Selasa, 24 November 2015

5 Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda

Bagaimanakah caranya untuk anda tahu adakah seseorang itu menyukai anda? Mungkinkah dari gerak geri badannya? Mungkinkah dari cara si dia bercakap? Atau mungkinkah dari cara si dia melayan anda?
Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda yang lazimnya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang, iaitu:
1. Orang itu akan berpeluh – Anda akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula anda ingat dia menyukai anda pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai anda.
2. Senyum sorang-sorang – Setiap kali bila anda lalu dekat dengan dia je, anda akan perhatikan yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali anda lalu je, nampak dia tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang.
3. Sweet talker – Bila dia bercakap dengan anda, dia akan cakap perkara yang baik-baik je. Anda pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.
4. Jantung berdegup kencang – Jantung anda akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab anda nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang membuatkan diri dalaman anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.
5. Mudah berangan – Dan akhir sekali adalah, dia mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je wajah anda. Bila anda tanya, tak menyahut. Anda lambai-lambai depan mata dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul menyukai anda sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri anda.
So itulah di antara lima tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menyukai anda. Si dia akan berpeluh-peluh, senyum sorang-sorang, sweet talker, jantung anda akan berdegup kencang dan akhir sekali si dia akan berangan bila bercakap dengan anda.

Rahsia Tarikh Lahir

Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir

Sebagai contoh, kami ambil tarikh bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.
Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2
Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?

Maksud Nombor Tarikh Lahir

Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:
Nombor Tarikh Lahir: 1
Kekuatan:Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan
Nombor Tarikh Lahir: 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:Adi Putra, Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna
Nombor Tarikh Lahir: 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby
Nombor Tarikh Lahir: 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
Nombor Tarikh Lahir: 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears
Nombor Tarikh Lahir: 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ‘6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ‘6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver
Nombor Tarikh Lahir: 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson
Nombor Tarikh Lahir: 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda
Nombor Tarikh Lahir: 9
Kekuatan:Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan:Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley

Hasil Pengiraan dan Potensi Diri

Daripada penerangan di atas, bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, mempunyai Nombor Tarikh Lahir, 2. Mereka adalah dari golongan yang mahir dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Mereka dilahirkan sebagai seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan.
Malangnya kelemahan mereka adalah mereka mendengar nasihat, tetapi tidak dikuti. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah. Walau bagaimanapun yang bagusnya ialah kelemahan seperti ini boleh diperbaiki dengan mempelajari cara untuk meningkatkan keyakinan diri kerana orang-orang hebat seperti Adi Putra, Bill Clinton, dan Madonna adalah orang dari golongan nombor 2.
Bagaimana pula dengan anda? Dari pengiraan Rahsia Tarikh Lahir di atas, anda berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana satu? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.

Khamis, 12 November 2015

rahsia keyakinan diri

Beberapa minggu lalu saya ada ceritakan tentang hasrat saya untuk berkongsi beberapa tips mengenai keyakinan diri. Keyakinan diri yang saya maksudkan bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi cabaran dan mencipta kejayaan.
Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu dimiliki oleh semua orang. Ada banyak keadaan atau situasi yang boleh menggugat keyakinan diri kita. Contohnya kalau kita selalu gagal atau pernah gagal, kita akan takut untuk mencuba. Ini menunjukkan keyakinan diri kita untuk menebus kegagalan itu adalah teralu rendah atau langsung tidak ada.
Ada orang yang selalu diejek dan diperlekehkan. Ini membuat mereka rasa rendah diri, tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri malah membenci diri mereka sendiri.
Ada orang yang terlalu selesa berada di dalam kawasan yang selamat bagi mereka. Jika mereka tidak pernah bersuara dalam mesyuarat atau perbincangan, mereka kekal tidak bersuara dan hanya memendamkan pendapat mereka. Jika mereka tidak pernah berniaga, mereka kekal makan gaji walaupun mereka sudah lihat 1001 sebab mengapa perniagaan boleh membantu mereka mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.
Ada orang yang banyak idea tetapi tidak berani untuk menulis disebabkan bimbang karyanya tidak disukai orang. Keyakinan diri orang begini sangat rendah hingga dia sendiri memandang rendah terhadap karyanya sendiri.
Ada orang yang tidak pernah mengecap kejayaan besar yang boleh dibanggakan.  Lalu mereka sangka kejayaan bukanlah untuk mereka. Dalam erti kata lain, mereka seolah-olah percaya mereka telah lahir untuk gagal.

Insyaallah, minggu depan saya akan mula kongsikan beberapa tips keyakinan diri yang biasa saya kongsikan bersama peserta program saya. Malah saya juga ada lakukan sedikit kajian tambahan untuk kongsikan bersama anda beberapa tips dan petua untuk meningkatkan keyakinan diri. Di bawah, kita akan mulakan dengan 3 rahsia keyakinan diri.  Mengapa saya kata rahsia? Kerana…….. rahsianya ada di bawah.
Mungkin ada berpuluh-puluh atau beratus-ratus rahsia keyakinan diri.  Namun saya mahu berkongsi 3 rahsia keyakinan diri yang saya amalkan selama ini. Bagi saya, dengan keyakinan diri, kita akan mampu menghadapi apa jua cabaran, berani meluahkan pendapat atau pandangan di hadapan sesiapa sahaja dan mampu mencabar kebolehan dan keupayaan diri kita sendiri ke tahap yang lebih hebat.
Jika anda tidak pernah dengar tentang 3 rahsia ini, jangan bimbang. Ini kerana ia ditulis oleh saya sendiri berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pengalaman saya sendiri. Jadi besar kemungkinan anda belum pernah membacanya di mana-mana.
Mari kita mulakan dengan rahsia yang pertama.

“RAHSIA PERTAMA – Orang lain tidak tahu yang anda tidak yakin.”

Hmm..apa maksudnya.
Begini, apabila anda rasa tidak yakin dengan diri anda terutamanya semasa berucap di depan khalayak ramai, semasa menghadiri temuduga, semasa berdepan dengan ‘boss’, semasa bermesyuarat, semasa menduduki peperiksaan dan sebagainya, orang lain tidak tahu yang anda sedang tidak yakin. Mereka lihat anda seperti biasa sahaja.
Mengapa anda perlu tahu perkara ini? Jika anda rasa orang tahu atau nampak yang anda tidak yakin…..  rasa berdebar, gugup dan gementar anda akan menjadi-jadi. Padahal, orang lain tidak sedar keadaan anda itu. Saya beri satu contoh.
Katakan Ahmad sedang menghadiri satu temuduga terbuka. Semasa sampai di tempat temuduga, Ahmad lihat ramai graduan yang berpakaian segak dan kemas bersedia untuk temuduga tersebut. Ahmad merasa berdebar. Semangat dan keyakinan dirinya sangat rendah ketika itu. Apabila Ahmad melihat graduan lain kelihatan begitu yakin sekali, Ahmad merasa rendah diri. “Kenapa semua orang nampak hebat dan yakin sedangkan aku takut macam nak pengsan ni?”
Perasaan itu membuat keyakinan diri Ahmad semakin menurun dan perasaan gementarnya semakin menjadi-jadi. Ahmad rasa seolah-olah semua orang boleh lihat wajahnya yang cemas dan gayanya yang tidak yakin. Akhirnya, Ahmad gagal menjawab soalan temuduga dengan baik dan gagal mendapat pekerjaan tersebut. Cerita tamat.
Berdasarkan cerita ini, saya ada soalan untuk anda.
  • Soalan pertama, adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin?
  • Soalan kedua, bagaimanakah rahsia pertama ini dapat membantu anda?
**********************************************************************
Rahsia 1.1
Sudahkah anda fikirkan mengenai soalan saya semalam? Adakah ada pasti dengan jawapan itu atau masih ada rasa-rasa ragu? Hmmm… mari saya kongsikan jawapan saya sendiri.
Soalan pertama: Adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin? Saya percaya bahawa orang lain tidak nampak jika anda sedang tidak yakin. Rasa tidak yakin tidak mudah kelihatan sebenarnya. Sebagai contoh, jika anda lihat penyanyi yang bakal membuat persembahan, mereka selalunya kelihatan tenang dan yakin padahal banyak ketikanya mereka rasa sangat berdebar, gementar dan takut. Begitu juga jika anda lihat penceramah atau ‘trainer’ professional sebelum mereka berikan ceramah. Mereka kelihatan yakin dan tenang walaupun dalam diri mereka ada sedikit rasa bimbang (jika tidak dapat berikan ceramah yang baik) atau takut (jika ceramah tidak mendapat sambutan).
Oleh kerana sukar untuk orang lihat rasa tidak yakin diri kita, kita secara normalnya akan kelihatan seperti orang yang yakin. Jika kita berada di dalam mesyuarat atau hendak memberi ucapan, ingat bahawa orang tidak nampak rasa tidak yakin diri kita itu. Jadi, berlagaklah seperti orang yang yakin.
Saya masih ingat pengalaman saya menghadiri temuduga untuk bekerja dengan PriceWaterHouseCoopers Chartered Accountant (Sebuah Syarikat Perakaunan terbesar di dunia) pada tahun 2000. Ketika saya sampai di tempat temuduga, saya lihat lebih seratus graduan (hampir 200 sebenarnya) ada di sana. Mereka berpakaian sangat segak, kemas dan hebat. Majoritinya ialah graduan berbangsa Cina kerana jawatan ini banyak disandang oleh mereka. Entah kenapa saya terus rasa rendah diri, takut dan gementar. Rasa kerdil sungguh diri saya ini (walaupun saya berbadan besar ) dan rasa seperti tidak ada harapan untuk berjaya. Namun, saya sebaik mungkin cuba menyorokkan rasa takut dan gementar itu.
Setelah tamat 3 peringkat temuduga, saya adalah antara 26 graduan yang berjaya mendapat pekerjaan. Semasa kursus induksi, saya berbual dengan beberapa sahabat baru terutamanya yang berbangsa Cina. Saya beritahu mereka “korang ni semua masa temuduga nampak menakutkan betul. Nampak betul-betul macam eksekutif yang dah ada pengalaman bertahun-tahun. Rasa macam tak ada harapan je nak dapat kerja ni.”
Apa yang menariknya ialah mereka ceritakan bahawa mereka juga rasakan perkara yang sama iaitu takut, gementar dan rendah diri. Padahal saya langsung tidak nampak itu semua. Lebih memeranjatkan saya, hampir semua kawan-kawan saya itu berkata (lebih kurang macam ni) ”I tengok muka you  lagi menakutkan la Osman. I ingat you ni memang manager kat sini!”

Tergelak saya mendengar komen itu. Di situ saya faham bahawa “kalau kita rasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain, dalam masa yang sama mungkin orang juga sedang merasa rendah diri semasa melihat kehebatan diri kita.” Jadi, mengapa perlu takut dan rasa tidak yakin?
Jadi, pengajaran pertama yang perlu kita ingat ialah walaupun kita sedang merasa begitu berdebar dan kurang keyakinan diri, jangan terlalu risau.  Orang lain tidak dapat melihatnya. Jika kita berlagak bersahaja, orang pasti nampak yang kita adalah orang yang yakin dan bersemangat tinggi.
Namun pasti ada yang tidak berpuas hati dengan pendapat saya ini. Kata mereka “Habis, yang tak yakin sampai menggeletar, menggigil dan tergagap-gagap tu, takkanlah orang tak nampak?” Hmmmm…..  apa pendapat anda?
**********************************************************************
 Rahsia 1.2
Bagaimana dengan soalan saya semalam? Sudahkah anda fikirkan?
Saya tidak nafikan bila kita rasa terlalu tidak yakin dan takut, ia boleh kelihatan melalui gerak-geri tubuh kita. Tangan kita mungkin menggeletar, suara tersekat-sekat dan fikiran rasa bercelaru. Namun, ini semua selalunya disebabkan rasa tidak yakin itu terlalu menguasai diri kita.
Jika kita rasa takut dan tidak yakin, kemudian kita asyik fokuskan fikiran kita ke arah itu, rasa itu akan semakin kuat dan menjadi-jadi. Kalau kita takut nak bercakap di depan khalayak ramai dan takut jika kita nampak menggeletar, perasaan itu akan semakin menjadi-jadi. Akibatnya, keluarlah semua masalah yang kita sebutkan tadi.
Apa yang ingin saya katakan melalui rahsia pertama ini ialah orang tidak nampak yang kita tidak yakin,kecuali…. jika kita sendiri yang menunjukkannya dengan jelas.
Begini, bila kita berhadapan dengan situasi yang boleh membuat kita rasa takut dan tidak yakin, tarik nafas dalam-dalam dan fikir, “orang lain nampak aku ‘confident’ dan bersemangat!” . Bila kita buat begini, kita akan jadi lebih tenang. Fokuskan kepada cara berfikir begini.
Dalam masa yang sama, jika kita ada masalah tangan menggeletar (yang tidak boleh kita kawal), elakkan daripada membuat aktiviti yang boleh menampakkan tangan kita yang menggeletar itu. Cuba sorokkan tangan yang menggeletar itu dengan cara yang tidak terlalu kelihatan (seperti letak dalam poket dan gerakkan sekali-sekala mengikut mesej yang disampaikan). Satu perkara lagi, jika kita ada masalah tangan menggeletar ketika bercakap di hadapan khalayak ramai, janganlah pegang kertas atau objek yang boleh nampak jelas ‘getarannya’. Kalau nak guna microphone pun, cuba usahakan supaya ada tempat letaknya. Jadi kita tidak perlu pegang.
Masalah menggeletar ini selalunya boleh diatasi dengan latihan dan percubaan yang berterusan. Percaya atau tidak saya sendiri ada masalah ini sebelum ini. Apabila saya praktikkan cara ini dan terus membuat latihan dan persembahan, ‘tangan menggeletar’ itu hilang dengan sendirinya.
Selamat mencuba.
**********************************************************************
Rahsia 1.3
Dalam posting yang lepas, saya telah berikan dua soalan mengenai keyakinan diri. Soalan-soalan itu ialah
  • Soalan pertama, adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin?
  • Soalan kedua, bagaimanakah rahsia pertama ini dapat membantu anda?
Saya telah bincangkan mengenai soalan pertama. Mari kita bincangkan mengenai soalan kedua. Mengapa dengan mengetahui bahawa orang lain tidak dapat melihat yang anda tidak yakin boleh membantu meningkatkan keyakinan diri anda? Hmmm…. berbelit-belit pula rasanya ayat ini. 
Begini. Apabila kita rasa tidak yakin diri, kita rasa lemah, malu dan tidak dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri kita. Lebih buruk lagi, kita akan rasa seolah-olah satu dunia dapat melihat kelemahan diri kita. Ini membuat keyakinan diri kita semakin jatuh. Hakikatnya, orang lain tidak dapat melihat kelemahan dan rasa tidak yakin itu tadi. Jadi dengan menyembunyikan rasa tidak yakin itu sahaja, kita akan terus kelihatan sangat yakin dan bersemangat!
Ini adalah beberapa perkara yang perlu kita ingat jika kita sedang merasa tidak yakin.
  • Jangan sebut atau beritahu orang yang kita tidak yakin, tidak pandai atau tidak hebat. Contohnya, jika kita sedang memulakan ucapan, jangan mulakan dengan “Saya sebenarnya tak berapa bersedia ni, baru disuruh buat presentasi ni semalam”, atau “maafkan saya, bahasa Inggeris saya teruk sikit”. Tujuan kita kata begini selalunya ialah untuk melindungi diri kita agar orang faham kenapa ucapan atau presentasi kita tidak bagus. Tetapi apa yang buruknya, selepas berkata demikian, orang lain akan segera nampak rasa tidak yakin diri kita itu. Malah, orang lain akan mula mencari kelemahan dan kekurangan dalam ucapan dan presentasi kita.Apabila kita rasa tidak yakin semasa belajar, mengulangkaji atau semasa menghadapi peperiksaan, jangan bercakap tentang rasa tidak yakin itu. Berlagak atau berlakon seperti yang kita sedang merasa yakin (kenang kembali pengalaman di mana kita merasa yakin dan tiru semula apa rasanya semasa yakin itu). Apa yang kita buat ini akan menimbulkan rasa yakin dalam diri lalu meningkatkan kebolehan kita untuk mengulangkaji atau menjawab soalan peperiksaan.
  • Jangan asyik ingatkan diri kita bahawa kita tidak yakin. Saya selalu mendapat soalan daripada pelajar atau orang dewasa mengenai masalah yang mereka rasa tidak yakin dengan kebolehan diri mereka.  Mereka ini berulang-ulang kali mengatakan bahawa mereka tidak yakin. Sedar atau tidak, bila kita kata kita tidak yakin, kita sedang mengarahkan minda kita untuk merasa tidak yakin. Jadi…… betul-betul lah tidak yakin rasanya.
  • Mulai hari ini, setiap kali kita rasa tidak yakin, jangan sebut kuat-kuat. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan bayangkan bagaimana agaknya rupa dan kelakuan kita kalau kita sedang merasa yakin. Ini akan melatih minda kita supaya fokus kepada keadaan keyakinan diri yang tinggi. Selamat mencuba.[/toggle]
RAHSIA KEDUA
Rahsia keyakinan diri yang kedua ialah ‘keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk’. Hmm…. apa maksudnya?
**********************************************************************
Biasanya apabila seseorang mengeluh tentang keyakinan diri mereka yang rendah, mereka seolah-olah rasa bahawa sifat itu diwarisi daripada ibu bapa.  Jika kita datang daripada keluarga yang bahagia, berjaya dan hebat, kita akan mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Begitu juga sebaliknya. Benarkah begitu? (Tentu anda teka tidak benar kan? Tetapi apa buktinya?)
Sebagai contoh, disekeliling kita banyak kisah di mana seorang penceramah atau ketua yang hebat bermula daripada seorang yang sangat lemah semangat dan tidak berkeyakinan. Saya ada kenal beberapa trainer dan personaliti yang pada zaman kanak-kanak dan remaja sangat pemalu dan tidak yakin diri. Tetapi, mereka bertukar menjadi seseorang yang hebat, petah berkata-kata dan jelas dalam menyampaikan mesej mereka.
Kita perlu ingat bahawa keyakinan diri adalah sama seperti kemahiran lain yang boleh kita kuasai. Jika kita mahu pandai tunggang basikal, kita mesti berlatih dan terus mencuba kan? Kalau kita mahu pandai memasak kita kena selalu memasak kan? Begitu juga dengan keyakinan diri. Semakin kita berlatih untuk meningkatkan keyakinan diri, semakin tinggi tahap keyakinan diri kita.
Berita baik yang kita boleh perolehi daripada rahsia kedua ini ialah jika kita sekarang ada masalah keyakinan diri, ia boleh diatasi dan diselesaikan. Maksudnya, tahap keyakinan diri kita boleh ditingkatkan.
Jadi hari ini jerit kuat-kuat dalam hati kita, “Aku pun ada keyakinan diri yang tinggi jugakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!”
**********************************************************************
Rahsia 2.1
Setelah kita tahu rahsia bahawa keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk, apakah yang patut kita lakukan? Banyak perkara.
  • Pertama, teruskan mencuba dan mencuba. Kalau kita tidak yakin hendak bersuara, cuba bersuara. Dalam masa yang sama, walaupun ada rasa takut, biarkan sahaja dan kawal rasa takut itu dengan fokus kepada apa yang kita mahukan. Contohnya jika kita rasa takut hendak berucap, kawal rasa takut dengan fokus kepada memori yang menggembirakan dan  mungkin juga kita boleh fokus kepada wajah-wajah yang ceria di hadapan kita.
  • Akui kelemahan (kepada diri sendiri, bukan dengan menyebutnya di depan orang lain) dan cari jalan untuk mengubahnya. Contohnya, semasa hendak berucap di depan khalayak ramai, kita akan rasa takut dan rendah diri kerana takut dikutuk atau diketawakan. Kita bimbang orang nampak kelemahan kita. Nasihat saya, jangan bimbang orang lihat kelemahan kita. Sebaliknya, selepas tamat berucap (jangan tanya semasa baru mula berucap atau sedang membuat ucapan), tanya pendapat orang yang mendengar ucapan kita tentang perkara-perkara yang boleh kita majukan. Walaupun komen begini selalunya menyakitkan hati dan telinga, ia sangat hebat untuk menolak kita terus maju jauh ke depan.
  • Cari sebanyak mungkin peluang untuk melatih dan mengawal rasa tidak yakin. Rasa takut dan tidak yakin diri boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira kebolehan atau pengalaman. Saya sendiri walaupun sudah banyak pengalaman bercakap di khalayak ramai, pada situasi tertentu masih merasa begitu berdebar dan kurang keyakinan diri. Namun saya terus berlatih dan belajar untuk mengawal perasaan itu semua dengan membayangkan kesudahan yang saya mahukan. Jika saya mahu ucapan saya berakhir dengan tepukan yang kuat, saya akan fokus kepada bayangan itu. Jika saya mahu ‘training’ saya berakhir dengan peserta datang mengucapkan tahniah atau memberi testimoni yang baik, saya akan fokuskan kepada bayangan itu juga. Hasilnya, rasa tidak yakin berkurangan dan bayangan itu menjadi kenyataan. 
Selamat mencuba.
Rahsia 2.2
Rahsia 2.2 ini ialah satu rahsia dalam rahsia. Hmmm… seronok pula dengar bunyinya. Apakah yang saya maksudkan dengan rahsia dalam rahsia?
Begini. Semasa kita berlatih untuk memupuk semangat dan keyakinan diri, kita akan mula-mula sekali hadapi banyak kegagalan. Kita akan hadapi pelbagai rintangan yang boleh menjatuhkan semangat dan keyakinan diri kita.
Contohnya, dalam usaha menjadi seorang trainer atau ‘public speaker’, kita dicemuh, dikutuk atau disindir kerana kurangnya kemahiran dan kecekapan. Kita juga diberi komen yang memanaskan telinga seperti, ‘kalau bagi ucapan begini, adik saya pun lebih bagus’, ‘ cara penyampaian hancur, asyik tergagap-gagap sepanjang ceramah’ atau ‘persembahan huru-hara, macam kerja last minute’.
Jangan terkejut jika kebanyakan trainer dan public speaker pernah mendapat komen-komen sebegini termasuk saya sendiri. Apa yang perlu dilakukan agar semangat dan keyakinan diri kitakekal utuh dan tidak jatuh?
Ingat teknik ini. Setiap kali selesai melakukan sesuatu, imbas kembali apa yang telah dilakukan. Tapi perlu ingat, kita mesti mengimbas perkara-perkara baik dan kenangan-kenangan manis yang berlaku terlebih dahulu. Ini kerana ada kajian mengatakan bahawa jika kita selalu kenang sesuatu, ia akan berlaku semula. Maksudnya, jika kita kenang dan imbas apa yang kita lakukan dengan baik, kita akan ulangi melakukan perkara baik itu.
Sesiapa yang tidak tahu teknik ini akan selalu mengenang apa yang mereka tidak suka terlebih dahulu. Contohnya mereka kenang kembali dan berfikir, ‘kenapa la aku tergagap-gagap tadi?’, ‘malu betul bila penonton tak gelak bila aku buat lawak tadi’ atau ‘kenapa la aku asyik lupa je apa nak cakap,’.
Bila kita imbas dan kenang perkara-perkara begini, seperti kata kajian tadi, ia pasti akan berulang. Ucapan kita yang seterusnya pasti akan dipenuhi masalah gagap, lawak tak menjadi dan lupa isi yang hendak diperkatakan.
Esok saya akan terangkan dengan lebih lanjut bagaimana cara mengenang kembali apa yang perlu dilakukan selepas selesai melakukan sesuatu. 
p/s Rahsia dalam rahsia kerana ramai orang tahu untuk yakin perlu berlatih tetapi tidak ramai tahu cara berlatih dengan betul dan berkesan agar semangat kekal utuh dan tidak jatuh.

Minggu lepas saya ada terangkan bahawa apa yang kenang akan berlaku semula. Maksudnya, selepas kita melakukan sesuatu, jika kita kenang kegagalan, kegagalan akan berulang semula. Begitu juga sebaliknya. Ini adalah 3 langkah yang perlu diambil untuk memupuk semangat dan keyakinan diri yang tinggi.
  • Pertama, selepas melakukan sesuatu seperti peperiksaan, ucapan atau presentasi, fikirkan atau kenang kembali apa perkara baik yang telah kita lakukan. Lihat semula di dalam minda semua perkara baik dan menyeronokkan. Mungkin kita lihat ramai penonton ketawa atau tersenyum semasa mendengar ucapan kita tadi. Mungkin apa yang kita rancangkan semuanya menjadi. Kenangan ini akan menimbulkan rasa seronok dan tenang di dalam hati. Pastikan kita dapat rasa keseronokan ini semasa melakukan aktiviti ini.
  • Kedua, fikir begini, “apa yang boleh aku buat untuk majukan lagi persembahan tadi?”. Berfikir begini tidak menjatuhkan semangat diri kita. Kita sekadar mahu mencari jalan untuk memperbaiki dan meningkatkan kehebatan dalam apa yang kita lakukan. Jadi ketika ini, cuba fikirkan semula apakah perkara yang tidak bagus berlaku semasa aktiviti tadi. Ini dilakukan dengan hati ceria dan niat untuk memperbaikinya agar ia jadi lebih baik dan menyeronokkan.

  • Ketiga, tuliskan apa perubahan dan kemajuan yang perlu dilakukan. Lebih baik lagi, cuba lakonkan terus perubahan yang kita mahukan. Contohnya jika kelemahan semasa aktiviti tadi ialah tergagap-gagap semasa menyebut sesuatu, cuba sebut semula perkataan-perkataan itu dengan lancar, tenang dan yakin. Insyaallah jika ia dilakukan dengan hati ceria dan niat memajukan diri, perubahan itu akan berlaku dengan mudah.
Selamat mencuba
**********************************************************************
RAHSIA KETIGA
Rahsia keyakinan diri yang ketiga ialah, jika kita mahu meningkatkan keyakinan diri, kita perlu ’suka dan cintakan diri kita sendiri’. Hmmm…. harapnya rahsia ini tidak pelik bunyinya. 

Begini, rasa rendah diri selalu datang daripada orang yang rasa dirinya tidak berharga, tidak bijak, tidak berkebolehan dan tidak istimewa. Apabila berdiri di depan khalayak ramai, mereka rasa diri mereka tidak hebat berbanding dengan orang-orang yang berada di depan mereka lalu mereka rasa kurang yakin. Mereka juga rasa mereka kurang pengalaman lalu keyakinan diri jatuh ke lantai, tidak boleh diangkat lagi.
Orang yang mengalami rasa rendah diri juga selalu gagal melihat kekuatan yang ada di dalam diri mereka. Mereka terlalu fokus kepada kelemahan dan kegagalan mereka pada waktu lalu. Contohnya, ada pelajar di universiti yang merasa sangat rendah diri hingga gagal menyerlah dan gagal mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Padahal, pelajar ini dulunya adalah seorang pelajar yang sangat cemerlang di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Ramai orang dewasa yang merasa rendah diri kerana belum mencapai kejayaan atau kekayaan. Akibatnya, kejayaan dan kekayaan menjadi semakin sukar diperolehi.
Jika kita suka dan cintakan diri kita, kita akan mula memandang pada kekuatan dan kehebatan dalam diri kita sendiri. Ini tidak bermaksud kita berbangga diri, sombong dan mahu menunjuk-nunjuk. Tokoh-tokoh yang berkeyakinan tinggi tidak mempunyai sifat negatif begitu. Apa yang dimaksudkan melalui rahsia ini ialah apabila kita sudah mula menghargai kekuatan dan kehebatan diri dengan cara suka dan cinta kepada diri sendiri, kekuatan dan kehebatan itu akan semakin menyerlah (baca beberapa kali ayat ini untuk memahaminya).
Mari kita uji sama ada kita suka dan cintakan diri kita atau tidak melalui beberapa soalan di bawah:
  1. ika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
  2. Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?
  3. Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang lain, adakah anda mula merasa rendah diri?
Apa kata anda jawab 3 soalan ini dahulu dan saya akan terangkan mengapa saya berikan soalan ini esok. Selamat menjawab.
**********************************************************************
Rahsia 3.1
Saya sudah terangkan bahawa rahsia keyakinan diri yang ketiga ialah ’suka dan cintakan diri kita sendiri’. Saya juga telah berikan 3 soalan untuk anda fikirkan. Sudahkah anda fikirkan? Mari saya terangkan mengapa saya tanya soalan tersebut.
1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
Soalan ini bukan bertujuan untuk memerangkap atau mengena. Kebanyakan orang apabila ditanya soalan begini, mereka mula fikir tentang siapa yang mereka mahu jadi. Tidak salah mahu jadi seperti orang yang hebat. Namun, kita mesti ingat, soalan ini bertanya sama ada kita mahu jadi orang lain. Jika kita mahu, ia bermakna kita tidak berapa suka atau cintakan keadaan diri kita sekarang. Sebab itulah kita mahu jadi orang lain.
Ini berbeza dengan rasa ingin berubah. Orang yang ingin berubah kepada sesuatu yang lebih baik masih sukakan diri mereka. Tidak kira apa kerja mereka, apa pangkat mereka, apa kekurangan mereka, mereka tetap sukakan diri mereka sendiri. Cuma mereka mungkin mahu mengubah diri mereka kepada yang lebih baik. Orang yang tidak berkeyakinan diri pula tidak sukakan diri mereka dan kalau diberi pilihan, pasti mereka mahu jadi orang lain.
Mulai hari ini, cuba fikirkan sekali lagi, adakah kita mahu bertukar menjadi orang lain? Kalau ada satu kejaiban di dunia ini yang boleh menukarkan kita kepada orang lain, mahukah kita? Jika anda kata anda tidak mahu dan anda masih mahu menjadi diri anda walaupun masih belum mencapai kejayaan besar dalam hidup, itu tandanya anda suka dan cintakan diri anda. Jika itu yang anda percaya, saya juga percaya bahawa anda adalah orang yang bersemangat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.[/toggle]
**********************************************************************
Rahsia 3.2
Soalan saya yang seterusnya ialah ‘Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?’
Percaya atau tidak, kebanyakan orang tidak dapat melihat kecantikan diri mereka yang tersendiri. Disebabkan mereka selalu membandingkan kecantikan mereka dengan orang-orang berstatus model,  mula wujud rasa benci dan tidak suka kepada rupa dan keadaan diri mereka sendiri. Jadi, setiap kali melihat ke dalam cermin, mereka ini selalu mencari dan terlihat keburukan dan kekurangan pada wajah dan tubuh badan mereka.
Orang-orang yang begini selalu menunggu situasi dan waktu yang sesuai untuk sukakan diri mereka. Contohnya, kalau ada orang lain puji kecantikan mereka, baru mereka rasa gembira dan yakin. Kalau ada orang lain sukakan mereka, baru mereka mahu suka diri mereka sendiri walaupun selalunya tidak bertahan lama.
Keyakinan diri kita tidak boleh bergantung kepada faktor luaran.  Maksudnya, tidak boleh tunggu semua orang suka kita baru nak rasa yakin. Tidak perlu tunggu orang puji kita baru nak rasa gembira. Keyakinan diri sepatutnya datang dari dalam diri kita sendiri. Setiap kali kita melihat cermin, kita sendiri memuji keindahan ciptaan Allah yang dijelmakan ke dalam rupa paras kita. Setiap kali kita melihat cermin, kita rasa suka menjadi diri kita sendiri.
Ini yang saya cadangkan. Setiap pagi, semasa sedang bersiap-siap untuk ke sekolah atau ke tempat kerja, lihat wajah kita di cermin. Senyum dan bayangkan kejayaan-kejayaan kita pada masa lalu. Kemudian, bayangkan pula tentang orang-orang yang suka, sayang dan sentiasa menyokong kita. Teruskan senyum  dan akhir sekali, bayangkan bagaimanakah cara kita senyum apabila kita sudah benar-benar berjaya suatu hari nanti. Bayangkan apakah rasanya kalau kita seorang yang sangat berkeyakinan tinggi. Aktiviti ini hanya mengambil masa antara 1-3 minit sahaja. Sanggupkah kita laburkan masa itu untuk meningkatkan keyakinan diri kita?
Bermula 19 Februari,  saya ada tulis mengenai 3 rahsia keyakinan diri. Lama sungguh tulisan saya ini tertunda. Namun yang tertunda hanyalah bahagian akhir sahaja (posting terakhir rahsia keyakinan diri ialah pada 7 Mac 2008. Jika anda rujuk semula tulisan saya, dalam rahsia ke-3 saya ada berikan 3 soalan:
  1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
  2. Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?
  3. Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang lain, adakah anda mula merasa rendah diri?
Saya sudah berikan penjelasan untuk soalan pertama dan kedua. Kini giliran soalan ketiga pula. Adakah anda mudah merasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain atau apabila anda berada bersama orang-orang yang hebat? Berdasarkan pengalaman saya, merasa rendah diri apabila melihat kehebatan orang lain adalah satu perkara yang biasa berlaku. Jika saya jalankan program-program untuk pelajar universiti, saya pasti tanya sama ada para pelajar ada merasa yang diri mereka kurang bijak dan pandai berbanding kawan-kawan mereka. Majoriti pelajar akan mengaku merasa demikian.
Ini nasihat saya.  Nasihat ini ialah nasihat yang saya amalkan apabila saya mula merasa rendah diri semasa melihat kehebatan orang lain. Begini. Apabila anda melihat kehebatan seseorang
  • Pertama, kagumi kehebatan mereka. Jangan rasa marah, benci atau cemburu. Jika anda benci pencuri, adakah anda mahu jadi pencuri? Tidak bukan? Jika anda benci orang biadab, adakah anda mahu jadi biadab? Tentu tidak juga bukan? Sama juga. Jika anda benci orang yang hebat dan cemerlang, secara tidak sedar anda mendidik diri anda untuk bencikan kehebatan dan kecemerlangan. Akibatnya, anda tidak jadi hebat seperti mereka.
  • Kedua, kata dalam hati, “hebatnya awak ni! Bagus, saya juga akan jadi hebat macam awak tak lama lagi. Orang lain pun akan rasa macam apa saya rasa sekarang setiap kali melihat saya.”
  • Ketiga, bayangkan diri anda hebat seperti orang tersebut. Bayangkan bagaimana cara anda bercakap, berjalan, duduk, bekerja dan sebagainya jika anda sehebat mereka.
Aktiviti ini semua bukan sahaja akan mengurangkan rasa rendah diri kita malah ia akan meningkatkan lagi semangat kita untuk berjaya. Jika anda kurang yakin dengan teknik ini (hehe, kurang yakin dengan teknik keyakinan diri…. macam kelakar pula bunyinya..) apa kata anda cuba sahaja. Lihat apa kesannya kepada keyakinan diri anda.

Selamat mencuba!

Jumaat, 23 Oktober 2015

Tips Minum Air & 10 Cara Pengeluaran Kalori

Assalamulaikum.

Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta pada hari sabtu yang berbahagia iniMudah-mudahan kita sentiasa beroleh rahmat dan kekal di bawah lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa.

 
Setelah lama tidak menerjah 'GYM' semalam saya kembali melangkah ke Gimnasium kuala kangsar. Ditambah dengan program senaman bersama rakan Kelab Nutrisi Cergas Seeheart di Stadium Sungai Besar pagi tadi.
 Bagi saya untuk mendapatkan berat badan yang ideal, selain mengawal pemakanan senaman juga perlu dilakukan. Tipulah jika ada yang mengatakan untuk kurus tidak perlu kurangkan makan. Ya Kurang Makan memang tidak perlu tetapi kuantiti makanan itu yang perlu dijaga.

Kita ambil contoh, jika sebelum ini kita makan tiga kali sehari, teruskan dan jangan disekat. Cuma jika kita makan nasi 3 senduk apa kata kita CUBA kurangkan menjadi 1 setengah senduk. Untuk mendapatkan berat ideal, KITA PERLU BERKORBAN. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya berjaya mengurangkan 12 kg.
Air juga menjadi agen utama dalam sesi penurunan berat badan. Jika kita menjaga pemakanan tetapi tidak mendapatkan air masak secukupnya pasti apa yang kita lakukan kurang berkesan. Sifirnya mudah. 25kg = 1 liter air. Jika berat badan kita mencecah 100 kg bermakna kita pelu mengambil sekurang-kurangnya 4 liter air sehari. Saya teruja bila mendapat tahu ada sahabat yang minum sehingga 10 liter sehari. Wow. Hebat.

Mesti ada yang merasakan sukarnya untuk minum air. Ingin saya kongsikan cara yang lebih mudah.

Sehari kita menunaikan 5 waktu solat. Apa kata setiap kali mahu bersolat kita sediakan sebotol air masak 500 ml. Minum separuh sebelum solat dan separuh lagi selepas solat. Jika kita amalkan, bermakna kita telah minum 2.5 liter air masak sehari. Tambahkan 500 ml lagi ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Nah. Jumlahnya 4 liter. Mudah kan? Jadi saya kira tiada alasan untuk kita tidak minum air masak. AWAS! Kurangkan pengambilan air manis.


 u
ntuk memastikan badan kekal sihat dan cantik, pastikan kita mengamalkan Defisit Kalori. Defisit kalori bermaksud pengambilan kalori tidak melebihi had maksimum. Cara untuk membakar kalori yang berlebihan adalah melalui senaman. Walau bagaimanapun, masih ada cara yang efisyen untuk membakar kalori tanpa bersenam.
  1. Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  2. Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  3. Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  4. Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  5. Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
  6. Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
  7. Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
  8. Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
  9. Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
  10. Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
  11. Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.


 

25 TIPS KURUSKAN BADAN

Isnin, 19 Oktober 2015

Cara Hilang Nervous Interview

Salam kepada semua yang berkunjung ke blog mira. Status mira sekarang masih pencari kerja yang tegar. Tapi bila dapat peluang untuk interview mesti still rasa nervous sebelum dan juga semasa interview. Macam-macam cara yang cik tom buat untuk persiapan dan tips temuduga untuk hilangkan rasa gementar masa temuduga seperti makan gula-gula berangin sebelum interview, tarik dan hembus nafas perlahan-lahan tapi paling utama ialah baca ayat seribu dinar sambil mohon ditenangkan hati serta dipermudahkan segala urusan interview. Bagi yang nak amalkan tips hilangkan gugup atau takut yang sama boleh baca ayat di bawah atau rujuk pada Al-Quran Surah At-Talaq Ayat 2-3.
 
Maksud (Ayat 2 & 3, Surat At-Talaq):
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
*************************************
Oleh sebab kat atas tue tips yang mira biasa guna dan tak tahulah sesuai tak untuk korang. So, mira dengan penuh kerajinan tanya encik google tips untuk temuduga sebagai kredit tambahan buat korang yang berminat untuk cuba tips lain.
Tips Hilangkan Rasa Gementar Ketika Temuduga
1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!
2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.
3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.
4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.
5. Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.
6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.