Jumaat, 29 Mei 2015

Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari.


11355597_948253141887722_366314386_n
Ramai diantara kita yang ingin mencari cara yang cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.
kepada mereka yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan anda berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan?. Disini saya menawarkan minuman ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan.
Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
  • 8 ½ cawan air ditapis
  • 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
  • 1/2 timun, dihiris nipis
  • 1/2 lemon, dihiris nipis
  • 12 daun pudina
Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.
Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.
Timun:
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.
Halia
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
Lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
Pudina
Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.
Air
Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.

Khamis, 28 Mei 2015

Kaedah Mendekatkan Jodoh

Buka Hati dan Minda untuk Menerima Cinta
Kita hendaklah menyedari hakikat pentingnya ikatan perkahwinan untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup pada hari – hari mendatang. Kita tidak boleh melampaui fitrah dengan menafikan keperluan untuk mencintai dan dicintai. Ia merupakan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda membina ikatan perkahwinan seterusnya menjalinkan ikatan cinta sejati dengan semua ahli rumahnya.
Oleh sebab itu, bagi orang yang sudah bersedia untuk berumah tangga, bukalah minda untuk menerima cinta dan rela dirinya dicintai. Cinta itu mudah datang kepada mereka yang bersedia untuk menerima cinta, terutamanya orang yang mempunyai kemampuan. Perlu difahami, remaja yang masih bersekolah seperti gadis berusia 16 tahun tidak termasuk dalam golongan yang telah bersedia

Memberi Pandangan Makrifat
Cinta bermula daripada pandangan mata, lalu turun ke hati. pandang sekali dengan pandangan makrifat adalah harus namun pandangan yang berlebihan membawa dosa. Islam menganjurkan umatnya menundukkan pandangan pada sesuatu yang diharamkan.
Perempuan tidak suka pada lelaki yang rambang mata. Bagi mereka, lelaki sebegini gatal orangnya dan tidak akan setia. Daripada Abu Musa, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Setiap pandangan mata yang haram adalah penzina dan sesungguhnya apabila wanita itu mengenakan haruman kemudian dia berlalu menghadiri majlis, maka dia adalah penzina” (Riwayat al-Nasa’i)
Demi terpeliharanya hubungan baik antara kedua – dua suami isteri, maka agama Islam memerintahkan untuk melihat calon masing – masing. Dengan demikian, hal itu akan membawa keharmonian bagi kedua – duanya.

Fokus dan Tulus kepada Bakal Pasangan
Jangan sesekali mempermainkan perasaan orang lain dan terlalu kerap bertukar – tukar fokus memilih jodoh. Mohon bantuan Allah supaya dipertemukan dengan seseorang yang ideal untuk dijadikan bakal pasangan. Kemudian, fokus untuk memenangi hati orang tersebut dan bersikap tulus terhadapnya.
Jika malu untuk menyatakan hasrat hati, gunakan perantaraan orang tengah atau dengan cara menghantar mesej, seperti : “Ya Allah, aku sayang kepada wanita yang bernama Asiah Yusra ini, semoga dia juga akan sayang kepadaku. Peliharakanlah kami redha-Mu.”
Insyaallah dengan cara ini kita turut menghantar gelombang minda kepada bakal pasangan untuk menarik sayangnya kepada kita

Jangan Lewat Menyatakan Hasrat di Hati
Andai kata seseorang wanita meminati lelaki, luahkan dengan mengambil kira cara yang sopan santun dan tidak menjatuhkan maruah diri. Contohnya, dengan perantaraan seorang kawan yang boleh memperkenalkan diri si perempuan kepada si lelaki yang diminati. Apabila mereka dipertemukan, lelaki akan menganggap dia yang memulakan dahulu walau hakikatnya si gadis yang memulakannya.
Lelaki juga jangan terlalu lama berfikir jika sudah meminati seorang perempuan. Luahkan hasrat hati dengan bijaksana agar dapat menambat hati si gadis. Apabila lewat menyatakan hasrat, ditakuti gadis idaman dikebas orang.

Berkomunikasi dengan Mesra dan Bersemangat
kita harus menitik beratkan agar komunikasi berlaku dalam suasana yang tidak menimbulkan fitnah. Contohnya, mahram hadir bersama atau suasana berkomunikasi itu melibatkan ramai orang.
Seseorang yang pandai berkomunikasi
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan adanya hari kemudian, hendaklah dia berkata baik ataupun diam”. (Riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud : “Orang Mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, melaknat, buruk perangai dan berkata kotor” (Riwayat al – Bukhari)

Beri Tumpuan pada Persamaan dan Perkara yang Disukai Pasangan
Jika kita berbual dengan pasangan, kita perlu memastikan perbualan itu terjadi dalam suasana yang tidak menimbulkan fitnah. Beri tumpuan sepenuhnya ketika berbual. Jangan lakukan kerja lain seperti membaca buku, menghantar teks sms atau seringkali menjawab panggilan telefon bimbit
Tunjukkan keserasian dan persamaan dengan menumpukan pada Topik yang disukai pasangan. Insyaallah, pasti terdetik di hati si dia bahawa kita seorang yang mempunyai persamaan dengannya, memahami minatnya dan serasi dijadikan pasangan hidup.

Pandai dan Seronok Didampingi
Setiap orang yang ingin disayangi hendaklah menilai diri dan membuang perangai buruk yang dibenci oleh orang lain. Ambil inisiatif dan luangkan sedikit masa untuk mendampingi orang lain. Di samping masa, kadangkala kita memerlukan perbelanjaan untuk mendampingi orang lain.
Disamping itu, kita hendaklah berlapang dada didampingi orang lain. Jangan merasakan orang lain sebagai penggangu atau pencuri masa kita yang berharga. Kita hendaklah mencari jalan merasai keseronokan didampingi orang lain. Orang yang seronok didampingi dan pandai mendampingi ialah insan yang disenangi orang lain. Mudahlah dirinya untuk dicintai.

Mudah Menceritakan Hal Peribadi
Tunjukkan rasa kepercayaan kepada bakal pasangan dengan mudah bercerita tentang peribadi kerana kerana jika mudah kita bercerita hal peribadi kepadannya, semakin mudah juga dia akan bercerita hal peribadinya. Hal peribadi yang diceritakan perlulah munasabah dan tidak keterlelaluan.
Namun harus diingat bahawa berbual -bual dengan bakal pasangan tanpa tujuan dan tanpa mahram boleh menimbulkan fitnah dan boleh menjadi racun bagi hati. Suasana yang dimaksudkan mesti berlaku dalam suasana yan diizinkan syariat seperti ada mahram bersama, dalam suasana merisik perbualan itu berlaku dengan melibatkan ramai orang.

Melayani Bakal Pasangan dengan Mesra
Erti melayani disini perlu difahami dengan kaca mata agama. Melayan bakal  pasangan tidak bermakna merelakan zina mata dan hati, apatah lagi zina besar. Melayani yang dimaksudkan adalah untuk menunjukkan penerimaan, penghargaan dan penghormatan kepada bakal pasangan seperti sudah lama berkawan
Perlu dingat, selagi belum terjalin ikatan yang sah disisi syariat, kita tidak dibenarkan keluar berdua – duaan, bersentuhan, berpengangan tangan dan berbual – bual tanpa keperluan. Semua itu merupakan racun bagi hati dan akan mengakibatkan cinta menjadi sesuatu yang pedih, jijik dan jauh dari rahmat Allah. Maka, cinta itu akan menjadi cinta yang berlandaskan nafsu semata – mata

Memberi Kasih Sayang untuk Menarik Kasih Sayang Orang Lain
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah menjadikan sayang kepada Allah sebagai cinta yang paling utama. Cinta kepada Allah adalah cinta hakiki yang tidak boleh ditandingi keagungannya oleh sesiapapun dalam kalangan makhlukNya. Cinta akan Rasulullah pula cinta yang akan menyusul selepas cinta Allah.
Apabila ingin dicintai  oleh manusia, pastikan ia cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ” Kasihanilah apa yang ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada di langit.” (Riwayat Abu Daud)
Contohnya, seorang wanita sangat sayang kepada haiwan, seperti kucing. Dengan izin Allah, mungkin kucing itu boleh menjadi sebab pertemuannya dengan bakal pasangan tanpa disangka. Mungkin, merek dipertemukan kerana masing – masing cuba menyelamatkan seekor kucing dari dilanggar lori atau sebagainya. Yakinlah, orang yang mudah memberi sayang akan mudah mendapat sayang walaupun sekadar memberi kasih sayang kepada binatang!

Jangan Terlalu Jual Mahal
Seseorang wanita perlu berhikmah dalam mempamerkan dirinya sebagai mempunyai maruah dan kualiti. Dia tidak harus terlalu menyombongkan diri dengan lelaki sehingga menolak mentah – mentah apabila dilamar. jika dia tidak suka akan seseorang lelaki, maka berterus teranglah secara baik atau menyuruh lelaki berkenaan memasrahkan harapan kepada Allah s.w.t kerana apabila sudah jodoh tidak ke mana. Hakikatnya, Allah jualah yang menentukan titik pertemuan.
Wanita tidak harus terlalu mendambakan kasih sayang daripada seseorang lelaki lantaran hati sudah jatuh cinta. Dia perlu bertegas dan mempunyai pendirian, agar maruahnya tidak jatuh ke tangan lelaki. Lumrahnya, lelaki suka mengambil kesempatan terhadap wanitayang harga dirinya agak murah. Selain itu, hilanglah kualiti wanita itu dimata lelaki apabila dia terlalu “tergedik – gedik” minta dicintai!
.

Isnin, 25 Mei 2015

kawan yang tikam belakang kawan



"jangan khianati orang yang sayangkan kita &

 percayakan kita, sekali dikhianati, 

selamanya akan diingati"

Dengki dengan kawan

,burukan dia dekat orang lain
,
nanti akhirat merangkak bawah panas terik nanti

 cari kawan kita itu balik.berat azab.

kalau rasa tidak puas hati macam mana pown kat

 seseorang jangan lah sampai memburukkan kawan-

kawan lain. . jangan tuduh kawan-kawan dengan 

perkara-perkara yang dia tidak buat. .



Hati seorang sahabat yang baik dibina dengan

 kasih sayang dan tidak kenal erti khianat. Kawa

yang baik takkan mengkhianati kita dalam apa jua

 situasi.

Ahad, 24 Mei 2015

Pendam

pendamkan atau luahkan..memang satu pilihan 

yang 


sangt sukar sebenanrnya..bagi yang


 berpengalaman,pasti lebih faham apa yang mira


 cuba nak sampaikan..ada dua risiko disini..jika kita

 meminati seseorang..pasti kita sentiasa akan 



berada 

dalam dilema samada nak luahkan perasaan itu atau

 pendamkan sahaja kerana takutkan apa akibatnya..

mudah aje sebenarnya(bukan bermaksud ambil 

mudah)..hehe..hurm,kalau kita pendamkan 


perasaan ini,


 sampai bila pun si dia tidak akan mengetahui isi 


hati kita


 tu..memang mungkin dia boleh agak tapi jika dia jenis


 yang agak lurus, dan jenis x berapa sensitif dengan


 perasaan orang lain?x ke dah melepas kalau dier 


dah


 punya pilihan lain..


tahu,mungkin korang pendamkan kerana takutkan 



apa 


respon dia bila dia mengetahui yang korang ada 


perasaan terhadap dia..tapi,dari menanti jawapan

 yang x


 pasti?tak berbaloikan..better luahkan aje,walau


 susah 


camne sekalipun,maksud itu sampai..tapi jangan 



setakat 

nak girlpren boypren aje..up kan hubungan itu ke 


arah 


yang diredhaiNya..setakat kapel bagai tapi x 

kemana,

 hurm,sia2 aje..


I LOVE NIK SYAM

CINTA ITU ADALAH FITRAH

ALLAHUAKBAR
Pertama kali saya merasai perasaan seperti ini..
menyukai dan menyukai...
saya tahu menyukai seorang syabab adalah satu yang tidak baik bagi seorang pelajar yang beragama...
saya tahu memikir kan manusia itu kadang-kadang boleh menghijabkan diri saya dari mudah segala urusan dan menuntut ilmu agama

tapi fitrah iulah yang ALLAH telah tetap kan kepada semua hambanya
fitrah itulah yang menyatu kan hati-hati manusia ini dalan mengenali yang hak dan yang batil

fitrah mencintai dan di cintai

ALLAHUAKBAR..
saya tidak mampu menidakkan perasaan saya..
saya hanya meluahkan pada yang ESA sahaja..
saya mmg suka pada dia...
ALLAH timbulkan perasaan tu pada saya..

tapi saya selalu menidakkannya supaya diri saya berdiri di tapak yang benar
supaya saya stand dengan prinsip saya untuk menjadi anak yang solehah pada mak dan abah saya..

saya seorang srikandi...saya sendiri malu dengan perasaan saya.
saya tak patut untuk berperasaan seperti itu
sebab saya masih belajar..
sebab saya masih ada ummat yang dipertanggungjawab pada saya
saya masih ada seruan
amar ma'ruf nahi mungkar
saya ada allah

tapi kadang-kagang hati saya terketuk dek perasaan ini
sungguh ini lah ujian untuk saya
memendam perasaan seorang..
mengadu pada yang ESA
menahan kesakitan hati..
sebab itu semua adalah mujahadah untuk srikandi jannah

saya reflect pada diri saya semula..
saya bukan lah manusia yang baik belaka.
saya tak lah hebat seperti dia..
saya malu pada dia andai dia tahu saya bukan lah seperti dia
tidak hebat seperti dirinya

saya lagi sedih bila mengetahui peribadinya
ALLAHUAKBAR
tarikh yang sama
umur yang sama
nama yang sama

saya nampak diri saya bila terlihat dia
saya nampak diri saya selepas saya mengenal dirinya
saya nampak kesalahan saya bila dia juga bersalah seperti saya
saya juga melihat kebolehan diri saya apabila saya melihat dia

seolah-olah ALLAH memberi saya kembar seiras saya
seolah-olah ALLAH menghadiahkan manusia yang buat saya selalu muhasabah
kelemahan nya kelemahan saya
kebolehan nya kebolehan saya
kesempurnaan nya kesempurnaan saya

saya sakit menahan perasaan seperti ini..
hanya dengan menghadirkan CINTA ALLAH saya lega
saya ubati hati saya dengan mengingati janji Nya

apabila saya tahu yang dia punya hati pada yang lain..
saya menyedari itulah hak yang sebenar
lagipun dia tidak layak mengetahui perasaan sebenar saya padanya
kerana dia selayaknnya mendapat yang lebih baik dari saya

saya terpaksa meredhakan diri saya
saya kuat untuk ini,walaupun saya sakit untuk menahannya

saya kene terus kan perjuangan saya menjadi srikandi jannah
saya tidak boleh kalah dengan ujian ini..
saya kene teruskan semua perkara yang saya perlu tunaikan di atas muka bumi ini

saya pernah berjanji pada diri sendiri
utamakan yang utama
jangan utamakan yang tidak utama
yang utama itu adalah yang paling utama

perkara ini saya boleh atasi
saya mesti kuat dalam mumtaz untuk ummah
saya tak kan menoleh pada nya lagi

saya hebat kan diri saya untuk ALLAH
saya kuat kan diri saya untuk ALLAH
saya muslimah kan diri saya untuk ALLAH
saya mumtaz kan diri ini untuk ALLAH
saya buat semua nya kerana ALLAH

DAN KINI SAYA KENAL..
BAHAWA DIRI SAYA TAK SEHEBAT MANUSIA ITU
DAN SEDAR YANG SEPATUTNYA SAYA BUAT ADALAH
MENCARI REDHA ALLAH

PENDAMKANLAH UNTUK ALLAH
ALLAH.RASULULLAH.SAHABAT BAGINDA.MAK ABAH.FAMILY DAN RAKAN

ITULAH TANGUNGJAWAB SAYA YANG SEBENAR
REDHA LAAH

amirah dan adam

Assalammualaikum .mira teringin sangat nak ada doraemon macam dalam cerita nobita dekat saluran ntv7 tu . Ye lah bila ada masalah , selup je tangan dekat poket doraemon dah keluar alat bantuan . Tapi itu hanya sekadar mimpi . 

Orang selalu kata mimpi tu hanya mainan tidur . Kadang-kadang Allah beri kita petunjuk melalui mimpi . Di setiap mimpi membawa sesuatu petanda . Namun , adakah mimpi tu jadi kenyataan ? Orang pulak kata biar mimpi sampai ke bintang .

Adam ,mira terlalu rindukan Adam . mira sedar kita hanya sebagai kawan . Tetapi selama 1tahun kita berkawan macam-macam kita tempuhikan awak ? Suka duka semua kita tempuhi bersama . Awak ingat lagi tak janji-janji kita dulu ?

Awak , awak ingat lagi  tak awak pernah bagi saya baju ? Awak suruh saya pakai kan ? Awak nak tengok . Hari tu saya dah pakai tapi saya tak bagitahu awak pun kan yang saya dah pakai baju yang awak bagi tu . Sebap kita dah tak macam dulu . 

mira ingat lagi pesanan Adam. Awak cakap kalau rindukan awak tidur dengan baju yang awk beri tu kan . Awak , saya terlalu rindukan awak ! Malam yang lepas saya tidur dengan baju awak bagi tu . Saya rindu nak dengar suara awak , gelak tawa awak . mira nak telefon Adam , tapi mira takut mira menggangu Adam.

Awak , malam tadi saya mimpikan awak ! Awak datang dalam mimpi saya . Saya mimpi awak mintak maaf dekat saya . Awak sedar akan kesilapan awak serta awak kembali ke pangkuan saya balik . Masa saya mimpikan awak , saya terasa awak dekat sangat dengan saya .

Awak , apakah maksud disebalik mimpi tu ? Adakah akan jadi kenyataan atau sebaliknya ? Kalau sebaliknya subhanaallah . Nenek mira kata kalau kita mimpikan seseorang tu orang tu ingat dekat kita . Adakah Adam ingat mira?

Lepas mira mimpi Adam , miraterus hantar mesej dekat Adam kan . Itu pun kalau Adam sudi baca mesej mira . Adam , mira betul-betul rindukan Adam . Rindu nak dengar Adam nyanyi lagu 'Menatap Matamu' dekat mira . Rindu nak dengar Adam cakap 'I love you' . mira rindukan semuanya . 

adam  tak pernah pernah putus doa mira agar hubunggan kita kembali seperti dulu .adam , mira masih disini . Ditempat yang sama . mira sunyi tanpa Adam . Hati mira tetap untuk Adam . Semoga Adam akan kembali seperti 'Adam' yang mira kenal dulu .

mira  nak sangat hubunggan kita okay seperti dulu . Gelak ketawa kita bersama . Segala masalah kita kongsikan bersama . mira nak adam sentiasa di sisi mira seperti dulu . Semoga hubunggan kita akan seperti dulu . Amin . 


Setiap perhubunggan pasti ada masalah , setiap masalh mengajar kita berfikiran dengan lebih matang . Keimanan dan kesabaran merupakan benteng sebuah cinta yang suci . I miss you superman . Assalammualaikum .

Kamu Tahu Kamu Jatuh Cinta Dalam Diam Bila.

Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila..

Saat kamu terpandang si dia hati kamu rasa tersentuh. Sesuatu yang kamu tak rasa bila pandang orang lain. Mungkin pada wajahnya kamu nampak sesuatu yang kamu cari selama ini. 

Saat kamu memandang si dia kamu rasa sebenarnya tak nak pandang tempat lain dah tapi tak boleh pandang si dia lama-lama takut terkantoi. hiuhiuhiu..

Saat kamu berada dengan dia kamu ada perasaan yang selesa bila si dia ada berdekatan. Rasa macam, please stay, don't go.

Saat dia berada dengan kamu, kamu hargai setiap saat yang dapat kamu luangkan dengan dia walaupun si dia tak tahu dalam diam kamu ada perasaan terhadapnya.

Saat dia memanggil nama kamu, kamu rasa terkedu sebentar.

Saat dia ketawa, kamu tersenyum sendirian betapa kamu suka dengar gelak tawanya.

Saat mendengar suaranya sahaja mampu membuatkan kamu tersenyum. Eleh suka lah tu sebenarnya kan?

Saat kamu melihat wajahnya suram, gusar,risau, kamu rasa macam nak aje pergi padanya tanya dia ok ke tak. Tapi kamu tak mampu. Kamu hanya mampu berharap dia okey.

Saat kamu tidak dapat melihat dia, kamu rasa tak keruan. Rindu semuanya tentang dia.

Saat kamu tahu kamu tidak begitu rapat dengannya tetapi kamu ada perasaan sayang padanya.

Saat kamu ingin mengetahui tentangnya, kamu stalk hampir semua benda yang kamu boleh stalk tentang dia. Kalau boleh semua benda tentang dia kamu nak tahu. Lepas kamu tahu banyak tentang dia, kamu berlagak seperti tidak tahu apa-apa tentang dia padahal kamu mengagumi dirinya.

Saat kamu tertanya-tanya ada sesiapakah dihatinya? Mungkinkah ada ruang dihatinya untukmu? Mungkinkah?

Saat kamu memandangnya kamu melihat dia mempunyai ciri-ciri untuk menjadi isterimu dan ibu kepada bakal anak-anakmu (jika kamu lelaki dan begitulah sebaliknya jika kamu perempuan)

Jika kamu lelaki, barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa mahu melindunginya. (macam Harris dalam Ombak Rindu. Dialog: izinkan abang jadi pelindung Izzah. T__T  aww~ terharu.)Jika kamu perempuan barangkali melihat si dia membuatkan kamu rasa ingin menjaganya. ececececeeee... so sweet~

Kamu selalu teragak-agak untuk meluahkan isi hati kamu. Jika kamu lelaki, mungkin kamu risau jika perasaanmu ditolak. Jika kamu perempuan mungkin kamu malu giler untuk memulakan langkah pertama.Yelah, sebab macam perigi cari timba kan orang kata.

Kamu risau jika kamu tidak layak untuknya. Kamu mahu mendekatinya tetapi kamu seolah kaku apakah terlalu awal untuk memulakan?

Kamu bagitahu semua rakan yang rapat denganmu dan ahli keluarga kamu siapa yang ada dalam hati kamu tetapi kamu tiada keberanian untuk meluahkan isi hati kamu pada si dia.

Kamu tahu kamu jatuh cinta dalam diam bila membaca entri ni, ada seseorang terlintas di fikiran kamu.

x

Jika Dia Bukan Jodohku?

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,
“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.