Ahad, 24 Mei 2015

Kamu Tahu Kamu Jatuh Cinta Dalam Diam Bila.

Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila..

Saat kamu terpandang si dia hati kamu rasa tersentuh. Sesuatu yang kamu tak rasa bila pandang orang lain. Mungkin pada wajahnya kamu nampak sesuatu yang kamu cari selama ini. 

Saat kamu memandang si dia kamu rasa sebenarnya tak nak pandang tempat lain dah tapi tak boleh pandang si dia lama-lama takut terkantoi. hiuhiuhiu..

Saat kamu berada dengan dia kamu ada perasaan yang selesa bila si dia ada berdekatan. Rasa macam, please stay, don't go.

Saat dia berada dengan kamu, kamu hargai setiap saat yang dapat kamu luangkan dengan dia walaupun si dia tak tahu dalam diam kamu ada perasaan terhadapnya.

Saat dia memanggil nama kamu, kamu rasa terkedu sebentar.

Saat dia ketawa, kamu tersenyum sendirian betapa kamu suka dengar gelak tawanya.

Saat mendengar suaranya sahaja mampu membuatkan kamu tersenyum. Eleh suka lah tu sebenarnya kan?

Saat kamu melihat wajahnya suram, gusar,risau, kamu rasa macam nak aje pergi padanya tanya dia ok ke tak. Tapi kamu tak mampu. Kamu hanya mampu berharap dia okey.

Saat kamu tidak dapat melihat dia, kamu rasa tak keruan. Rindu semuanya tentang dia.

Saat kamu tahu kamu tidak begitu rapat dengannya tetapi kamu ada perasaan sayang padanya.

Saat kamu ingin mengetahui tentangnya, kamu stalk hampir semua benda yang kamu boleh stalk tentang dia. Kalau boleh semua benda tentang dia kamu nak tahu. Lepas kamu tahu banyak tentang dia, kamu berlagak seperti tidak tahu apa-apa tentang dia padahal kamu mengagumi dirinya.

Saat kamu tertanya-tanya ada sesiapakah dihatinya? Mungkinkah ada ruang dihatinya untukmu? Mungkinkah?

Saat kamu memandangnya kamu melihat dia mempunyai ciri-ciri untuk menjadi isterimu dan ibu kepada bakal anak-anakmu (jika kamu lelaki dan begitulah sebaliknya jika kamu perempuan)

Jika kamu lelaki, barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa mahu melindunginya. (macam Harris dalam Ombak Rindu. Dialog: izinkan abang jadi pelindung Izzah. T__T  aww~ terharu.)Jika kamu perempuan barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa ingin menjaganya. ececececeeee... so sweet~

Kamu selalu teragak-agak untuk meluahkan isi hati kamu. Jika kamu lelaki, mungkin kamu risau jika perasaanmu ditolak. Jika kamu perempuan mungkin kamu malu giler untuk memulakan langkah pertama.Yelah, sebab macam perigi cari timba kan orang kata.

Kamu risau jika kamu tidak layak untuknya. Kamu mahu mendekatinya tetapi kamu seolah kaku apakah terlalu awal untuk memulakan?

Kamu bagitahu semua rakan yang rapat denganmu dan ahli keluarga kamu siapa yang ada dalam hati kamu tetapi kamu tiada keberanian untuk meluahkan isi hati kamu pada si dia.

Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ni, ada seseorang terlintas di fikiran kamu.

x

Jika Dia Bukan Jodohku?

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,
“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.
 

hati aku

Semakin menginjak dewasa, aku makin tidak ambil pusing dipanggil 'sombong', jika itu yang aku dapat kerana kurang bergaul. Sebenarnya bukan kurang bergaul, cuma aku mahu menapis hidup aku dari sifat hipokrit manusia yang suka bermuka-muka dan lebih banyak 'menyediakan waktu' buat orang-orang yang menghargai aku. 
Aku tahu yang aku lebih banyak memilih diam dengan orang yang aku kurang 'ngam', lebih banyak bersuara dengan mereka yang sejiwa. 
Mungkin dengan cara itu menampakkan diri sendiri sombong. Oh, bukan! Itu bukan sombong, aku yakin sifat semulajadi itu datang kerana aku selalu memaknakan;
kadang-kadang kita banyak terasa dengan orang bila bercakap kena berhati-hati takut nanti ada yang kecil hati tapi ada ke orang yang ambil perduli tentang perasan aku ini aku buat baik dekat orang tapi kenapa orang selalu je salah anggap aku tak tahu nak buat macam mana lagi aku tak percayakan siapa selaian allah aku selalu je rasa benci pada diri aku sebab aku rasa diri aku ini tak sempuran macam orang lain.


Sabtu, 23 Mei 2015

Rahsia menjadi hebat – Lihat kekuatan, bukan kelemahan diri

Berapa kali anda mengeluh ketika berbual dengan kawan-kawan tentang kelemahan diri setiap kali berbicara tentang keinginan melakukan sesuatu?
Saya sering mendengar keluhan yang sama daripada kawan-kawan tak kira samada yang muda, sebaya mahupun yang lebih tua daripada saya. Mereka mengeluh kelemahan diri yang ada pada mereka.
Ada yang merancang untuk melakukan berbagai perkara dengan sasaran untuk membaiki kelemahan diri.
Ramai yang percaya bahawa jika mereka dapat baiki kelemahan diri, ia bakal melonjakkan kejayaan lebih tinggi daripada yang ada sekarang.

Mahu ke England untuk baiki kelemahan diri

Baru-baru ini saya luangkan masa berbual dengan salah seorang kawan lama di KL. Kami berbual banyak perkara tentang kehidupan.
Seperti biasa setiap kali bertemu dengan kawan saya itu, akan saya buat banyak laporan terhadap perkembangan kehidupan saya sebagai seorang usahawan.
Saya suka kongsikan semua perkara yang saya tempuh tak kisah samada kegagalan atau kejayaan pada kawan saya itu.
Dia seorang otai usahawan yang jauh mendahului saya dalam dunia perniagaan. Ketika tahun 70-an dulu, saya masih berhingus, dia dah bergelar orang kaya.
Ketika era tahun 70-an dahulu bukan ramai sangat orang Melayu yang menjadi usahawan dan kaya raya dengan aktiviti perniagaan. Dia merupakan salah seorang yang masuk dalam kategori itu.
Banyak juga usahanya ketika berjaya dulu memberikan motivasi dan ceramah keusahawanan di seluruh negara. Malah ramai kawan-kawan lain yang berniaga sekarang dan berjaya merupakan anak murid beliau satu ketika dahulu.
Disebabkan saya pandang tinggi terhadap pengalaman yang dia ada itulah, saya suka kongsikan apa saja dengannya. Sebagai orang lama dia teliti dalam memberikan komen, panduan sertanasihat yang boleh saya ikuti.
Sekarang, kawan saya itu sudah pencen. Dia sudah tak aktif lagi dan hidup menghabiskan waktu tuanya setelah anak-anak sudah besar dan mampu berdikari.
Walaupun masih ada keinginan untuk berniaga semula, tapi nampaknya dia seperti tidak dapat melaksanakannya dengan berkesan. Dia rupanya dihinggap oleh masalah melihat kelemahan diri.

