Rabu, 19 November 2014

7 Perkara Anda Perlu Rahsiakan Darinya

Anda tidak suka ditipu jadi tentunya juga tidak patut menipu. Umum dipercayai yang perhubungan yang jujur merupakan yang terbaik. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda rahsiakan demi tidak menyinggung perasaan si dia dan menjaga keamanan dalam perhubungan.

1. Sebab Anda Putus Dengan Kekasih Terakhir
Dia tidak suka anda bercerita tentang kekasih yang lepas, walaupun jika ianya perkara buruk. Lelaki memang tidak suka pasangannya terlalu banyak bercerita tentang lelaki lain. Jadi tidak perlu beritahunya mengapa kamu putus dengan kekasih atau kekasih-kekasih terdahulu. Cukup dinyatakan yang anda tidak serasi dengannya.

2. Rasa Rendah Diri Kamu
Anda rasa miliki banyak kekurangan, namun jangan kongsikan segalanya dengan si dia. Selalunya rasa rendah diri itu cuma dirasa oleh kita seorang sahaja, pada orang lain tidak ada apa-apa yang kurangnya. Jika anda tidak henti-henti bercakap tentang kekurangan diri, ini akan merimaskan si pendengar. Mereka juga mungkin berpendapat anda cuba pancing pujian dengan berpura-pura bersedih tentang kekurangan diri.

3. Rasa Kagum Anda Pada Dia
Tidak salah memujinya sekali-sekala namun jangan terlampau pula. Ia mungkin dilihat sebagai usaha anda untuk membodeknya dan akan dikhuatiri terdapat udang di sebalik batu. Walaupun dia tahu pujian itu ikhlas, dia mungkin pula berfikir yang kamu sebenarnya tidak mempunyai pendirian sendiri dan mudah bersetuju dengan segala yang dilakukannya. Jangan hingga dia merasakan pendapat anda tidak penting pula!

4. Perangai Sebenar Kawan Baik Anda
Jika anda mahu si dia menghalang anda daripada berkawan dengan si kawan baik itu, cara paling mudah adalah dengan menceritakan segala-galanya yang berlaku dalam hidup kawan anda. Anda dan rakan mungkin sekadar berkongsi masalah masing-masing, namun para lelaki secara otomatik berfikir yang anda sedang “mengumpat” tentang rakan itu dan apa sahaja yang anda ceritakan akan dipandang negatif. Cerita tentang kawan yang terbeban dengan terlalu banyak tugasan di tempat kerja mungkin dilihatnya sebagai seorang pemalas. Cerita tentang pergaduhan kecil antara kawan anda dan pasangannya memberi gambaran yang dia suka bergaduh. Pandangan negatif ini mungkin kerana pasangan anda cemburu dengan kawan baik itu kerana dia orang yang paling rapat dengan anda selain teman lelaki atau suami. Kemudian, mereka akan cuba menghalang anda daripada meneruskan persahabatan atau terlalu rapat dengan alasan bimbang anda akan terikut-ikut perangai negatif ini.

5. Perangai Sebenar Anda
Bukannya mahu anda menyamar seolah-olah tiada kekurangan, namun seboleh-bolehnya rahsiakan perkara-perkara peribadi yang tidak perlu dia tahu, contohnya bila anda cukur bulu ketiak dan bulu kaki, sikap anda yang suka membandingkan saiz buah dada dengan wanita lain, perkara-perkara yang paling liat anda lakukan seperti tidak suka cuci pinggan sehingga sinki penuh atau tidak suka lipat kain baju, mahupun berapa lama anda bersolek atau suka menyendiri dalam kamar mandi. Biar dia tahu tentang perkara-perkara baik tentang diri kamu dahulu sebelum dia mengetahui sendiri ciri-ciri rahsia kamu suatu hari nanti.

6. Anda Tidak Suka Kawan-Kawannya
Sekumpulan lelaki yang rapat mempercayai rakan-rakan mereka hingga mati. Malahan kebanyakan mereka lebih cepat mempercayai rakan daripada isteri dalam hal-hal lain selain hal rumahtangga. Ini kerana selalunya pengalaman hidup yang dilalui bersama merupakan punca mereka rapat berkawan, jadi pada mereka rakan-rakan mencerminkan diri mereka sendiri, dan tentunya sifat-sifat yang jelas kelihatan hanya yang baik-baik belaka. Jika anda cuba menegur apa-apa sikap buruk kawan mereka, tidak mustahil anda pula yang akan dicop sebagai seseorang yang suka mencari kesalahan orang lain walaupun sekecil zarah.

