Jumaat, 23 Oktober 2015

25 TIPS KURUSKAN BADAN

Isnin, 19 Oktober 2015

Cara Hilang Nervous Interview

Salam kepada semua yang berkunjung ke blog mira. Status mira sekarang masih pencari kerja yang tegar. Tapi bila dapat peluang untuk interview mesti still rasa nervous sebelum dan juga semasa interview. Macam-macam cara yang cik tom buat untuk persiapan dan tips temuduga untuk hilangkan rasa gementar masa temuduga seperti makan gula-gula berangin sebelum interview, tarik dan hembus nafas perlahan-lahan tapi paling utama ialah baca ayat seribu dinar sambil mohon ditenangkan hati serta dipermudahkan segala urusan interview. Bagi yang nak amalkan tips hilangkan gugup atau takut yang sama boleh baca ayat di bawah atau rujuk pada Al-Quran Surah At-Talaq Ayat 2-3.
 
Maksud (Ayat 2 & 3, Surat At-Talaq):
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
*************************************
Oleh sebab kat atas tue tips yang mira biasa guna dan tak tahulah sesuai tak untuk korang. So, mira dengan penuh kerajinan tanya encik google tips untuk temuduga sebagai kredit tambahan buat korang yang berminat untuk cuba tips lain.
Tips Hilangkan Rasa Gementar Ketika Temuduga
1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!
2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.
3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.
4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.
5. Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.
6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.

Ahad, 11 Oktober 2015

Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita

Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.
Kredit - www.darussyifa.org
Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

Solat Sunat Istikharah

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi 
menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Tag Archives: Relationship

When I am single, all I see are couples being happy.

 When I'm dating someone, all I see are singles being 

              happy

I am single because i haven't

 found someone who deserves me 

So, here I am single and flying free but solo. And I'm

really very okay with that. Plan B is in place again and 

unfolding slow and steady

panduan mandi wajib dengan betul.

Salam.

Jom kita periksa adakah BETUL cara atau kaedah mandi wajib kita. Ia nampak seperti remeh, enteng dan mudah. Tapi ada
kah cara yg kita praktiskan selama ini telah melepasi syarat2 wajibnya.


Akibat dari mandi wajib yang tidak sah, akan menyebabkan ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Minta dijauhkan...



RUKUN MANDI WAJIB

1. NIAT -

" Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala. " @ " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Untuk wanita selepas haid - " Sahaja aku mandi hadas haid kerana Allah Taala."
Untuk wanita selepas nifas - " Sahaja aku mandi hadas nifas kerana Allah Taala."

Niat perlu dibaca di dalam hati dan hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Niat jika dilambatkan atau dibaca selepas membasuh salah 1 anggota badan, mandi wajib itu TIDAK SAH. Jadi perlu berniat kembali dan pastikan niat mesti diiringi bersama dengan air yang sampai ke mana-mana bahagian badan.

Berniat sebelum air sampai ke mana-mana bahagian badan juga TIDAK SAH.

2. MENGHILANGKAN NAJIS DI BADAN

Menurut Imam Nawai, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi boleh disekalikan.

3. MERATAKAN AIR KESELURUHAN ANGGOTA BADAN YG ZAHIR.

Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.

Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.

Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.

Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

SUNNAH-SUNNAH MANDI WAJIB.

1. Membaca bismillah

2. Membasuh kedua-dua tangan

3. Berwuduk sebelum mandi

4. Menggosokkan tangan keseluruhan badan ~ utk membersihkan

5. Mendahulukan anggota kanan sebelum kiri, seperti mengambil wuduk.

Ini adalah secara ringkas sahaja. Untuk penerangan yang lebih details boleh google atau rujuk sumber yang dirujuk ini.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Cara Yang Terbaik Patut Kita Lakukan Dalam Menyukai Seseorang

Assalamualaikum

Kembara cinta tidak hanya terhenti di sini kerana ianya di cari oleh ramai pengembara perasaan. Soal cinta itu tetap menjadi perbualan yang evergreen yang tidak akan luput walaupun ribut dan tsunami berlaku.

Ramai yang tanya acik, adakah perbuatan mereka itu salah dalam mencari cinta yang sejati ?

Pada acik itu bukan kesilapan hanya teralih arah cara mencari cinta tersebut yang kurang tepat.

Bagaimana jika kita menyukai seseorang itu ?

Pertama : Berdoalah

Berdoalah dan mengadu pada Allah apa yang telah berlaku hari ini. Berdoalah jika dia jodoh kamu maka perkenankan dan dekatkanlah dan jika dia bukan jodoh kamu maka jangan biarkan hati terus terleka dalam permainan perasaan.

Kedua : Proses Taaruf

Taaruf itu adalah proses pengenalan antara kamu dan dia. Tidak bermakna kamu perlu dating berdua-duaan tetapi boleh berlaku kamu bertanyakan pada kenalan rapat dia bagaimana dia dan jika ingin bertemu bawalah orang ketiga dan pergi tempat yang terbuka di khuwatiri timbul fitnah. Jaga jarak antara kamu dan dia.

Ketiga : Jangan terlalu berhubung

Maksud acik tidaklah hampir setiap malam bertelefon, bermesej kerana ianya akan menggangu rutin harian dia dan kita. Kita terbuai mimpi dengan mendengar pekara yang manis sahaja. Seeloknya berkomunikasi sekadarnya.

Keempat : Jika berkenan maka merisiklah dia.

Jika kamu benar rasa dialah selayaknya untuk kamu, maka merisiklah dia untuk bertanyakan bahawa dia sudah berpunya atau belum ? Jika green light dan kamu sudah bersedia maka teruskan ke alam perkahwinan.

Tetapi acik suka ingatkan bahawa cubalah betulkan niat mencintai kerana Allah. Ianya bukan sekadar lafaz tetapi ianya perlu selari dengan perbuatan ke arah tersebut.