkan dengan untaian kata, tapi cinta harus ditunjukkan dalam tindakan nyata.

Hidupmu tidak akan berubah jika kamu sendiri tidak merubahnya. Jangan ragu untuk melakukan perubahan jika itu untuk kebaikan.

Kejujuran yang disampaikan dengan ketulusan dan kelembutan, akan membawa kebaikan.

Ketika hendak membenci sahabatmu, ingatlah kebaikannya, ingat saat ia disampingmu, ingat saat ia membuatmu tersenyum.

Sebagian besar kebencian timbul karena perilaku yg tidak disukai. Perbaiki perilaku kita sebelum kita dibenci orang lain.

Jangan biarkan ketakutan menghalangi kamu tuk berkarya. Orang yg tidak memiliki rasa takut adalah mereka yg bebas dan cinta damai.

Hanya karena seseorang sangat mencintaimu, bukan berarti mereka tak akan pernah menyakitimu. Kadang dialah yg sering lakukan itu

Ketika bertemu seseorang yg mencintaimu dengan tulus, balas dengan cintamu yg tulus juga, karena cinta yg tulus jarang ada

Sahabat adalah seseorang yg tak pernah meninggalkanmu ketika kamu berbuat salah. Mereka yg mengulurkan tangan ketika kamu jatuh.

Sahabat sejati adalah mereka yang mampu melihat kemampuan terbaikmu ketika kamu tak percaya diri dan merasa putus asa.

Kesalahan dan kegagalan akan terjadi setiap hari. Jangan habiskan waktumu hanya untuk menyesalinya, belajarlah darinya.

Banyak hal yg sulit dipahami dan terkadang tak dapat kamu temukan jawabannya. Seperti cinta, kamu hanya perlu PERCAYA.

Jangan menunda pekerjaan yang baik. Kerjakan dengan ikhlas, berikan perhatian penuh, dan jangan mudah putus asa.

Buat skala prioritas dalam hidupmu. Pilih mana yg penting dan mana yg lebih penting. Pergunakan waktumu dengan bijak.

Berikan perhatian pada apa yg dapat membuatmu tumbuh, tapi jangan memikirkan banyak hal dalam waktu bersamaan. Fokus pada satu hal.

Jadilah pemimpi, bukan pengkhayal. Yang membedakan adalah keberanian untuk mengambil tindakan nyata.

Begitu banyak pertanyaan tentang hidup ini. Kita hanya belajar lebih jika mencari jawabannya sendiri daripada yg telah tersedia.

Bersyukurlah dalam apapun juga, memang terkadang berat, namun hanya dengan bersyukur, kebahagiaan bisa kita peroleh

Cinta tak datang dari tatapan mata. Cinta hadir dari tulusnya hati ketika diri tak mampu berpikir jernih. Percaya Hati.

Ketika masalah datang menghampiri, itu artinya Tuhan menyayangi, bukan membenci. Tuhan hanya menguji keimanan dan kesabaran.

Jangan tangisi dia yg meninggalkanmu, meski ia sangat berarti. Kadang kamu harus kehilangan sesuatu agar yang lebih baik datang.

Sahabat yang baik tidak akan mencelakai, tetapi sahabat yang baik akan menasehati, melindungi, dan tulus mengasihi.

Jangan biarkan masa lalu menghantuimu, seburuk apapun itu. Jadikan pelajaran dalam menjalani hidupmu saat ini untuk masa depan.

Belajarlah mengenal diri sendiri. Segalanya punya tujuan dalam hidup ini. Kesalahan hanya cara Tuhan agar kamu dewasa dan bijak.

Seseorang yang mengakui kesalahan dan yang tulus ingin memperbaiki diri adalah seorang pemenang sejati.

Hanya karena kamu kini berada di tempat lain dan temukan teman baru, bukan berarti kamu bisa melupakan sahabat lamamu.

Kadang kamu harus menyerah, bukannya lelah mencoba tapi karena akhirnya kamu sadar bahwa ada hal yg tak bisa dipaksakan: CINTA.

Keberhasilah diperoleh bukan karena keturunan, tetapi karena ketekunan.

Kebahagiaan tidak akan diperoleh jika terus melihat keatas. Sesekali, lihatlah kebawah agar kau bisa lebih bersyukur.

Keberhasilan diawali dengan doa, dilanjutkan dengan rencana, kerja keras penuh semangat dan tanpa keluhan.

Awali hari dengan senyuman dan harapan, agar sepanjang hari ini penuh dengan senyum kebahagiaan.

Jangan menunda untuk meminta maaf. Meminta maaf hari ini, menerima kebaikan esok hari.

Kebahagiaan tidak akan habis hanya karena membaginya. Ketahuilah, kebahagiaan bertambah ketika kita bersedia untuk berbagi.

Kesempatan tidak selalu menghampirimu. Terkadang kamu perlu untuk menciptakannya, sekecil apapun itu, jangan lewatkan!

Setiap orang membutuhkan seseorang yg kuat, bijak dan bertanggung jawab dalam hidupnya tuk dapat jalani hidup. Mereka sahabatmu.

Jangan selalu tergantung pada orang lain. Ketergantungan hanya membuatmu lemah. Yakinlah, kamu lebih kuat dari yang kamu tahu.

Selama kamu dapat memikirkannya maka kamu pasti bisa. Tanpa kekuatan pikiran tak ada kekuatan jiwa. Jangan manja, kerja keras!

Kebahagiaan akan bersamamu ketika kamu menghargai sesama dan membantu yg lemah. Lakukan dengan baik, dan semua terasa sempurna.

Segala sesuatu terjadi karena suatu alasan. Jika tak sesuai keinginanmu, jangan mengeluh. Sesuaikan dirimu dan terus melangkah.

Dengan hati, kita mampu melihat yang tak terlihat. Dengan hati, kita mampu mendengar yang tak terdengar.

Hati yang penuhi dengan cinta dan kasih sayang akan menjadi hati yang tulus, ikhlas, peka dan peduli.

Keberhasilan tidak akan diperoleh jika hanya diam dan menunggu. Keberhasilan adalah hadian dari Tuhan bagi mereka yg mau berusaha.

Seorang pemenang tidak pernah berhenti berusaha, justru ia akan terus berusaha untuk memperoleh kemenangan berikutnya.

Fitnah berawal dari menduga Janganlah berburuk sangka dan menduga jika belum yakin akan kebenaran yang ada.

Lupakan kenangan pahit masa lalu, hindari ketakutan akan masa depan. Lakukan yg terbaik hari ini, berjuanglah untuk yang dicintai.

Masalah apapun yang terjadi, bersabarlah. Semua ada alasannya, dan hanya Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kebahagiaan seutuhnya, adalah ketika kita harus mengalahkan ego kita sendiri demi kebahagiaan orang lain.

Ketika kita memperhatikan dan peduli pada orang lain, Tuhan akan mengutus banyak orang untuk peduli pada kita.

Setiap orang mempunyai tujuan dalam hidup. Selain memberi kamu kepercayaan diri, juga buatmu tahu proses menuju kebahagiaanmu.

Jangan hiraukan apa yg orang pikirkan tentangmu. Hidup ini singkat jika hanya untuk memikirkan kekuranganmu. Cintailah dirimu.

Ketika bertemu seseorang yg mampu membawa kebahagiaan jiwamu, berikanlah ruang dalam hatimu, yang bebas tak mengekang.

Berhati-hatilah dalam berucap karena apa yang kamu ucapkan bisa membuat perasaan orang lain terluka. Ingat, Mulutmu harimaumu.

Kamu tak akan bisa hidup sendiri. Butuh bantuan orang lain tuk sukses. Pastikan bahwa mereka adalah orang yg dapat diandalkan.

Jangan menyerah atas impianmu. Impian memberimu tujuan hidup. Ingatlah sukses bukan kunci kebahagiaan. Cintai apa yg kau lakukan.

Jangan hanya mengeluh hidupmu. Tuhan tlah memberikan apa yg kau miliki saat ini. Lakukanlah yg terbaik dengan apa yg kau miliki.

Keberhasilan bukan dinilai dari yg telah diraih, tapi dinilai dari seberapa besar kesungguhan dalam mengupayakan keberhasilan itu

Hanya karena kamu percaya bahwa Tuhan akan memberikan yang terbaik untukmu, bukan berarti jalan hidupmu akan mudah.

Jangan kesal pun sedih ketika masalah menghampiri. Karena masalah adalah pemicu untuk upaya penyempurnaan dan perbaikan diri.

Jangan menggap masalah sebagai sebuah penderitaan, tapi anggaplah sebagai pembelajaran agar kualitas diri menjadi lebih baik.

Derita, sakit, sedih itu biasa, semua mengalaminya. Yang berbeda adalah semangat dan percaya bahwa kita bisa melaluinya.

Menyelesaikan ketidakadilan dengan cara yang tidak adil, akan melahirkan ketidakadilan yang lebih buruk.

Jangan berputus asa jika menghadapi kesusahan, karena titisan hujan yg jernih juga berasal daripada awan yg gelap

Gali dan percayalah pada potensi diri sendiri. Semua manusia mempunyai keunikannya masing masing.

Berpisah selalu menitikkan air mata, kenangan baik dan buruk takkan terlupa dan kata-kata tak pernah bisa menggantikan rasa.

Kemarahan dan kebencian hanya memberikan kesusahan dalam hidupmu. Memaafkan memberikan kembali keceriaan dalam hidupmu.


Jika kita berusaha sepenuh hati dengan rasa cinta dan tanggung jawab, Tuhan yang Maha Pengasih tidak akan tinggal diam.

Sabtu, 20 Disember 2014

Jiwa jiwa keseorangan

 manusia tidak suka keseorangan . walaupun pada akhir usianya , kita pasti akan keseorangan . ya , satu hari nanti . dan tatkala kita yang masih hidup ini dalam komuniti yang penuh ragam , jiwa kita yang meriah pasti akan disampuk dengan keseorangan .


jiwa keseorangan di sini bukanlah mahu kata tidak berteman . tidak berkeluarga . tidak berpunya . tidak beranak . segalanya cukup . tapi , adakalanya situasi-situasi yang tuhan berikan kepada kita , buat kita rasa keseorangan .


ada seorang pelajar yang mendapat gred 'D' , akan rasa malu-malu . merendah diri dalam kelas yang majoritinya bijak-bijak belaka . dan situasi itu buatkan dia betul-betul rasa terpinggir . dialah yang paling berbeza . beza bukan yang mendapat untung . tapi , lebih kepada rugi .


dia keseorangan . bujang yang di tengah-tengah masyarakat yang sudah berkahwin dengan nikmat .

namun , tatkala dia keseorangan . dia yang masih diasak dengan pertanyaan oleh rakan-rakan hebat yang lain , di sudut ruang bilik darjah itu . dia dapat menghidu aura 'keseorangan' . milik lelaki yang songkoknya boleh dibuat boomerang .

dan apabila jiwa keseorangan itu bergabung , dua nasib dapat dikongsi . derita sama dapat dirasa . takdir dapat juga ditelan walaupun pahit . kenapa?

kerna menemui insan yang sama memahami betapa peritnya ujian .

' hang dapat serupa ngan aku ke ? '

' haishh diam-diam sudah . '

*high five .

cerita dua budak laki laki itu riuh kerna isi kelas sudah pun surut . ke kantin rasanya .

sedikit perkongsian yang aku nak cuba coret di sini berkenaan dengan salah satu surah yang buat rambut nabi Muhammad sehingga beruban , iaitu surah Hud .

jadi , duduk . bertenang . sambil lepak-lepak santai itu , moleklah kita sama-sama membuka al-Quran . lebih bagus kita buka yang terjemahan . lihat surah Hud . muka surat yang ke 221 .
 positif .

tika kita mula rasa keseorangan , pasti ada lagi jiwa-jiwa yang menerima nasib sama dengan kita . cuma , belum diketemukan oleh tuhan . apabila bisa diketemukan , pasti kita rasa senang . seperti cerita dua budak laki laki yang berkongsi gred yang sama .

namun jika belum diizinkan diketemukan maka biarlah kita kuatkan keyakinan yang jiwa-jiwa itu juga yakin akan kehadiran kita yang punya nasib yang sama .

jiwa-jiwa yang diuji untuk naik ke satu lagi .

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman