Khamis, 18 Jun 2015

jodoh aku


aku harap sangat tahun ini aku akan berkahwin,cemburunya aku tengok kawan-kawan aku yang lain semuanya dah ada kahwin cuma tinggal aku je yang belum sedihnya aku harap sangat satu hari nanti aku akan bertemu dengan jodoh aku,aku tak kira raya tahun ini aku kena kahwin juga.....

                 SIAPA JODOH AKU

tapi masalahnya aku sendiri tak tahu siapa jodoh aku sebenarnya,di mana dia berada aku sendiri pun tak tahu.kalau korang nak tahu selama aku tak pernah bercinta dengan siapa atau bermint dengan mana-mana lelaki,aku ini bukan nya jenis perempuan yang suka kan perempuan bila aku cakap dekat kawan aku yang aku ini tak pernah bercinta dia mesti ketawa kan aku.cakap yang aku ini tak nomel.

aku bukan nya tak bercinta aku cuma takut nak bercinta aku takut kena tinggal.aku takut aku lupa diri aku,entah aku tak tahu nak cakap apa lagi puasa aku cari cinta tapi aku tak jumpa hmmm..
ya allah adakah aku ini di takdir hidup seorang..aku tak nak aku perlukan cinta aku nak bahgia macam orang lain.
aku takan akan berputus asa aku harap sangat remadan tahun ini aku akan bertemu dengan cinta sejati,semoga dia akan mimpkan aku dan aku harap aku juga akan dapat mimpkan dia 


Isnin, 15 Jun 2015

5 Petanda Lelaki Sangat Mahu Melamar Anda

Sebagai seorang perempuan saat dilamar oleh seorang lelaki merupakan saat saat terindah dalam hidup. Sampaikan makan tak kenyang, mandi tak basah. Cliche. Tapi itulah lumrah percintaan. Untung bagi perempuan yang pasangannya jenis yang berterus terang ingin melamar tapi bagaimana pula dengan lelaki yang lebih memilih untuk beri hint daripada berterus terang? Boleh jiwa kacau si perempuan berteka teki.
Jangan risau, kerana dalam artikel ini kami akan senaraikan beberapa petanda positif lelaki mahu melamar anda menjadi isteri. Gunakan tip tip ini sebagai panduan untuk melihat pasangan anda. Semoga membantu.
1. Selalu bercakap tentang pernikahan dan perkahwinan
lamar-1
Setiap kali berbual, sekiranya dia lebih suka bercakap tentang topik menjurus ke arah pernikahan itu petanda awal dia bakal melamar anda. Dia juga seakan akan suka dan bersemangat sekiranya ada saudara mara, rakan kenalan yang melangsungkan perkahwinan. Dan dia juga semakin banyak mengumpul maklumat tentang perkahwinan supaya perkahwinannya sendiri nanti lancar.
2. Semakin rapat dengan keluarga anda
lamar-2
Si dia akan mencari peluang dan tidak segan silu untuk mendekati keluarga anda. Sekiranya dia ada masa terluang dia akan berkunjung ke rumah keluarga anda dan kelihatan sangat akrab berbual dengan ahli keluarga yang lain. Bak kata orang lama, mahu melamar si anak perlu ambil hati orang tuannya begitulah keadaan si lelaki. Keakraban yang dibina dengan keluarga anda membuatkan si lelaki lebih yakin untuk melamar anda.
3. Merenung anda dengan pandangan yang penuh bermakna
lamar-3
Lelaki yang telah jatuh cinta dan mahu melamar anda jarang melepaskan pandangan untuk menatap anda setiap kali berjumpa. Malah ia mampu tersenyum sendiri saat melihat anda. Ketika itu ada dua perkara yang bermain dalam kepalanya pertama, membayangkan anda lah isteri idamannya, kedua, meyakinkan hatinya anda lah orang yang dicari. Selepas ini anda boleh cuba melihat cara beliau menatap wajah anda untuk mengetahui lebih lanjut.
4. Semakin banyak bertanya
lamar-4
Lelaki yang serius ialah lelaki yang banyak bertanya. Dia bertanya tentang makanan kegemaran anda, warna kegemaran anda, sukan kegemaraan dan barang kemas kesukaan. Selain itu dia turut akan bertanyakan tentang perkara perkara yang anda benci. Seorang lelaki semestinya mahu lamarannya nanti diterima gadis pujaaan. Oleh sebab itu ia dilihat aktif bertanya itu ini supaya waktu lamarannya nanti sempurna.
5. Semakin sering menggunakan perkataan ‘Kita’
5lams
Jika sebelum ini si lelaki membahasakan diri “aku” atau “kamu” saja, dan secara tiba tiba ia banyak menggunakan perkataan “kita” itu tandanya dia mahu membina dan melalui kehidupan bersama anda sehingga akhir hayat. Jadi perhatikan bahasa dan kata yang dia gunakan.

Ahad, 14 Jun 2015

Ads by EnterDigitalAd Options Putus cinta : nak salahkan siapa ?

CINTA - ada yang bahagia , ada yang kecewa. Bagi pihak yang minta untuk memutuskan hubungan percintaan tu, ada macam-macam sebab yang boleh dilist kan :mahu sendiri dan fokus, rasa tidak sesuai atau tidak mampu bersama lagi, sebab ada masalah taknak dia tahu,  sebab ingin memperbaiki sesuatu perhubungan, atau sebab dia dah jumpa yang baru. Apa sajalah- Dan semua itu Anem, secara peribadi senaraikan kesan dari alasan-alasan itu .

Apa perlu buat bila putus cinta? (Ini bukan tips bila putus cinta sangat sebenarnya) . Ia hanya sedikit nasihat : TOLONG jangan salahkan diri sendiri atau orang lain. Tolong lah babes and bro-bro sejagat sekalian. Boleh ? Sangat tak macho okeh.


# Trend :Salahkan diri

Mungkin sangat betul, orang tu tak tahan dengan kita lagi , atau dia dah jumpa orang lagi baik atau sangat kena dengan taste dia sekalipun, kita tetap tak mampu nak tukar hati dia balik. (Kalau boleh cuba- buatlah sedaya upaya) .TAPI , kalau gagal, nak buat macam mana? Cepat-cepat nak buat macam apa yang dia suka ? Cederakan diri bagi ibubapa dan kawan-kawan kita risau? Bunuh diri biar roh terapung2?

 
Saya dah buat semua dia suruh, sayang dia sangat, Tapi dia pergi juga . Dia tinggalkan saya macam tu je.


See ! Dia tak nampak , atau tak jelas erti cinta yang kita hulurkan, nasihat saya : TOLONG jangan terlalu memberi. mahalkan sedikit. Bila bagi sikit, dia tak hargai,kita pun tak sakit sangat, sayang. Takpe, lain kali belajar untuk beri apa yang dia beri kita,sedikit lebih takpe, tapi bukan SEMUA .CINTA harganya sangat mahal ,kawan.

Mahal : Love is expensive . Benda berlalu tak dapat nak ulangi atau patah balik, jadi apa nak buat sekarang ? Merayu? Terhegeh-hegeh tunjuk muka tak tahu malu,? Menangis sampai mata jadi burung hantu? No way! Serius tak cool ok ! Come on! Manusia macam dia ramai, ok, tapi pasangan yang layak untuk kita,sorang je, ADA, jangan terlalu mencari, cuma jadi diri sendiri, jadi orang baik yang selesa dengan diri dia- itulah kita. Pastinya akan ada aura indah yang orang tertentu je boleh nampak dari diri kita- itulah cinta baru kita.

# Saya tak boleh hidup seorang, saya tak mampu!

Perghh! Lahir kita seorang,mati pun kita akan sorang. Pergi tandas pun, masuk dalam tu, kita sorang-sorang. Sebelum kita kenal dia, kita ok je sorang-sorang. Kenapa tiba-tiba kita kena ada dia sebagai remote control kita. Kita bukan mesin yang hanya berfungsi bila tekan suis,kan? Kita masih ada ibubapa yang sayang kita, at least if parents tak faham, tak rapat dengan kita pun, kita masih ada kawan-kawan dan hobi lain yang boleh diisi untuk sibukkan diri. HEY! Dia siapa, hebat sangatke dia, sampai kita tak boleh hidup tanpa dia ?Ingat ! Dia dah tinggalkan kita ! Jika kita letak dia segala-galanya, aduh 'BIJAK' nya kita kannnn.. Hurmm. InsyaALLAH kita boleh, yang penting , mencuba melangkah. Jangan mengalah !

# Salahkan orang lain : Maki-maki EX (bekas kita) atau kutuk pasangan baru dia

Haiya! Apa saja niat kita bertujuan untuk tunjuk marah sebenarnya menunjukkan rasa kecewa kita ditinggalkan, kita seakan buktikan kita sangat perlukan sidia selamanya, hidup kita sepi bila dia pergi. Aiyak, mahalkan maruah kita.Maruah nilainya sangat tinggi dan istimewalah, sayangku. Hanya orang tertentu akan faham cinta kata. Matang sedikit. Bila kita relaks and cool, tak pasal Ex kita tu pula yang rasa bersalah dan pelik : tenangnya dia lepas aku tinggalkan, aku tak cukup bagus ke untuk dia, dia tak sedih sangat pun! - Yah! Ini yang kita nak dia fikir. Bukan maki marah dia atau pasangan baru dia. Dah hakikatnya kita ni baik kan. Orang baik untuk orang baikkan ?  Orang baik macam kita ni perlukan orang yang lebih baik dan layak. So, jangan ada benci , yaaw!

# Saya yang minta nak berpisah dengan dia, dan kami berpisah cara baik.

U ask for it- u got it! Bila kita dah berfikir itu adalah jalan terbaik untuk dia, diri kita dan kedua-duanya, kita tak boleh sesekali menyesal. Yah! Mungkin kita rasa rindu, atau fikir 'timing' - 'terlalu awalkah? Adakah betul keputusan aku ni?' bagai. Apa yang penting, kita sangat berharap agar keadaan dia kuat tatkala menerimanya, sidia sangat stabil dalam menangani hidup sendirian selepas ini. Cara baik memang mudah nak buat, nak dia faham situasi kita pun tak susah, cuma, nak dia TERIMA keputusan kita, itu yang susah. Mungkin dia pura-pura tak faham atau sebelum ni terlalu rapat atau bergantung pada kita, jadi itu jadi sangat hard pada dia. Kita pula, bila buat keputusan, kena hilangkan rasa bersalah, namun jangan bertindak kejam dan terangkan melalui hati ke hati. Jika sidia sayang kita,pastinya dia mahukan juga yang terbaik untuk kita juga,kan? Pastinya dia akan sayang diri kita lebih dari diri dia sendiri, tanpa pentingkan diri dia dan perasaan dia je. Perlahan-lahan, masing-masing akan kuat, dengan izinNya juga !:)

 
SAYA BAHAGIA BILA DIA BAHAGIA. 

Caranya : doakan dia, bila kita teringat dia. Dan Fikirkan tentang masa depan diri kita dalam bidang lain. Cinta -mungkin bukan buat masa ni. Hidup ni bukan untuk berkasih mesra dengan sidia je. Tanpa cinta dia, kita juga boleh berjaya dan gembira. Insyaallah. Ok korang, kuatkan hati, ya ! Chaiyok2!  Ingat,kita ada ALLAH bersama  , yang teman kita walaupun kita seringkali lupa padaNYA.

Salam..


 

Cara dekatkan jodoh (mencari cinta) ?


Ads by EnterDigitalAd Options

Cara dekatkan jodoh (mencari cinta) ?



Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.
Jangan labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .


Alasan Sukar mencari jodoh .

*Jodoh belum sampai
*Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab.
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling

Kenapa sukar bertemu jodoh ?


-Fobia bercinta  (kenangan lalu ) [ baca : putus cinta nak salahkan siapa ]
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya) [ video: puisi jika aku jatuh hati ]
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
-Restu ibu bapa
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa .


Dekatkan jodoh anda ( bagi yang belum jumpa sesiapa )


*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu
*Menyayangi semua orang di sekitar anda
*Menyucikan hati
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana .
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang dia suka) :


*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

Jumaat, 12 Jun 2015

cinta tersembunyi

assalamualaikum

    ...cinta tersembunyi..?? ade kn d 

antara rmai2 yg ade cinta tersembunyi..sebut psal

 cinta,,mmg yg indah2 d bayangkan..tp ble 

tersembunyi byk yg perlu d korbankan..mst perit tgk 

owg yg kte cyg..tp kte x leh nk wat pape dpn public 

even pgang tgn mse jln pown x leh sbb kna 

sorok2..alahai..mmg sdeh rsenyer 2 apetah lg ade 

owg laen bkn maen lg ckp ily kt die..:(


npe ade cinta yg tersembunyi..??ok..antara faktor yg  
mendorong wujudnyer cinta tersembunyi nie adalah:

*krg kasih cyg ngan pasagan sedia ade

*krg perhatian ngan pasangan sedia ade


*kerap b'gaduh ngan pasangan sedia ade


*tercetus masalah sekiranyer cinta d publishkn


jgn slahkn pasangan anda jika mereka ade cinta 

tersembunyi d blakng anda..lbeh baek anda pkir blik 

ape kekurangan anda sehingga pasangan anda 

b'buat demikian..pkir2kan lah..

Jumaat, 29 Mei 2015

Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari.


11355597_948253141887722_366314386_n
Ramai diantara kita yang ingin mencari cara yang cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.
kepada mereka yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan anda berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan?. Disini saya menawarkan minuman ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan.
Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
  • 8 ½ cawan air ditapis
  • 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
  • 1/2 timun, dihiris nipis
  • 1/2 lemon, dihiris nipis
  • 12 daun pudina
Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.
Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.
Timun:
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.
Halia
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
Lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
Pudina
Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.
Air
Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.