Bahasa Inggeris sebagai kelemahan diri

Saya kesan sikap itu apabila dia bercadang hendak pergi ke England dan tinggal di sana untuk beberapa tahu. Mulanya saya ingat dia nak buat apa-apa projek perniagaan, tapi rupanya ada sebab lain.
Dia nak tinggal di England sebab utamanya untuk belajar Bahasa Inggeris dan menguasai bahasa tersebut. Dia mengaku agak cemburu dengan saya yang banyak maklumat terkini terutamanya dalam isu keusahawanan dan perniagaan terkini.
Sebabnya adalah kerana saya mampu membeli buku dan membaca semua buku berbahasa Inggeris dan juga mampu membaca segala maklumat dari internet yang berbahasa Inggeris.
Oleh kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi utama dunia sekarang, maka banyaklah maklumat terkini ada dalam bahasa tersebut.
Ertinya mereka yang mampu memahami Bahasa Inggeris lebih kedepan dan awal dalam apa saja perkara.

Lihat kekuatan diri, lupakan kelemahan

Saya tidak bersetuju dengan orang yang mahu membaiki kelamahan diri dengan harapan ianya dapat membantunya berbuat sesuatu yang hebat.
Bagi saya apa yang perlu dilakukan sekarang dan paling utama sekali adalah melihat apakah kekuatan diri yang ada pada kita.
Kenal pasti kekuatan diri dan maksimumkan penggunaannya sehingga menjadi sesempurna mungkin. Itulah adalah jauh lebih baik berbanding membuang masa membaiki kelemahan diri yang biasanya mamakan masa yang amat lama.
Jika anda sibuk melihat pada kelemahan diri, anda akan lupa pada kekuatan diri yang ada pada diri anda. Sedangkan kekuatan yang ada pada kita biasanya melebihi orang lain yang biasa.
Jika masa digunakan untuk membaiki kelemahan diri, paling hebatpun, kita hanya mampu meningkatkannya ke tahap biasa sahaja atau ‘average’.
Apa bagusnya sekadar menjadi average?
Seandainya anda lihat kekuata diri. Gilap dengan lebih baik, tambah lagi kekuatan itu supaya hampir sempurna, ia hanya memakan masa yang sekejap dan sudah tentu diri anda akan menjadi lebih menonjol daripada semua orang lain.

Apa nak buat dengan kelemahan diri

Timbul persoalan pula takkan lah nak biarkan begitu saja dengan kelemahan diri yang ada pada kita.
Betul tu !, kena buat sesuatu, tak boleh biarkan begitu saja.
Paling mudah, apa yang perlu kita buat adalah jangan buat kerja itu kalau kita dah tahu bahawa kita lemah.
Itu langkah pertama dan merupakan cara terbaik dalam menangani masalah kelemahan diri.
Selepas itu, pastikan anda cari orang lain yang boleh buat kerja tersebut berdasarkan pemerhatian kita bahawa dia ada kekuatan diri dalam perkara atau urusan itu.
Itulah kerja usahawan ! sebab itu untuk jadi usahawan paling utama dia mesti ada impian besar untuk menjayakan sesuatu.
Kemudian dia ada ramai kenalan yang diperhatikan dan disimpan selama ini di mana dia tahu kekuatan dan kelamahan mereka. Apabila menyusun pergerakannya maka semua kenalan itu digunakannya berdasarkan kekuatan masing-masing.
Kalau anda lihat di sekeliling masyarakat, salah satu daripada sebab ramai usahawan gagal adalah pertamanya buat benda yang dia lemah dan tak buat perkara yang dia mahir atau kuat.
Kemudian itu, berikan urusan penting atau apa saja urusan pada orang yang perkara tersebut bukan kekuatan mereka.
Malah para pekerja juga main serkup sahaja dan bukan dinilai dari segi kekuatan dan kelemahan. Maka tak hairanlah ramai yang lingkup!.
Jadi petuanya kat sini mulakan dengan diri anda terlebih dahulu. Gunakan hanya kekuatan diri anda semaksimum mungkin.
Kemudian kembangkan pula pada rakan kongsi, pekerja, pembekal, pelanggan dan seumpamanya konsep yang sama.
Masing-masing daripada kita ada kekuatan diri dan ada kelemahan diri. Sebagai makhluk yang perlu bersosial, kita perlu saling lengkap melengkapi, barulah meriah dan berjaya!.
Bagi anda yang nak berniaga, lupakanlah apa yang anda tak ada. Lihat apa yang ada dan fikirkan sesuatu bagaimana nak mantapkannya dan pergunakan sebaiknya agar membuahkan hasil.
Jangan berikan terlalu banyak syarat untuk berjaya. Seandainya kita bijak menggunakan kekuatan diri, pertingkatkan kekuatan itu dan sanggup berkerja secara berjemaah tanpa ada sikap irihati, dan akui kelemahan diri, insyaallah kehebatan akan muncul juga akhirnya.

Apa kelemahan diri saya

Kalau nak disenaraikan memang banyak.
Tapi yang pentingnya, saya tak ambil kisah dengan kelemahan tersebut. Saya tak akan buang masa untuk baiki kelemahan sebelum nak buat sesuatu dan tak jadikan kelemahan itu sebagai alasan.
Kalau nak buat sesuatu perkara, saya akan lihat apa kekuatan saya yang boleh dipergunakan untuk menjayakannya.
Yang mana saya lemah, saya akan kumpulkan siapa saja dari kalangan kawan-kawan yang saya tahu mereka ada memiliki kekuatan yang saya tak ada.
Percayalah! masa terlalu pendek untuk mengeluh pada kelemahan kita. tambah lagi kalau umur dan meningkat tua macam saya.
Lebih baik fokus pada kekuatan! anda bagaimana?

bosan bila dia tanya benda yang sama

ramai yang tanya kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi,aku bukan nya tak nak kahwin dah tak jumpa jodoh lagi nak buat macam lagi pun aku ini masih muda lagi banyak benda yang aku nak buat aku dh malas nak fikir pasal kahwin bosan,kalau korang nak tahu seumur hidup aku tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki terpulang lah kalu korang nak percaya atau tak.aku sebenarnya takut nak kenal mana-mana lelaki dan bercinta bukan apa aku takut nanti aku tersesat lah pulak takut tak boelh nak kawal diri,lagi satu yang paling aku takut bila kena tinggal.
contohnya macam kawan aku dia kena tinggal dengan pakwa dia dah lama bercinta tapi putus juga akhirnya.aku tengok dia hari-hari duduk nangis.dan ada juga kawan aku yang dah terlanjur dengan pakwa dia tapi tak nak bertanggungjawab lepas itu dh mula menyesal huuu.sebab itu lah aku takut nak kenal mana-mana lelaki.tapi kadang-kadang bila keluar aku cumbur tengok orang yang keluar dengan pawak dia siap bersuap lagi makan hmmm bila lah aku nak dpt rasa macam itu.kalu boelh aku nak hubungan yang halal aku nak seorang yang aku boelh percaya sentiasa berada di sisi aku.

tentang simptom-simptom yang menandakan ada jin dalam badan.

DALAM KEADAAN JAGA
– Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
– Selalu berasa seperti diperhati oleh sesuatu.
– Selalu terdengar bisikan/ suara/ hela nafas
– Selalu ada pergerakan dalam badan.
– Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut kajian sains.
– Selalu sakit kepala.
– Selalu sesak nafas
– Selalu cepat marah
– Berasa marah / benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
– Ada kesan-kesan cakar/ lebam pada tubuh.
– Selalu berasa ketakutan.
KETIKA TERTIDUR
– Kerap terjaga.
– Selalu susah hendak tidur
– Bercakap/ berjalan dalam tidur
– Selalu mimpi lihat binatang-binatang buas dan berbisa.
– Selalu mimpi kanak-kanak
– Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
– Selalu mimpi lemas/ banjir
Sekiranya ada banyak daripada ciri-ciri di atas, besar kemungkinan ada jin yang mengganggu.
WA.
Sumber: Ikhtiar Muslim

Khamis, 21 Mei 2015

petua mendapat pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul danbersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. 13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.