Assalamualaikum
Kembara cinta tidak hanya terhenti di sini kerana ianya di cari oleh ramai pengembara perasaan. Soal cinta itu tetap menjadi perbualan yang evergreen yang tidak akan luput walaupun ribut dan tsunami berlaku.
Ramai yang tanya acik, adakah perbuatan mereka itu salah dalam mencari cinta yang sejati ?
Pada acik itu bukan kesilapan hanya teralih arah cara mencari cinta tersebut yang kurang tepat.
Bagaimana jika kita menyukai seseorang itu ?
Pertama : Berdoalah
Berdoalah dan mengadu pada Allah apa yang telah berlaku hari ini. Berdoalah jika dia jodoh kamu maka perkenankan dan dekatkanlah dan jika dia bukan jodoh kamu maka jangan biarkan hati terus terleka dalam permainan perasaan.
Kedua : Proses Taaruf
Taaruf itu adalah proses pengenalan antara kamu dan dia. Tidak bermakna kamu perlu dating berdua-duaan tetapi boleh berlaku kamu bertanyakan pada kenalan rapat dia bagaimana dia dan jika ingin bertemu bawalah orang ketiga dan pergi tempat yang terbuka di khuwatiri timbul fitnah. Jaga jarak antara kamu dan dia.
Ketiga : Jangan terlalu berhubung
Maksud acik tidaklah hampir setiap malam bertelefon, bermesej kerana ianya akan menggangu rutin harian dia dan kita. Kita terbuai mimpi dengan mendengar pekara yang manis sahaja. Seeloknya berkomunikasi sekadarnya.
Keempat : Jika berkenan maka merisiklah dia.
Jika kamu benar rasa dialah selayaknya untuk kamu, maka merisiklah dia untuk bertanyakan bahawa dia sudah berpunya atau belum ? Jika green light dan kamu sudah bersedia maka teruskan ke alam perkahwinan.
Tetapi acik suka ingatkan bahawa cubalah betulkan niat mencintai kerana Allah. Ianya bukan sekadar lafaz tetapi ianya perlu selari dengan perbuatan ke arah tersebut.