Sabtu, 20 Disember 2014

kamu yang aku tinggalkan


 Aku akui aku tidak pernah mengambil tahu akan perasaan kamu yang semakin menyepi. Kamu yang aku rasakan semakin menjauh pada satu kisah perjalanan yang bernama kehidupan. Entah kenapa aku rasakan kerenggangan itu yang sedang berlaku. Berlaku pada hati-hati kita biarpun kamu dan aku hakikatnya sentiasa dekat.

Hari ini...

Malam ini...

Aku tercuit akan satu rasa yang mahu memanggil kamu kembali kepadaku. Kembali berdiri disampingku dan terus berjalan ke hadapan bersama-sama denganku. Tidak sesekali aku mahu kamu pergi lagi, walau aku keliru akukah yang meninggalkan atau aku yang ditinggalkan. Kerana kadang-kadang kamu datang menghampiriku apabila hatiku diuji Tuhan, dan kamu menghilang setelah aku berhasil kamu bahagiakan.

Kamu...

Kembalilah kepada aku yang memerlukan kamu dalam hidupku. Tanpa kamu, tidak mungkin aku berada di sini hari ini. Tanpa kamu, aku tahu aku tidak mampu bangun kembali bila aku terjatuh dek tersadung batu ujian. Tanpa kamu yang terlalu aku rindui, aku dapat rasakan hidup ini ada lompang yang tidak terisi walaupun hari-hariku penuh dengan gelak tawa dari teman-teman.

Kamu yang aku tinggalkan...

Hari ini aku panggil kamu kembali...

Kembalilah...


Wahai diriku yang dulu.

AKU PENCINTA YANG GILA

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah ketara ceria
Kerana hati rasa bahagia
Akan indahnya bila dicinta

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah bermuram durja
Kerana hati sedang berduka
Akan rasa dibuang cinta

Aku pencinta yang gila
Satu masa riang ketawa
Sesaat tersenyum kerana cinta
Satu detik menangis meratap hiba

Aku pencinta yang gila
Kadang berteman madah pujangga
Selalu di bibir diiringi doa
Kerana mahu mengecap bahagia

Aku pencinta yang gila
Selalu saja bertukar rupa
Tidak menentu bayang di kepala
Rasa di hati terbawa-bawa

Aku pencinta yang gila
Mungkin sampai bila-bila
Dunia rasa terus diteroka
Kerana aku pencinta gila



P/S: Entah bagaimana puisi ini tercetus, tidak pasti dari mana ilham itu datang, tapi itulah hakikatnya cinta. Cinta membuatkan manusia gila. Kadang menangis, kadang ketawa. Satu saat bagaikan sudah putus asa, satu saat bagaikan menyinar cahaya, penuh harapan mahu mencapai redha. Yang pasti, cinta itu anugerah Allah untuk manusia.

Ahad, 14 Disember 2014

Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu!

-Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
2-Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3-Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4-Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5-"Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6-Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7-Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8-Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9-Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10-Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11-Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12-Lelaki juga boleh menangis!
13-Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14-Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17-Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18-Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19-Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20-Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
21-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
22-Lelaki benci gay!
23-Lelaki sayangkan ibu mereka.
24-Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
25-Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. 26-Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
27-Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
28-Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.-Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
29-Perempuan adalah kelemahan lelaki.
30-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
31-Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
32-Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
33-Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
34-Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
35-Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
36-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
37-Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
38-Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
39-Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
40-Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
41-Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
42-Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
43-Lelaki berfikir terlalu banyak.
44-Fantasi lelaki tidak terbatas.
45-Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
46-Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
47-Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
48-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
49-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
50-Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
51-Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya.Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
52-Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.
53-Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
54-Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
55-Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
56-Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"
57-Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
58-Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
59-Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
60-Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
61-Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
62-Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
63-Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki
64-Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
65-Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
66-Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
67-Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
68-Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
69-Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
70-Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
71-Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut. :)
72-Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
73-Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
74-Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
75-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
76-Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
77-Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
78-Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
79-Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
80-Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
81-Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
82-Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja.Dia tidak serius dengan anda.
83-Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
84-Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
85-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
86-Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
87-Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
88-Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
89-Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
90-Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
91-Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
92-Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
93-Lelaki benci perempuan yang gedik.
94-Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.

95-Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ...

cari dan burulah cinta ALLAH dahulu sebelum cinta manusia.

 Hari-hari yang aku lalui memang menarik.Setiap hari yang dilalui itu adalah merupakan sekolah bagi diri aku,ia juga pengalaman kerana setiap yang berjumpa dengan aku mengongsikan juga pengalaman masing-,masing dan tak kurang juga berkongsi permasalahan yang mereka alami.Namun,pengalaman mereka adalah setakuk lagi pengetahuan buat aku.Seronok..Aku belajar dari mereka sebenarnya buat mematangkan diri.Bila mendengar,aku cuba menganalisis baik serta buruknya.Tidak dinafikan,kadang-kadang aku juga turut berasa binggung,rimas,ketandusan idea.Bagaimana nak berikan solusi terbaik buat yang bertanya sedangkan diri ini juga,insan yang lemah tidak sempurna.Aku juga mempunyai pelbagai perkara yang perlu aku fikirkan.Walau bagaimanapun,perkara yang negatif aku cuba tolak tepi,aku akan membantu semampu daya.Aku juga insan yang hina,lagi lemah,hamba kepada Yang Esa,semoga apa yang lahir dari lidahku ini,moga ALLAH kurniakan kebenaran dalam setiap kata-kata dan moga ALLAH redha..

--------------------------------------------------------------------------------------------------





Telefon bimbitku berdering.Aku yang sedang khusyuk membaca buku motivasi terpana seketika.
" Siapa pula yang mesej ini.." ngomel hati aku sendirian.Dengan keadaan terpaksa aku turun dari katil,kaki ku atur untuk mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja.Rupa-rupanya,kehadiran mesej dari adik kesayangan,teman seperjuangan.Agaknya kiriman mesej apa yang adik ku telah hantar pada diriku.Terasa teruja nak tahu.Dalam hati,mungkin ada program keagamaan yang dia  ingin aku turut sertai.Lama juga tidak pergi ke daurah dan konvensyen.Diri ini dahagakan ilmu dari para murobbi..Pasti kalau di ajak,aku tidak menolak untuk turut sama pergi.Begitu juga abah dan mama,pasti tiada halangan untuk memberikan izin anaknya menuntut ilmu.Namun sejak akhir-akhir ini,ramai rakan-rakan yang sibuk dengan agenda cuti masing-masing.Aku memahami.Diri ini tiada teman untuk diajak bersama buat peneman untuk menghadiri ke majlis ilmu.Tidak megapalah,bagi aku,mungkin kali ini tiada rezeki.Usah fikirkan hal yang tak jadi,tapi fkirkan inisentif yang bisa dipakai. sebagai ganti .Alhamdullillah,masjid pun dekat dengan rumah,dapat juga keluar bersolat jemaah dan mendengar tazkirah..Buku-buku yang aku beli,memberikan satu kegembiraan buat diri .Dengan membaca,aku juga bisa peroleh ilmu.Bukan hanya itu,youtube dan bermacam-macam lagi menjadikan diriku aku berinformasi.

Aku membaca mesej yang dikirimkan.

"Assalamualaikum kakakku,maaf sekiranya mesej ini menganggu.Bukan apa kak,hati sudah tidak tertahan.Adik sendiri terdesak memerlukan seorang rakan untuk adik lepaskan perasaan dan harap dapat berkongsi bersama.Mohon pencerahan dari akak.Cuma akak yang adik percaya dan faham adik." sender : adik

aku membalas

"Walaikummussalam wbt..InsyaALLAH,akak akan membantu sedaya mungkin.Nampak gaya seperti ada perkara berat yang membelenggu permikiran.Ceritakanlah,supaya kita sama-sama dapat leraikan kekusutan.


"akak,ini mengenai persoalan hati dan perasaan.Kenapa ye kak,adik tak boleh lupakan dia lah kak.Dah cuba  pun,susah juga.Kalau duduk je,mesti teringatkan dia.Pergi mana-mana pun teringatkan dia.Asyik dia...dia...dia...Arghhh..kenapalah kan asyik wajah dia sahaja yang muncul.Adik sendiri tak tahu nak buat apa lagi.Betul ke apa yang adik lakukan ini.Adik rasa,adik tidak patut meninggalkan dia..kenapa adik nak berubah,ada sahaja yang menghalang.Tolong adik kak..."
sender: adik

Aku tersenyum sendirian.Masalah perasaan dan hati memang satu perkara yang tidak boleh dibuat main.Parah kalau tidak diubati dengan segera.

Jujur,aku sendiri tidak terkecuali dari mengalami konflik ini suatu ketika dahulu.Tetapi,apa yang aku tahu,aku sudah bebaskan diri dengan meninggalkannya.Kerana apa..? kerana ALLAH semata-mata dan aku lebih sayangkan abah dan mama dan aku lebih sayangkan akhirat aku dan akhirat si dia..

Namun,aku mengakui ianya bukan mudah..Payah,susah.derita,perit,hidup bertemankan airmata untuk meninggalkan semuanya.Aku sendiri cuba cekal tapi kadang-kadang,aku tersungkur juga.Tapi setiapa kali tersungkur,Alhamdullillah,pasti ada suara-suara yang mengingatkan aku kembali untuk bangkit..Ianya satu yang normal.Lebih-lebih lagi,jiwa dan naluri wanita ini lembut,halus.Semuanya perlukan masa dan kecekalan serta niat yang lurus.

adikku sayang,mawar agama yang terbilang..

Buat mereka yang turut mengalami permasalahan yang sama,Sudi-sudikanlah  dirimu dik untuk membaca nasihat dari kakak ye..Kakak mengerti  apa yang sedang dirimu alami kerana diri kak sendiri pernah melaluinya.
Pastinya sekarang dirimu terasa kehilangan?dan kalian bersedih sekarang..?dan kalian merasakan hidup kalian semua tiada ertinya lagi tanpa kehadiran si dia...?
hrrmmm..kenapa cepat sangat patah semangat adik ku sayang?
adikku,janganlah terlalu bersedih kerana setiap perkara yang kita temui dan pernah bersama-sama kita,hujungnya akan pergi jua.Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia amat kita sayang kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimanapun kita cuba mengelaknya.Apa yang perlu dirimu tangisi.?Tindakan yang dirimu lakukan tepat dan benar hanya kerana ingin menggapai redha illahi.Yakinlah,sekarang apa yang diri kalian lalui  dan rasa adalah kerana kalian sedang diuji oleh Allah....

ALLAH berfirman di dalam surah al isra :32
" Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."

kedua,

Dengar sini baik-baik adikku sayang....
Jodoh dan pertemuan adalah ketentuanNya.Itu adalah satu pesan yang sangat besar kerana secara fitrah setiap insan ingin berkeluarga.
Malah kontrak paling awal di dunia ialah kontrak perkahwinan.Namun sebagai hamba yang yakin bahawa peta hidup ini bukan kita sendiri yang pegang dan tentukan,kita sekadar berusaha tetapi hasilnya tetap Hak-NYA.Oleh itu,kalian tidak perlu rasa tertekan akan prihal jodoh.Sewajarnya kalian harus tertekan apabila  cinta pada Allah tidak bertambah.Tandanya tidak tebalnya cinta pada ALLAH bila kalian disalut bimbang di hati dan gusar di jiwa.,mahu memenuhi hasrat berkeluarga.
Cuba bertanya pada diri sendiri,siapa yang lebih tahu tentang diri kita,masa hadapan dan penamat hidup kita?Sesungguhnya tiada siapa yang tahu kecuali ALLAH.Sedarlah bahawa ALLAH amat sayang dan cinta pada setiap hambaNya.Mana mungkin ALLAH mahu menyulitkan hambaNya.Jadi mengapa perlu berasa bimbang dengan apa yang diri kalian sedang lakukan.Apa yang kalian lakukan adalah betul mengikut syariat dan ianya adalah tuntutan dari ALLAH agar segera meninggalkan maksiat.Bila tiba masanya,akan hadir orang yang tepat buat kalian dan menjadikan kalian halal sepenuhnya buat dirinya.Ini kerana Allah sudah menjanjikan setiap anak adam yang lahir ke dunia ini sudah disediakan jodoh,rezeki serta hari matinya.
Jika kalian berasa tertekan mengenai prihal jodoh,bermakna hubungan kalian dengan ALLAH hanya di bibir dan di minda,belum sampai ke hati dan mungkin belum cukup cinta pada-Nya lagi.Lantaran tanggungjawab dengan Allah belum sempurna lalu ditangguhkan hajat kalian sehingga kalian mencintai ALLAH sepenuhnya dahulu barulah mencintai 'suami.Jika kalian sudah berasa diri kalian lengkap dari segala segi,sepatutnya tiada masalah berjumpa dengan jodoh tapi penilaian ALLAH masih belum lemgkap lagi.Maknanya,serahkanlah harapan dan pergantungan hanya kepada ALLAH dan lakukanlah segala-gala keranaNya.Yakinlah bahawa DIA tidak pernah kejam dan tidak pernah menolak permohonan serta doa hambaNya.
ALLAH itu lebih dekat dari urat leher kita dan perhatian ALLAH pada kita tidak pernah teruputus walaupun sesaat.Sesungguhnya,Allah sayang kita berkali-kali ganda sayang.Namun,jika kita sendiri tidak menyemai sayang padaNya,kita tidak akan merasa cintaNya pada kita.
Nasihat akak buat adik yang tersayang,tiada jalan lain selain bersabar.Kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan lebih membeikan hal-hal  yang positif daripada negatif.Malah,kebiasaan melihat sesuatu dari sisi baik dan positif itu amat berharga daripada mendapatkan penghasilann jutaan ringgit setahun.
Selain itu,rasulullah bersabda,"perbanyaklah mengucapkan 'Ya dzal jalali wal ikram' iaitu nama Allah teragung kerana sudah dijanjikan sesiapa yang berzikir dengan nama tersebut dan menyakini keagunganNya,maka Allah akan mengabulkan permohonannya dan memberikan jalan keluar daripada semua masalah dan kemenangan serta kebahagiaan."
Ini janji Allah dalam surah Al-Anfal : 9
"(Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabb-mu.Lalu diperkenankannya bagimu." Dalam ayat yang lain iaitu di dalam surah Muhammad ayat 7 ,Allah menyakinkan akan hambaNya," Hai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama ( Allah) nescaya DIA akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu."
Yakinlah bahawa sesiapa yang taat kepada Allah,maka DIA akan mencintainya seperti yang diregaskan dalam surah Ali Imran ayat 31,'Maka ikutlah aku nescaya Allah akan mencintai kamu 'Oleh itu,cari dan burulah cinta ALLAH dahulu sebelum cinta manusia.

Buat adik-adik yang menanyakan pada akak mengenai pernikahan ...
ini jawapan dri akak..kata-kata ini akan terbaca dari kata-kata Imam Muda Syakir..
semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kata-kata ini..


Memang benar nikah itu harus dipercepatkan..
Tetapi kadang-kadang kita lupa..
Situasi dan keadaan kita buat masa sekarang masih belum sesuai !

Sesungguhnya nikah itu satu ibadah,
Bukan hanya menghalalkan status dua hati.

Jom selalu beringat,
Nikah itu satu amanah dari Allah.
Timbalah ilmu dari sekarang.
Belum mampu?Berpuasalah,dengan puasa yang benar.

Ada yang berkata,aku ingin berkahwin kerana ingin maramaikan umat Muhammad..
Aku tersenyum..Setiap dari kita mempunyai alasan tersendiri..Tapi ingat ye sayang,niat mu itu tidak salah malah ianya sungguh murni..tetapi biarlah berkahwin seiiring kita sudah cukup melakukan persediaan untuk ke alam rumah tangga..Ramai sekarang yang berkahwin,tetapi tiada persediaan yang cukup dan jahil agama.

 Kata Syeikh al-Qaradhawi dalam Fiqh Keutamaan,Nabi tak banggapun kalau umatnya ramai tapi tak berkualiti. Bagai buih-buih yang rapuh diterajang ombak.

Jodoh adalah rezeki...


Nak rezeki yang baik kenalah mendapatkan dengan cara yang menepati syariat Allah,
halal haramnya perlu dipelihara dan dijauhi...agar kita dapat keberkatan dan kenikmatan yang hakiki...

Begitu juga dengan soal jodoh...
nak jodoh yang baik ikutlah syariat yang telah Allah tetapkan..
Tertarik dengan kata-kata saudara Hilal Asyraf dalam bukunya yang berjudul "sebelum aku bernikah", usaha, pilih dan istiqamah....

Nak dapat jodoh yang baik, kenalah usaha, usaha baiki diri, akhlak, agama dan sebagainya, dan usaha mencari calon yang sesuai...bila dah jumpa dan yakin pilihlah "dia", bila dah pilih ISTIQAMAH!

Ada orang walaupun dah bertunang boleh putus, dah kahwin bole cerai, hanya kerana dia tak bahagia atau dia tak jumpa orang itu dalam mimpi dia...rasional ke?

Kebahagiaan bukan datang dari orang lain, nak bahagia kita dulu kena beri kebahagiaan, kadang-kadang Allah swt beri dah kebahagiaan itu cume kita je yang tak nampak, kenapa?

Kerana dia meminta lebih dari dia memberi, dan tidak ada rasa syukur dalam dirinya, orang yang bersyukur akan bahagia, akan tetapi orang yang bahagia tak semestinya bersyukur....

Hidup di dunia pasti ada pasang surutnya, naik turunnya, gembira sedihnya, itulah lumrah hidup di dunia, jadi nak bahagia walaupun dalam keadaan surut, turun dan sedih jadilah orang yang bersyukur dan bersabar...Wallahua'lam.

Istiqamah dalam bab jodoh pun ada apatah lagi dalam kehidupan dan ibadah kita yang utama, jom jadi orang yang tetap pendirian yang teguh semata-mata kerana Allah swt...InsyaAllah...


p/s : muhasabah Diri ya semua ^__^ redha Allah yg d cari :') Allah Allah Allah :') —