Ahad, 14 Disember 2014

Saat Cinta Anda Tidak Terbalas

HAL paling menyenangkan dalam hubungan cinta adalah ketika bisa hadir bersama dengan orang yang kita cintai. Namun, kenyataan itu tak selamanya berjalan sesuai keinginan kita. Ada juga yang merasakan cintanya tak terbalaskan. 

Fenomena cinta bertepuk sebelah tangan atau cinta tak terbalas mungkin bukan hal yang baru. Banyak orang merasakan hal ini. Bisa jadi, Anda pun menjadi salah satu dari sekian wanita atau pria yang merasakan ini.

Seperti dikutip dari wikihow.com dan anneahira.com, jika berani jatuh cinta, Anda harus siap menanggung segala risikonya. Salah satunya adalah cinta ditolak atau cinta bertepuk sebelah tangan.

Sakit hati dan kecewa itu sudah pasti. Sangat manusiawi karena pasti ada perasaan tak nyaman jika keinginan kita tak terpenuhi, termasuk keinginan untuk mencintai oleh orang lain.

Berjuang untuk meraih cinta memang diperlukan. Namun, itu tidak berarti bahwa Anda harus memaksakan kehendak kita. Jika memang mencintai Anda? Cara seperti itu hanya akan membuat orang yang Anda cintai itu tidak bahagia.

Ingatlah bahwa ketika cinta bertepuk sebelah tangan, kehidupan Anda tak lantas berakhir. Anda mungkin belum tahu ada hikmah apa yang ada di balik penolakan itu. Mungkin saat ini dia terlihat begitu sempurna di mata Anda. Tapi siapa tahu, ternyata Anda tak bahagia hidup atau berjalan dengannya. Bisa jadi dia bukanlah cinta sejati Anda.

Salah satu cara ampuh dalam mengatasi sakit hati karena ditolak dengan mencari cinta yang baru. Kehidupan selalu berputar. Kehidupan selalu punya dua sisi, kebahagian dan kesedihan. Jadi, Anda harus siap menghadapi segala situasi yang ada dalam kehidupan. Jangan hanya bersiap diri untuk bahagia. Siap juga untuk sedih.

Agar tak salah pilih…

Kenali dia 

Jangan hanya tahu alamat, tanggal lahir, atau hobinya saja. Tapi kenali pula sifat, prinsip hidupnya, mintanya, dan pandangannya tentang berbagai hal. Hubungan Anda akan berjalan baik jika mengenalnya dengan baik. Karena itu, gunakanlah masa pendekatan untuk memahami baik dan buruknya sifat si dia. Dengan begitu, suatu saat ketika sudah menjalin hubungan dengannya, Anda bisa saling membangun pengertian. Dalam hubungan asmara, seseorang bukan hanya dituntut menerima kelebihannya, melainkan juga kekurangannya. Jadi, bersikaplah apa adanya pada masa pendekatan atau penjajakan. Dengan begitu, Anda akan tahu apakah dia mencintai dengan tulus atau tidak.

Kenal teman-teman dekatnya

Seseorang bisa dikenali dari bagaimana dia menjalin hubungan atau komunikasi dengan teman-teman dekatnya dalam pergaulan. Bukanlah seseorang selalu memilih teman yang cocok dengannya dan dapat membuatnya merasa nyaman? Namun, kecocokan dan kenyamanan tidak menjamin pergaulan tersebut baik. Bisa saja teman yang dianggap cocok dan nyaman ternyata adalah pengguna narkoba. Dengan mengenal teman-teman dekatnya, Anda juga bisa mengorek informasi lebih dalam mengenal dia. Jadi, tidak ada salahnya Anda mengenal teman-temanya lebih dekat.

Komunikasi

Jalinlah komunikasi yang baik dengannya, baik lewat telefon, sms, atau bertemu langsung. Mulailah memberikan perhatian bisa mengawali hubungan ke arah yang lebih baik. Jadi, jangan pernah gengsi untuk memberikan perhatian lebih kepadanya.

Kesamaan positif


Semakin banyak kesamaan positif antara Anda dengan dia, akan semakin besar pula peluang cinta diterima olehnya. Perbedaan memang kadang-kadang terlihat membuat hidup menjadi lebih berwarna. Namun, terlalu banyak banyak  perbedaan bisa menjadi bumerang.

Selasa, 9 Disember 2014

Adakah Dia Mencintai Anda Dalam Diam?

Adakah dia mencintai anda dalam diam? Bagaimana untuk anda mencari jawapannya?

Bergini caranya untuk  mengenali seseorang yang mencintai anda secara diam. Ini adalah kerana si dia tiada keyakinan untuk melafazkan cinta kepada anda. Ada beberapa sebab yang memungkinkan sidia sanggup memendam rasa dari meluahkannya kerana ragu-ragu atau malu.

Kenali dan amati sidia untuk mencari jawapan anda.


1. Membantu Tanpa Diminta Dan Tidak Mengeluh
Sidia sanggup buat apa sahaja untuk membantu anda walupun tanpa diminta. Bahkah disaat anda meminta sidia melakukan tanpa mengeluh.


2. Memberi Perhatian
Sidia memberikan perhatian yang lebih dari sebelum ini seperti dia perasan akan perubahan diri anda seperti anda kurang sihat daripada semalam.