7. Anda Tidak Suka Hadiah Pemberiannya

Nasihat ini bukan sahaja untuk pemberian si dia, malah bagi sesiapa sahaja yang berikan anda hadiah. Buruk perangai betul apabila seseorang telah bersusah-payah memikirkan apa hadiah yang paling sesuai untuk anda dan membelanjkan sejumlah duit untuk membelinya, kemudian anda dengan mudah mencemuhnya. Cuba fikirkan perasaan pembeli, lebih-lebih lagi jika anda tahu mereka sebenarnya tidak berkemampuan untuk beli barang yang mahal-mahal namun diusahakannya juga demi diri anda. 

5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita

 Queen Control
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan kamu, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.
Tidak Hormat orang Tua
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau kamu bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika kamu bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.
Gedik
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.
Kaki Kikis
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.
Main Kayu Tiga

Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan member peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali kamu di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.

6 Tanda Si Dia Sukakan Kamu

1. Ambil Berat
Dia sentiasa bertanya khabar dan mula menunjukkan yang dia ingin mengambil berat tentang kamu. Bermula dengan ucapan selamat pagi, khuatir jika kamu lewat makan atau memberi ucapan selamat apabila kamu hendak memandu adalah antara petanda awal yang dia mula menunjukkan minat terhadap kamu.

2. Kerap Ajak Keluar
Dalam tempoh seminggu, sekurang-kurangnya dua kali dia akan ajak kamu keluar tak kiralah pergi makan ataupun menonton wayang.

3. Pandangan Mata
Apabila kamu bercakap, matanya akan tepat memandang ke arah mata kamu menunjukkan yang dia benar mahu mendengar apa yang kamu bicarakan. Jangan panik bila mata kamu berdua bertentang, kata orang dari mata turun ke hati.


4. Gerak Geri Tubuh
Tidak susah untuk membaca gerak geri tubuhnya. Lelaki jika minat dengan seseorang perempuan, dia akan mudah memberikan gerak tubuh yang berbeza dari kebiasaan contohnya bila berbual, tubuhnya akan betul-betul dihadapkan ke arah kamu atau sentiasa ingin berjalan dekat dengan kamu.

5. Terserempak
Pertemuan yang tak disangka seperti kamu sedang minum petang dengan rakan di Starbucks, tiba-tiba si dia muncul. Mungkin pertemuan itu disengajakan oleh dia tapi tidak mahu kelihatan terlalu obses, jadi dia akan pura-pura terkejut.

6. Soalan Personel

Untuk mengenali kamu dengan lebih rapat, dia akan mula mengajukan beberapa soalan tentang diri kamu seperti kamu sudah berapa lama single, macam mana lelaki pilihan kamu, adakah kamu sedang mengenali seseorang dan sebagainya.

Apabila Diri Diejek Orang

Sindir; atau mengejek. Saya percaya kita semua pernah lalui situasi tersebut, bukan?

Lagi-lagi semasa kita di zaman kanak-kanak dulu selalu main ejek-ejek siap pakai nama mak bapak lagi. Dan kalau yang ekstremnya sampai boleh buat gaduh. Mana tidaknya, siap nama atuk nenek moyang semua keluar.

Tetapi sikap suka mengejek itu tidak hanya terhenti di zaman kanak-kanak saja.

Apabila di zaman remaja atau dewasa ini kita lebih menggunakan istilah ‘bahan-membahan’. Kadang-kadang bila bahan tu sampai tak ingat dunia. Betul-betul bagi sampai terduduk orang yang kena bahan tu.

Ejeken seperti gemuk, gendut, debab, keremping, papan, sekeping, jonggang, dan sumbing adalah di antara kata-kata yang biasa digunakan orang. Kalau hati tak kuat, memang berjurai air mata. Dan sah-sah menangis bila diejek di hadapan orang ramai.

Jadi, macam mana cara nak atasi situasi macam ini? Apabila orang ejek anda, apa yang akan anda lakukan?

Kalau anda tanya saya, mudah saja.


                1. Abaikan saja, buat tak tahu
Bila anda diejek atau disindir orang, abaikan saja apa yang orang ejekkan tu. Tak payah dilayan. Biarkan saja apa yang dia nak cakap. Sebenarnya dia lagi suka kalau anda bila diejek. Jadi lebih baik anda abaikan dan buat tak tahu saja bila dia mengata anda itu dan ini.

2. Yakin pada diri sendiri
Apa yang dia cakapkan itu tak semestinya betul. Kalau dia kata anda gemuk, well, apa salahnya kalau anda gemuk? Gemuk, gemuk pun ada je orang gemuk yang jadi artis. Siap femes lagi. Gemuk, gemuk pun ada je yang berkahwin dengan orang yang cantik. Siap dapat anak comel lagi. Jadi tak perlu anda nak merasa rendah diri dengan kata-kata orang. Mereka sebenarnya dengki dengan kelebihan anda. Anda perlu yakin bahawa anda ada keistimewaan anda sendiri. Gunakan keistimewaan dan kelebihan yang ada pada anda dengan sebaiknya.

3. Malukan dia balik
Jika anda dapat ikuti dua tips pertama saya di atas, saya percaya anda mesti berani untuk balas balik dia. Walaupun tips ketiga ini sedikit jahat, tetapi sekali sekala apa salahnya kan? (ehem!) Ambil peluang ini untuk malukan dia balik. Kalau anda ada point besar, keluarkan point tu. Tetapi pastikan point yang anda nak gunakan itu betul-betul point yang terbaik. Bagi dia sentap!


Ejek mengejek ini sebenarnya lebih kepada perang psikologi. Dalam setiap peperangan, mesti ada strategi. Jika anda rasa susah sangat tak boleh nak ikut ketiga-tiga tips saya di atas, anda pakai saja tips yang pertama tu; Abaikan saja, buat tak tahu.

Tips Untuk Berdepan Dengan Ego Lelaki

Anda wanita yang mahu memenangi ego seorang lelaki? Hakikatnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan kerana ia memang telah menjadi lumrah alam. Ciri-ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki yang normal. Ia bukanlah sifat diri yang sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah tertanamkan dalam diri setiap lelaki.

Walaupun begitu jika anda wanita yang mahu berdepan dengan lelaki sejati ini tak perlu takut sangat kerana ego lelaki bukanlah bermaksud sesuatu yang negatif semuanya. Kebanyakkan lelaki rasional dan pandai mengendali ego masing-masing.

Selain itu tips dibawah ini juga antara cara terbaik untuk berdepan dengan ego lelaki:

Dengar apa yang mereka katakan

Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya 100% tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.

Selasa, 18 November 2014

cara-cara nak pujuk lelaki yang merajuk

 Di dalam perhubungan, tidak semestinya wanita yang sering merajuk. Lelaki zaman sekarang jauh lebih sensitif dan cepat terasa dengan tidak tanduk pasangannya. Oleh itu, sebagai teman wanita yang bijak, anda harus tahu cara memujuknya.
Tahu Masa Yang Sesuai
Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus mahu memberikan penjelasan kepadanya. Bak kata pepatah, api jika bermain dengan api makin marak jadinya. Jangan terus-terusan menelefonnya kerana usaha ini akan hanya membuang masa anda. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

Buat Sesuatu Yang Menyenangkan
Kata orang, masakan wanita boleh melemahkan seseorang lelaki. Mungkin sebagai tanda maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari bersama nota maaf. Cuba hubunginya semula pada waktu malam, dia pasti sudah melupakan apa yang telah terjadi.
Tuliskan Penjelasan Anda
Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda setelah beberapa hari, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri dan letakkan pada cermin keretanya. Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda.


petanda cinta tiada

Hubungan percintaan yang sudah bertahun-tahun bertaut kadang kala tidak disedari bahawa keindahannya sudah tidak sehebat dahulu. Ketahui petanda-petanda bahawa cinta tiada lagi antara kalian berdua.

1. Tiada lagi rasa hormat kepada pasangan
Secara personal, anda selalu menganggap kekasih adalah insan yang paling baik pernah anda temui. Namun, jauh di sudut hati tiada lagi rasa kagum dan rasa bangga kerana memilikinya. Anda seakan jelik dengan kehadirannya di sisi dan tidak pernah ingin melayan dia dengan baik demi menjaga perasaannya seperti dahulu.

2. Masa bersama adalah membosankan
Jika dahulu, sehari tidak berjumpa seakan bertahun resah rasanya. Tetapi kini, setiap kali dia ajak keluar, ada saja alasan yang diberi untuk tidak bersamanya. Tiada lagi perbualan mesra dan anda ketandusan idea untuk memula bicara.

3. Segalanya menjengkelkan!
Apa saja yang dia lakukan bisa bangkit rasa benci dan marah pada dirinya. Semua serba tidak kena. Ada saja yang salah di mata anda. Jika berselisih faham, anda tidak akan segera memujuknya dan hanya membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

4. Beralih arah
Jika sudah sayang, perhatian dan keinginan tertumpu hanya kepada dia seorang. Namun apabila rasa itu sudah semakin pudar, anda tegar mencari rasa kasih itu daripada orang luar. Tanpa pengetahuan si dia, anda mempunyai hubungan sulit dan menganggap tidak salah atau takut untuk melakukannya. Malah, anda tidak kisah jika si dia juga punyai hubungan lain.

5. Tiada perhubungan secara emosi

Apa juga yang dia lakukan, anda tiada minat untuk mengetahuinya. Jika duduk berdepan, mata tidak lagi bertaut mesra. Seorang pandang ke kanan, seorang pandang ke kiri. Anda tidak berminat dengan apa juga yang dia bicarakan.