Sabtu, 20 Disember 2014

Jiwa jiwa keseorangan

 manusia tidak suka keseorangan . walaupun pada akhir usianya , kita pasti akan keseorangan . ya , satu hari nanti . dan tatkala kita yang masih hidup ini dalam komuniti yang penuh ragam , jiwa kita yang meriah pasti akan disampuk dengan keseorangan .


jiwa keseorangan di sini bukanlah mahu kata tidak berteman . tidak berkeluarga . tidak berpunya . tidak beranak . segalanya cukup . tapi , adakalanya situasi-situasi yang tuhan berikan kepada kita , buat kita rasa keseorangan .


ada seorang pelajar yang mendapat gred 'D' , akan rasa malu-malu . merendah diri dalam kelas yang majoritinya bijak-bijak belaka . dan situasi itu buatkan dia betul-betul rasa terpinggir . dialah yang paling berbeza . beza bukan yang mendapat untung . tapi , lebih kepada rugi .


dia keseorangan . bujang yang di tengah-tengah masyarakat yang sudah berkahwin dengan nikmat .

namun , tatkala dia keseorangan . dia yang masih diasak dengan pertanyaan oleh rakan-rakan hebat yang lain , di sudut ruang bilik darjah itu . dia dapat menghidu aura 'keseorangan' . milik lelaki yang songkoknya boleh dibuat boomerang .

dan apabila jiwa keseorangan itu bergabung , dua nasib dapat dikongsi . derita sama dapat dirasa . takdir dapat juga ditelan walaupun pahit . kenapa?

kerna menemui insan yang sama memahami betapa peritnya ujian .

' hang dapat serupa ngan aku ke ? '

' haishh diam-diam sudah . '

*high five .

cerita dua budak laki laki itu riuh kerna isi kelas sudah pun surut . ke kantin rasanya .

sedikit perkongsian yang aku nak cuba coret di sini berkenaan dengan salah satu surah yang buat rambut nabi Muhammad sehingga beruban , iaitu surah Hud .

jadi , duduk . bertenang . sambil lepak-lepak santai itu , moleklah kita sama-sama membuka al-Quran . lebih bagus kita buka yang terjemahan . lihat surah Hud . muka surat yang ke 221 .
 positif .

tika kita mula rasa keseorangan , pasti ada lagi jiwa-jiwa yang menerima nasib sama dengan kita . cuma , belum diketemukan oleh tuhan . apabila bisa diketemukan , pasti kita rasa senang . seperti cerita dua budak laki laki yang berkongsi gred yang sama .

namun jika belum diizinkan diketemukan maka biarlah kita kuatkan keyakinan yang jiwa-jiwa itu juga yakin akan kehadiran kita yang punya nasib yang sama .

jiwa-jiwa yang diuji untuk naik ke satu lagi .

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman

Kenapa Awak Cintakan Saya?

 Cinta...

Kenapa kita menyintai? Apa yang menyebabkan kita cinta pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita cintai hingga kita jatuh cinta?

Sayang...
Kenapa kita menyayangi? Apa yang menyebabkan kita sayang pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita sayangi hinggi kita jatuh sayang?

Kadang-kadang soalan ini ditanya kepada kita oleh insan-insan tersayang di sekeliling kita. Dan kadang-kadang kita juga mahukan jawapan kepada soalan-soalan ini daripada orang-orang yang mengasihi kita.

"Awak, saya nak awak kawan dengan saya!"

"Kenapa?"

"Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya!"

Cukup sampai situ. Tiada soalan kenapa dia akan jatuh cinta. Dan tiada jawapan kepada kenapa dia akan jatuh cinta. Pernahkah ada satu detik di mana kamu tertanya-tanya, kenapa kamu menyayangi insan-insan di sekeliling kamu dan kamu tidak ketemu jawapan kepada soalan itu? Bersungguh-sungguh kamu mencari jawapan kepada soalan yang bermain-main dalam fikiran kamu, bimbang nanti bila ditanya, kamu tidak punya jawapan yang tepat.

Namun, kosong...

Tiada.

Masih juga tiada kata yang benar-benar boleh menjawab persoalan di kotak fikir.

Cukuplah bertanya kepada diri.


Kerana kadang-kadang, cinta tidak memerlukan sebab...

Dalam Perjalanan Mencari Cinta..

 Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu..."

- Pasha feat Adelia -

Dalam perjalanan mencari cinta...
Mungkin saja kita akan diduga...
Adakah kita pencinta yang setia...
Atau pencinta yang hanya bermain dengan kata-kata...

Jika bukan kita yang mendua...
Mungkin si dia yang kurang percaya...
Lantas hati yang satu mula bergelora...
Masih adakah sinar pada bahagia...?
Walau apapun yang datang dalam perjalanan cinta...
Jika jalan yang benar itu mampu menghadirkan rasa...
Usah berpatah balik tapi teruskan usaha...
Tetapkanlah keyakinan dan teruskanlah berdoa...

Moga disatukan dua jiwa...
Bersama-sama menjalin rasa...
Hingga ke akhir hayat yang ada...
Bercinta sampai syurga...

*****


Buat sahabat-sahabat yang baru sahaja mendirikan masjid...

kamu yang aku tinggalkan


 Aku akui aku tidak pernah mengambil tahu akan perasaan kamu yang semakin menyepi. Kamu yang aku rasakan semakin menjauh pada satu kisah perjalanan yang bernama kehidupan. Entah kenapa aku rasakan kerenggangan itu yang sedang berlaku. Berlaku pada hati-hati kita biarpun kamu dan aku hakikatnya sentiasa dekat.

Hari ini...

Malam ini...

Aku tercuit akan satu rasa yang mahu memanggil kamu kembali kepadaku. Kembali berdiri disampingku dan terus berjalan ke hadapan bersama-sama denganku. Tidak sesekali aku mahu kamu pergi lagi, walau aku keliru akukah yang meninggalkan atau aku yang ditinggalkan. Kerana kadang-kadang kamu datang menghampiriku apabila hatiku diuji Tuhan, dan kamu menghilang setelah aku berhasil kamu bahagiakan.

Kamu...

Kembalilah kepada aku yang memerlukan kamu dalam hidupku. Tanpa kamu, tidak mungkin aku berada di sini hari ini. Tanpa kamu, aku tahu aku tidak mampu bangun kembali bila aku terjatuh dek tersadung batu ujian. Tanpa kamu yang terlalu aku rindui, aku dapat rasakan hidup ini ada lompang yang tidak terisi walaupun hari-hariku penuh dengan gelak tawa dari teman-teman.

Kamu yang aku tinggalkan...

Hari ini aku panggil kamu kembali...

Kembalilah...


Wahai diriku yang dulu.

AKU PENCINTA YANG GILA

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah ketara ceria
Kerana hati rasa bahagia
Akan indahnya bila dicinta

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah bermuram durja
Kerana hati sedang berduka
Akan rasa dibuang cinta

Aku pencinta yang gila
Satu masa riang ketawa
Sesaat tersenyum kerana cinta
Satu detik menangis meratap hiba

Aku pencinta yang gila
Kadang berteman madah pujangga
Selalu di bibir diiringi doa
Kerana mahu mengecap bahagia

Aku pencinta yang gila
Selalu saja bertukar rupa
Tidak menentu bayang di kepala
Rasa di hati terbawa-bawa

Aku pencinta yang gila
Mungkin sampai bila-bila
Dunia rasa terus diteroka
Kerana aku pencinta gila



P/S: Entah bagaimana puisi ini tercetus, tidak pasti dari mana ilham itu datang, tapi itulah hakikatnya cinta. Cinta membuatkan manusia gila. Kadang menangis, kadang ketawa. Satu saat bagaikan sudah putus asa, satu saat bagaikan menyinar cahaya, penuh harapan mahu mencapai redha. Yang pasti, cinta itu anugerah Allah untuk manusia.