3. Kerap Bertanya
Kerap bertanya untuk mendapat kepastian sekiranya anda dapat panggilan telefon seseorang ataupun anda tidak hadir bekerja semalam. Ini membuatkan sidia resah dan gelisah.

4.Curi-Curi Pandang
Anda akan perasan apabila sidia kerap memandang anda dan cuba-cuba buat tidak memandang anda ketika dia perasan anda sedarinya.

5.Bijak Mengambil Peluang Dan Ruang
Bab ini sidia amat bijak mengambil peluang dan ruang untuk bersama dan berbicara dengan anda ketika ketiadaan orang lain.


Jika kesemua di atas anda menjawab "YA" ini bermakna anda tidak perlu raguinya memang sahlah sidia mencintai anda dalam diam.

Isnin, 8 Disember 2014

waktu solat taubat yang tepat

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat,serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(Al-Quran,Surah Az-Zumar 39:54)


Secara ringkasnya,waktu solat taubat boleh dilakukan bila-bila masa saja.Samada waktu siang atau malam dan juga boleh dilakukan sebaik saja selepas melakukan dosa.Bersegeralah beristigfar dan solat taubat setelah melakukan dosa untuk memohon keampunan dibimbangi jika ditangguh nanti hati kita akan semakin keras ataupun kita mati sebelum sempat bertaubat.

Jadi , tidak ada waktu khusus yang ditetapkan untuk melakukan solat taubat.Kerana ia boleh dilakukan
di siang hari ataupun pada waktu malam.Walaupun begitu,ia digalakkan dikerjakan pada waktu malam.Misalnya dua pertiga malam ataupun waktu sahur.Ini adalah kerana ingin mencari suasana atau keadaan tenang dan lebih sunyi supaya kita lebih kusyuk untuk mengerjakannya.

Biasanya pada waktu siang terdapat banyak gangguan,samada suara dari luar rumah atau anak-anak kita bermain didalam rumah.Dengan suasana keadaan waktu malam yang sunyi akan menyebabkan kita lebih kusyuk untuk solat dan juga beristigfar selepas selesai solat.Sebaik-baiknya kita merenung kembali segala dosa dan kesilapan kita sehingga menitiskan air mata.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Quran,Surah Az-Zumar 39:53)

Berusahalah Solat Seperti Rasulullah s.a.w , pada waktu mengerjakan solat sunat pada malam hari  selalu sejadah ataupun tempat sujud baginda basah disebabkan air mata baginda yang suci walaupun Baginda maksum dari melakukan dosa

Allah Telah memerintahkan dengan jelas dalam Al-Quran supaya kita bertaubat,


Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat
Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan
memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah
tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya
(iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka
(semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam
gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,dan limpahkanlah
keampunan kepada kami;sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu".(At-Tahriim 8)


Khamis, 27 November 2014

Astrid mendua with lyrics

TIPS TIPS MELUPAKAN KEKASIH LAMA ! :)



 bukan mudah untuk kita melupakan kekasih lama bukan ? disini ada beberapa tips untuk melupakan kekasih lama ?

antaranya :-

:-Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan: Selama anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk melakukannya. Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama anda.

:-Ceriakan diri anda: Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.

:-Jumpa dengan kawan-kawan lama: Atau berjumpa dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.


:-Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih: Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk anda melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan. Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama itu. Tetapi, jika si dia merupakan seorang yang baik, mungkin sukar sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu gembira kerana anda diberikan peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk menjadikan anda lebih kuat untuk perhubungan anda yang akan datang.

:-Hargai dirinya: Walau apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, berjumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat terasa hati ketika bersama dengannya. Tetapi, katakan juga yang anda telah pun memaafkan segala kesilapan yang telah si dia lakukan. Ini akan membuatkan diri anda rasa lebih lega kerana telah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang tersimpan dalam diri anda selama ini.

:-Pandanglah jauh ke depan: Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan segala apa yang berlaku pada diri anda selama ini sebagai pengajaran yang bermakna dalam diri anda. Secara tidak lansung, perasaan sedih dan kerisauan anda akan hilang dengan sendirinya.

:-Kuatkan semangat: Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda. Kembalilah semula mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyanyangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh dariNya.

:-Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda: Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.

:-Padamkan kesemuanya: Ya, padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah kebaikan untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam handphone dan laptop anda. Buangkan saja.

:-Elakkan dari bersendirian: Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.

:-Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia: Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang tidak lagi bermakna dalam hidup anda.

Jika anda mahukan panduan yang lengkap, saya ada menulis ebook Bila Aku Putus Cinta yang khusus untuk anda yang kecewa kerana putus cinta. Dapatkan ebook ini di sini!

Tetapi ingatlah, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang belum menjumpai dan merasai kebaikan ke atas apa yang telah berlaku pada diri kita.

Hidup tidak semstinya sentiasa indah. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah.


Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang, tetapi demi diri kebaikan diri sendiri jugalah kita perlu berusaha melupakan kekasih lama..

ANTARA PETANDA-PETANDA DIA JODOH KITA !

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Jom kita lihat petanda-petandanya.
:- Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
:-Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


:-Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…


:-Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


:-Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…


:-Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

:-Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


:-Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?


Nota: “Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai”

Rabu, 26 November 2014

8 Petanda Si Dia Jodoh Kita

 Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Jom kita lihat petanda-petandanya.

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?


Nota: “Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai”